Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Sabtu, 19 November 2011

Mood Memasak Datang Lagi

Aku suka bila mood memasak datang..penat keja macamana pon aku akan masak..hikhikhik..cakap jelah dasar pelapar kan..memalam pon nak makan heavy pastu komplen diri sendiri gemuk -___-"
Tak kisahlah, janji kami anak beranak tak kelaparan!!

Kat bawah ni gambar aku masak sup tulang..tulang yang kakak ipar aku bagi masa raya korban haritu..tapi macam biasalah, sup tulang tak cukup bahan..tetap terangkat jugak bila makan:P *perasan*


sup tulang ni nak kena masak lama sket, barulah empuk daging & tulangnya..banyak kali juga aku tambah air..rempah sup bunjut aku letak 2 sebab nak kasi feel dia punya rempah tu



kalau ada saleri, carrot konpem sedap lagi tapi maklumlah lama tak masak so stok sayur mayur takde yaaa..



ni pula masak malam yang Malaysia lawan Indon tu *yeay, Malaysia menang* sambil masak sambil layan bola..hahaha..sambil agah Ashraf;)



macam biasa, lauk adalah terhad *tapi nasi tak terhad* black pepper beef with fried egg..hak kelakaunya telur ada sebijik so kongsilah aku laki bini..sedih kan kami ni, barang dapur sampai kena catu macam tu sekali..hahaha..

2 ulasan:

Sue Izza berkata...

waaahhhh...sedapnya...tak pe,sikit sama merasa baru mesra...heeee...
-layout baru...cantik la...

Zaila Mohamad berkata...

puteri rimba, hehee..gatal nak tukar layout..kalau lambat loading bagitahu ya

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^