Aku rasa semua yang berlaku ni ada hikmahnya. Mungkin lepas ni pihak keselamatan Empire akan lebih berhati-hati & alert tentang keselamatan bangunan & buat pemerhatian dengan teliti ke atas tempat-tempat yang boleh mendatangkan bahaya. Kalau tak silap, punca berlaku letupan ni adalah kebocoran gas di salah sebuah restoran dalam tu so benda-benda macam ni..huhuhu janganlah ambil mudah sebab ianya melibatkan ramai nyawa kalau benda ni berlaku semasa orang ramai tengah makan kat sini..
pic credit to here
Aku haritu teringin juga nak ajak en suami ke sini masa sambut birthday aku tempohari sebab teringin nak merasa keenakan Pavlova di Restoran Serai tu..Rata-rata dok cakap sedap..tapi en suami malas nak g ke tempat-tempat crowded & parking mahal macam tu so kami lepaklah kat tempat biasa kami iaitu di Jusco Aeon Bukit Tinggi..hehehe dekat ngan rumah & parking pun tak mahal:P
Aku dulu masa aktif join bazar selalu juga ke Subang Parade & lokasi Empire ni depan Subang Paradelah (lebih kurang) tapi tulah, tak pernah pula berkeinginan menjejakkan kaki ke sana..Herm, teringat pula kenangan berniaga di situ..sekarang ni sikit punya susah nak dapatkan tapak kat situ..kalau ada pun, sewa yang mahal & melampau..Takut nanti tak dapat cover modal T____T" so that's whylah aku rileks jap dari bisnes *memang dasar hangat-hangat tahik ayam*


