Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 29 November 2011

Resepi Mudah Untuk Anak-Anak

Aku nak share resepi yang sangat senang-senang dimasak..Tambah-tambah bagi ibu berkerjaya *poyo je stetmen ni* so aku memang takde masa nak masak menu yang remeh setiap malam..Kalau boleh tak nak masak tapi takkan asyik nak makan kat kedai aje kan?? Bengkok kepala lutut kalau macam tu:P

Ni ada resepi pasta goreng menggunakan sos spaghetti Kimball's, sangat senang aku rasa tak sampai 10 minit je nak buat benda ni tapi kena make sure semua bahan dah sedia ada r..Main campak-campak aje kan senang..Anak-anak pon suka makan;)


semangkuk kecik ni Haziq & Husna boleh habis..Kalau mama & papa diorang bermangkuk-mangkuk:P

Bahan-bahan :

- bawang holland (potong dadu)
- bawang putih (dalam 2 atau 3 ulas diracik halus)
- sedikit daging kisar (tapi haritu aku guna daging korban *cewah nak juga bagitahu tu* potong kecik-kecik)
- carrot (potong dadu)
- sos spaghetti Kimball's
- pasta yang direbus
- Mixed herbs, garam & gula secukup rasa

Cara-cara :

- Tumiskan bawang
- Masukkan daging, goreng sampai masak / garing
- Masukkan carrot, nak tambah sayur lain macam cendawan ke, brokoli ke ikut suka koranglah kan..
- Masukkan kuah spaghetti Kimball's & tabur mixed herbs, garam & gula
- Masukkan pasta & gaul sampai sebati
- Siap!!
 

inilah ghupa tumisan aku



inilah ghupa sos spaghetti Kimballs yang aku guna..Benda ni memang selalu ada kat dalam kabinet dapur..Kira kalau tahap malas cipan harusku goreng pasta je buat alas perut:P

Oklah, selamat mencoba!!!

7 ulasan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

betul2 .. aku mmg standby pasta & sos kt rumh .. senang sgt masak gini .. licin dorg makan ;-)

Iela Fazielah berkata...

emm..mmg mudah..nnt nak cubalah... 1 one.. cantiknyer rmh baru zaila.. berkenan tul ila... barulah dikatakan diari maya...sbb mcm diari....:D

Zaila Mohamad berkata...

Nurul Diana,

memang senang & seb baik tekak anak2 kita ni selera mat salleh..hikhik

Iela Fazielah,

Thanks..jenuh juga mencari yang berkenan di hati..buat masa sekarang pakai yang ni dululah kot:P

Zaila Mohamad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Fiza Rahman berkata...

Skang ni kat umah memang standby spaghetti sauce nih, tapi aku pakai preego, tak pernah cuba lagi kimball, sedap tak?

Zaila Mohamad berkata...

fiza,

kimball ni pon ok..cubalah beli yang ni pula;)

mama leen berkata...

anak2 saya pun suka sgt kalau masak ni..

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^