Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 12 Ogos 2011

Sampul Duit Raya Percuma



Korang semua dah dapat sampul raya?? Kalau belum ada lagi, moh kita pergi carik kat Jusco!!


Hari Ahad lepas aku temankan en suami ke Jusco cari kasut raya kerja en suami, Masya Allah..ramainya umat manusia kat Jusco tu, agaknya masing-masing tak nak shopping last minute kan?? Dalam Jusco bahagian yang paling dapat sambutan of couselah bahagian kasut, handbag & juga pakaian kanak-kanak. TU baru pergi Jusco BUkit Tinggi, kalau tempat-tempat lain macam Midvalley, Jalan TAR, Plaza PKNS, harus aku tak bernafas kat situ;P


Haritu kami tak shopping dalam Jusco pun, sesak napas duduk dalam tu;P So keluar jalan-jalan masuk kedai sana sini cari kasut en suami..Penat berjalan bawa anak-anak ni, sudahlah kita puasa..Memang betul-betul menguji keimanan kami. Nak-nak sikecil budak bebab Ashraf tu..Huhuhu..Tapi Alhamdulillah, sempat juga en suami beli kasut kerja & aku pun sempat juga beli sehelai blouse di butik East India tu;P


Baru kami tahu yang kalau shopping kat mana-mana kedai dalam Jusco ni akan dapat sebungkus sampul raya (yang ada 10 keping tu) tapi bagi pembelian RM100 ke atas dalam 1 resit atau campur-campur resit. Alhamdulillah, haritu dapat 4 plastik dari Jusco & 1 dari Hush Puppies *lepas dah nak kasi duit raya anak-anak buah kami yang ramai tu*


So pada korang yang shopping raya di Jusco AEON Bukit Tinggi, jangan lupa redeem sampul raya ya!!

2 ulasan:

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

tang sampul duit raya mmg x kisah sgt..sbb selalu dpt dr Standard Chartered punya,RHB punya..adik beradik tukang songlap..belum lagi bab g servis keta..pun dpt jugak

smlm g servis keta kat toyota-dpt 2 paket..tahun lepas punya x abis bagi lagik..hehehe

minggu depan baru nak start tukar duit raya :-)

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

dah dpt gak sampul raya..4peket dari esso mobil..$$$ nak isi ke dalam tu je lom ada lg :p

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^