Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 28 September 2011

Empire Shopping Mall Meletup

Rata-rata mesti semua orang dah tahu pasal letupan di shopping mall "high class" orang Subang & Shah Alam ni..Menurut laporan, 4 orang cedera & 300 orang dipindahkan..Syukur Alhamdulillah kejadian ni berlaku masa semua orang dah tidur & bukannya di waktu bekerja..Kalaulah meletop masa time orang tengah memenuhi bangunan tu *nauzubillahiminzalik* tak naklah bayang!!

Aku rasa semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Mungkin lepas ni pihak keselamatan Empire akan lebih berhati-hati & alert tentang keselamatan bangunan & buat pemerhatian dengan teliti ke atas tempat-tempat yang boleh mendatangkan bahaya. Kalau tak silap, punca berlaku letupan ni adalah kebocoran gas di salah sebuah restoran dalam tu so benda-benda macam ni..huhuhu janganlah ambil mudah sebab ianya melibatkan ramai nyawa kalau benda ni berlaku semasa orang ramai tengah makan kat sini..

pic credit to here

Aku haritu teringin juga nak ajak en suami ke sini masa sambut birthday aku tempohari sebab teringin nak merasa keenakan Pavlova di Restoran Serai tu..Rata-rata dok cakap sedap..tapi en suami malas nak g ke tempat-tempat crowded & parking mahal macam tu so kami lepaklah kat tempat biasa kami iaitu di Jusco Aeon Bukit Tinggi..hehehe dekat ngan rumah & parking pun tak mahal:P

Aku dulu masa aktif join bazar selalu juga ke Subang Parade & lokasi Empire ni depan Subang Paradelah (lebih kurang) tapi tulah, tak pernah pula berkeinginan menjejakkan kaki ke sana..Herm, teringat pula kenangan berniaga di situ..sekarang ni sikit punya susah nak dapatkan tapak kat situ..kalau ada pun, sewa yang mahal & melampau..Takut nanti tak dapat cover modal T____T" so that's whylah aku rileks jap dari bisnes *memang dasar hangat-hangat tahik ayam*

Oklah..Lagi berita pasal letupan di sini, sini & sini..Kawan aku ada kerja sebagai safety officer kat hotel tu..agaknya mesti dia sibuk harini:P

5 ulasan:

Tie HT berkata...

eee..menakutkan ey..

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

terkejut tu...mujur sgt meletup kol 3 am...kalu siang hari..mmg jd tragedi berdarah la...

Lily@MamaZaraZareef berkata...

pernah gi cni sekali jek..br ingat nk ajak hubby pergi lagi sbb skang sume tgh sibuk ngan pavlova yg sedap kat empire tuh..nmpaknye tk kesampaianla..apepon, mujur meletup pagi2 buta kan..tk ramai org..huhu

akuzle ayu berkata...

ini pon pengajaran gaks psl kununnyer tinggi sgt kelas kt sini. kelasi kapal laa tuh kots...

Zaila Mohamad berkata...

Tiha, itulah..kalau terjadi tengahari..herm..tak tahulah macamana kan

Joy, betul tu!! seb baik xsampai ke kawasan perumahan dekat area situ

Lily, zaila pon takdan nak merasa pavlova..huhuhu

akuzle, wallahua'lam;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^