Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 19 Oktober 2011

Hadiah Harijadi

Aku kan sejak berukbeng rosak, memanglah mati kutuk nak update blog sebab aku kan jenis update blog mesti letak gambar tau..kalo tak letak gambar, ibarat makan nasi tak minum airlah jawab dia..tercekik!! Ibarat kata lain tak sedap nengok..Lagipun kadang-kadang aku suka baca balik entri-entri aku yang lepas..telek-telek gambar anak *gambar diri sendiri kureng dah sebab makin menggemok kan* pastu aku rasa bersyukur sangat-sangat..sebab Allah masih beri aku peluang untuk bersama dengan anak-anak aku..Eh, kalau aku takde pon..diorang masih boleh baca blog merapu mama diorang ni..Kalau en suami pula, jangan nak menggatai nak baca dengan bini muda:P
Apa aku melalut ni?? hehehe..tapi tuler kadang-kadang aku suka menulis hak macam karangan-karangan budak darjah 6 nak jawab UPSR tu..konon-konon nak bagi tips ler kan..Yolah sangat..ada orang suka baca ada orang tak suka tapi ape-ape jelah kan..yang penting aku tak naklah blog aku mengisahkan aku semata-mata..Mana yang bagus, kita kena kongsi ramai-ramai..mana yang tak molek, kita pakat susuk (sorok) belakang lemari:P

Ok, lagi mengarut..ok cut story short aku nak cerita pasal aku dapat hadiah harijadi dari Jusco..Kata duta Jusco, haruslah dapat hadiah masa birthday kan *buweksss muntah sebaldi* Seb baiklah gambar ni aku upload siap-siap masuk dalam album photobucket aku masa berukbeng masih ok so adalah juga gambar nak share kan..tupon 2 keping je, aku ni bukan jenis reti tangkap gambar secara detail..pemalas nak mampos untuk edit, letak watermark segala..huhuhu..patutlah ko takleh jadi blogger tersohor:P

Oklah, back to my story again *berapa kali kuar landasan daaaa* tiapkali lepas birthday konpem akan dapat sms dari kekasih baru Jusco suh p collect hadiah harijadi kat Jusco terdekat..Kalo dulu-dulu tu eksaitedlah jugak aku nak g kan sebab kot-kotlah dapat rice cooker ke, set make up Estee Lauder ke *wah berangan takleh blah* tapi bila g customer service dia then baru tahu yang dapat kupon diskaun dari kedai-kedai / restoran yang bernaung bawah Jusco..cheh!!!
So haritu sempatlah aku g tebus hadiah aku di Jusco Bukit Tinggi (again) & sempatlah merembat kupon & kali ni siap dapat kad ko *tapi entah mana dah hilang kad tu anak-anak aku kerjakan* tapi apa-apa pon..Thanks Jusco!!
Photobucket
Bagus juga jadi ahli Jusco ni sebab tahukah anda..cecececee..kalau setiapkali makan di restoran yang ada dalam Jusco ni boleh dapat macam-macam free gift, bergantung pada restoran juga & kena tunjukkan kad Jusco masa request & nak bayar tu..Huhuhu..Aku selalu lupa nak buat macam tu..rugi kan??
Photobucket
Ni salah satu complimentary dari Kenny Rogers..beli 2 set Kenny's Quarter Meal dapat free satu..Suka!! sebab anak-anak konpem boleh makan hak free tu..Actually ada macam-macam lagilah offer yang best cuma aku je jenis pemalas nak redeem..takpon selalu lupa nak bawa:P

Oklah, pada yang belum jadi ahli Jusco, g lah cepat buat..tak rugi koooo:)

2 ulasan:

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

samaler mmg suka sgt pg jusco..sbb barang2 murah..baju budak pun ctk2, convenience & kalo nak shopping baju org2 dewasa pun still ok kat situ banyak pilihan..

Nurhayati berkata...

bestnyerrrr
tapi apesal diriku xpernah dapt pun mcm ni, walaupun jcard member..
ini tidak adil!!!

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^