Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 21 Oktober 2011

Siapa Nak Anak Kucing FREE???

Hohohohoho..tajuk tu takleh blah jek..Mesti nak letak perkataan FREE sajerk..huhuhu..eh tapi aku memang nak kasi FREE pon bakal anak-anak kucing aku ni..Tapi bukan sekarang r..Nak dijadikan cerita, aku tak tahulah bila kucing-kucing aku si Kiki Lala ni kena rogol kacau dengan kucing jantan huduh harap-harap anak diorang jangan huduh juga tapi yang aku tahu makin hari makin memboyot pulak perot si Lala ni..Ni mesti kejadian berlaku masa aku balik kampung cuti raya haritu..Maklumlah aku takde, terus kucing aku dinodai T___T"
Photobucket
Tengok!! puting susu tu pon dah menonjol:P

Memang dari diorang kecil lagi aku plan nak bawa jumpa Veterinar nak kasik mandul kan..tapi rasa macam kesianlah pula so dok tangguh-tangguh..Last-last 2 beradik kembar tu mengandung serentak..Hambek ko..kebanjiran anak kucing rumah aku nanti:P
Photobucket
Hak paling menonjol buncit perut tu adalah Lala..Memang nampak dia yang lebih gediks galak dari si Kiki..Kiki ni penakut sket, nampak kucing jantan lain, lari macam tak cukup tanah:P
Photobucket
Ni si Kiki atau nama manja stokin pendek:P *boleh refer entri ni kenapa diorang dapat nama tu*
Photobucket
Sejak preggy ni, manja bukan main lagi ngan aku..Asal aku duduk depan notebook je seboklah dia datang mengeneng-ngeneng..Mentang-mentanglah kucing jantan yang mengandongkan dia dah cabut lari..terpaksalah menagih kasih dari kami:P
Photobucket
Best je jadi diorang ni..Makan cukup, tempat tidur merata..
Photobucket
Makan pon makanan berjenama..Kalau bukan SmartHeart, konpem tak nak telan punyer!! Dalam sebulan tu aku kena beli 2 plastik yang berat 1.4kg tu..Huh, dah jatuh wajib dah beli siap-siap macam beli susu anak-anak T____T"
Photobucket
Tengok tu...pantang lapar..dok tenung je bekas tu sampailah aku p bagi makan..Adoiyyaaaa...Aku pernah juga beli makanan hok murah tu, tak makan ko..ptui!! Last-last bagi kucing kurap terbiar belakang rumah..Diorang ni memanglah bertuah!!
Photobucket
Oklah, pada yang berminat untuk ambil anak-anak diorang sebagai kucing angkat..silalah bagitahu aku ya..Tapi bukan sekarang..Tunggu anak-anak diorang dah lepas susu & aku snap gambar dulu..Kot-kotlah bapak diorang tu hensem so keluar anak mixed kucing Siam ngan Parsi ke..Manalah tahu kan..Hehehe

Apa-apa, nanti aku akan update stori pasal diorang bila dah bersalin nanti

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^