Saja letak tajuk catchy sikit, baru orang berminat nak baca kan??Hahahaa..Padohal bukannya banyak sangat pon..Cuma saja aku nak tulis sebagai kenangan untuk aku & anak-anak aku nanti *kalau diorang baca* ..Tapi bukanlah pengalaman aku sendiri..Adalah beberapa kisah juga terjadi pada abang aku, kawan-kawan aku & paling latest kena dekat budak opis aku sendiri..Tapi harap-harap janganlah kena kat aku sebab aku ni boleh tahan jugak penakutnya:P
Ok, kita start kisah pertama : Masa aku kecil lagi..tak ingatlah berapa tahun tapi mungkin dalam darjah satu sebab aku ingat lagi masa tu mak aku masih dalam pantang kepada adik bongsu aku *ya, beza umur kami adalah 7 tahun* Aku masa tu tidur ngan ayah aku kat ruang tamu..Ok, bukan nak cakap rumah aku berhantu yaaaaa..Rumah aku selamat aje..Alhamdulillah:P
Tapi nak cerita kisah abang aku, Abang Lan kena sakat ngan "Hamba Allah" ni..Al kisahnya, masa tu ayah aku ni tanam pokok tembakau (mostly orang kampung aku tanam tembakau untuk sara hidup tapi sekarang ni since kerajaan dah haramkan penanaman tembakau so diorang ganti tanam pokok roselle?). Abang aku dulu suka ambil upah buat batas *dia macam buat barisan tanah untuk proses penanaman tembakau tu* Masa tu abang aku sekolah lagi so konon-konon nak dapatkan duit lebih dia ambillah upah buat batas tu, buat pula dalam pukul 10 malam ke atas sebab kalau hari sekolah mana nak sempat..Seb baik dia ada kawan so takderlah takut sangat kan..
Ok cerita pasal lokasi pula..tempat kejadian ni berlaku kat padang (aku panggil padang tapi bukan padang sekolah, dia macam kot-lot tanah banyak ekar juga & kena buat batas tu sepanjang tanah tuan punya tanah tu)..Mak ayah aku pon ada tanah kat situ juga, arwah nenek aku & arwah tok sedara aku pon semua ada kat situ so korang just imagine macam gambar kat bawah ni *gigih draw dalam Microsft Paint*
Yang orang lidi nama A tu abang aku, yang sorang lagi tu kawan dia..Tanah ayah aku seberang jalan tempat abang aku tu..So alkisahnya, malam tu bulan mengambang..eh memang syoklah diorang sebab terang ah sikit nak buat kerja kan..Memang gigihlah abang aku buat batas tu..Tetiba..tetiba..jeng jeng jeng..Mesti korang berdebar-debar kan?? oklah, tetiba ada budak perempuan lalu ikut jalan yang aku buat anak panah tu..Abang aku nampak & ingat tu budak sekolah dia nama Mek Na (nama samaran sebab aku tak tahu nama sebenar) so dia tegurlah *abang aku ni kira seorang yang pemes juga di sekolah, dahlah hensem pastu ramai kewan pompuan~ok enough sesi mengepam* "Nak g mana Mek Na??" Pastu budak pompuan tu tak jawab..jalan menonong je ke arah jalan yang aku lukis tu..Abang aku ni kira seorang yang concern r jugak..kot-kotlah Mek Na ni lari dari rumah ke apa kan so dia g bagitahu member dia yang dia nampak Mek Na jalan ke arah sekolah..Member dia pun cakap, "mung g kejarlah kan tanya..kot-kotlah dia lari dari rumah ke gapo" *dialog ni aku olah tau sebab aku tak berada di tempat kejadian kan*
Korang tahu abang aku buat apa?? cer teka cer teka??
Cess malas nak meneka yaaa..Oklah, abang aku pon teruslah capai motor Honda cup (motor zaman dulu yang lampu bulat tu) & kejar TAPI kan..peliknya abang aku sampai je kat pokok besar tu, bayang pompuan tu pon takde..Nak kata dia lari sampai ke sekolah memang pelik ah sebab tak mungkin abang aku yang naik motor ni takdan nak kejar dia kan..Nak kata dia menyorok..herm, macam lawak pulak kan..apekehe ko nak main nyorok-nyorok ngan abang aku..Lagipon situ kawasan lapang je kecuali kat pokok besar tu adalah semak sikit-sikit..Korang rasa pompuan tu sape?? Heeeheeeheee *mengilai panjang*
Abang aku kan..lepas je tak jumpa budak pompuan tu, terus g dekat kawan dia & ceritakan benda tu..Masing-masing berdiri bulu roma & terus cabutlah!! Seingat aku, masa tu aku dok tidur bila dia balik kecoh-kecoh cerita kat ayah aku..Masa tu aku tak faham sangat kan cuma yang aku ingat, abang Lan aku demam & lepas tu dah tak buat dah keje part time dia tengah malam..Hahahaha..hebat tak penangan "Mek Na"???
Lepas tu terus jadi topik hangatlah pasal abang aku kena usik ni..Siap member aku cerita situ (tempat pokok tu) keraslah..sebab mak dia pernah kena, balik dari mana entah..mak dia naik motor sorang-sorang then sampai situ rasa motor tu berat macam ada orang tumpang..Serious seram weh, habis segala ayat mak dia baca..berpeluh ketiak jugaklah kan..Tapi last-last lepas..Huhuhu..pastu memang tak beranilah keluar malam-malam sorang diri..Orang kampung memang macam ni, rata-rata naik motor & kat kampung aku dulu banyak pokok besar (kalau tak silap aku orang panggil pokok tembusu) entah apa nama saintifiknya tapi pokok ni besar pastu ada rambu ramba merimbun gituuu..Ayah aku selalu cerita yang pernah orang kampung aku kena sorok kat hantu kat pokok ni *huh, orang dulu-dulu selalu aje kena..sekarang ni je hantu yang takut ngan orang zaman sekarang ni*
Pastu kan..kejadian ni berlaku beberapa tahun lepas aku kahwin..kat abang aku buat batas tu ada perigi buta..dulu-dulu diorang ambil air untuk siram pokok tembakau kat situlah tapi since orang dah tak tanam tembakau, perigi tu jadi perigi buta..kalau tak silap aku dekat-dekat tanah tu sedara-sedara aku juga yang punya..Adalah satu kejadian yang menyayat hati berlaku kat situ..Huh, panjang sungguh aku mengarang hari ni kan..takpelah..layankan aje..once in a blue moonlah katakan:P
Nak dijadikan cerita sepupu mak aku ada tanam labu kat situ..Hari tu mak aku cerita, pagi sabtu anak lelaki kepada sepupu mak aku datang ke rumah aku bagitahu yang ayah dia dah tak ada..Rupanya jatuh dalam perigi buta tu & lemas dalam tu..Mak aku pergilah tengok juga..Memang sedih sebab kedua-dua tangan arwah memeluk labu tapi mungkin dah ditakdirkan ajalnya di situ..Arwah tiada pada malam Jumaat & mati lemas..al fatihah buat arwah mat Junuh..
Oklah..panjang pula entry ni..nantikan cerita seterusnyaa minggu depan..jeng jeng jeng..saje buat efek suspen:P
2 ulasan:
assalamualaikum...
kalau eita lah rasanya dah sawan buih dah masa tu.....
hahahaha...
aku saspen menunggu sambungan kisah2 mistik nih ;-)
Catat Ulasan