Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 4 November 2011

Aku Dah Dapat Anak

Yeay!! aku dah dapat anak..Anak KUCING..hikhik..Kan haritu aku bagitahu yang kucing-kucing belaan aku mengandung secara jemaah (refer entri Siapa mahu anak kucing free)..Si Kiki Lala bunting pelamin serentak tu..Beranak pon dekat-dekat juga..Huhuhu..Sekali kuar bukan sekor tapi 3,4 ekor..huhuhu

Mula-mula tu si Lala lah yang beranak dulu..Aku ingat lagi masa dia nak beranak..hari Sabtu 22/10/2011 haritu..Masa tu en suami ada training kat Hotel dePalma Shah Alam selama 2 hari so tinggallah aku 4 beranak kat rumah..Tetiba tengahari tu aku nampak si Lala macam tak keruan, then nampak pula tompokan darah..sah dah nak beranak rupanya kucing aku ni..Aku biarkan dia kat luar rumah je sebab masa tu susah nak handle si Lala tu, Ashraf kan dah pandai "merayap" so tak berani nak tinggalkan dia sorang diri..Kang ada juga budak kutip makan sampah karang:P

Lepas je si Lala beranak, punyalah protektif tak nak bagi aku tengok anak dia..Siap sorok bawah sofa tu..Aku pon tak tahu berapa ekor anak dia sebab memang tak bunyi suara..So biar jelah kan..Sampailah semalam si Kiki plak beranak (03/11/2011)..Tupon aku tahu bila balik keje tengok perut dia yang kempis..Haisy jenuhlah nak mencari mana dia beranak kan..Rupa-rupanya kat atas kotak belakang kabinet TV aku..Huhuhu..jenuh aku nak menyelongkar disebabkan kat situ memang tempat simpan kotak-kotak masa aku pindah dulu..HUhuhuhu

Aku sempat tengok ada 3 ekor je kaler putih, oren 2 ekor tapi sekor dah mati..mungkin sebab lemas kena tindih ngan mak dia kot..Petang balik keje semalam je aku baru sempat pindahkan anak-anak Kiki, tupon sebab tak nak dia bahayakan anak-anak dia..Yang kelakarnya, si Lala ni dok curi anak si Kiki..Puas Kiki tu sorok, mesti si Lala g curi letak tempat anak-anak dia..Aper punya nyanyuklah si Lala ni, dia ingat dia sorang je ke yang beranak..Sian Kiki..Masing-masing dok mengadu kat aku..naik serabut pon ada..tu pasal aku ambik keputusan kurung je semua dalam 1 sangkar..Haaaa, pakat menyusulah korang semua!!
Photobucket
Ni anak Lala, rupanya ada 4 ekor anak si Lala ni..semuanya hidup & gemuk-gemuk belaka;)
Photobucket
Hak putih tu anak Kiki..kecik kan compare ngan sepupu diorang tu..yerlah almost 2 weeks beza:P
Photobucket
Anak Lala juga, tompok-tompok..aaah comeyyyyyy!!!
Photobucket
Lala dah jadi ibu susuan anak-anak Kiki & sebaliknya..bagus kan diorang ni..
Photobucket
Ni anak Lala jugak..alaahai naik geram aku, rasa nak cium-cium jek
Photobucket
So total semua anak kucing aku; anak Lala 4 ekor, Kiki 2 ekor..semuanya 6 kooooo..Masaklah aku nak membelanya semua:P

Apa-apa pon, moga diorang membesar dengan sihat..Bila dah sihat barulah boleh jual kat Mudah eh silap, barulah boleh bagik kat keluarga angkat memasing..Masih tiada yang chop tapi takperlah..kalau takde, aku bela jelah kan..Anak-anak aku pon suka kucing, rasa complete je hidup ni bila ada binatang peliharaan..Memanglah serabut bila diorang duduk keliling kaki kita minta makanan kan, tapi bila tengok gelagat diorang..kelakar pon ada..macam anaklah juga kan..

Tak sabar nak tengok diorang membesar bagaikan juara=)

6 ulasan:

eynda berkata...

Teringin nak bela kucing tapi tak konfiden... rasa macam beranak lagi sorang je hehehe...

zailamohamad berkata...

eynda, senang je jaga kucing ni..kalau nak anak-anak kucing zaila ni bagitau ya..zaila kasik free je..hahahaa

Tanpa Nama berkata...

salam,nak tanyer ader lagi tak anak kucing ni...zai macam na je...wat teman anak kucing kat umah yag ader tu.....

ni alamat email zai......zaizaza@yahoo.com

zailamohamad berkata...

Zai, insya alah bila dah besar sket zaila inform..right now diorang tgh nyusu..sian kat diorang kalo nak pisahkan dr ibu diorang kan

Tanpa Nama berkata...

ok trm kasih ye....jgn lupa tu....hihihihi

wawa berkata...

sye nak sek0r anak kucing tu tp umanye kat mane.. skg jgak sy dtg amek.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^