Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 24 November 2011

Tudung Lycra Awning Chiffon Beropol

Tudung ni adalah hot item sekarang ni..Aku jual secara offline sangatlah laku so tinggal 4 je baki..Sekali tengok memang nampak macam tak cantik, tapi bila pakai..elok je terletak kat muka & kain pun selesa untuk dipakai;)

Macam biasalah, aku bagi nama Tudung Lycra Awning Chiffon Beropol sebab material untuk awning & ropol kat bahagian bawah tudung tu adalah dari chiffon..

Harga : RM28 (termasuk kos pos)

Beli 2 pada Harga RM50


Kod : TLACR-001 (kaler pink, ropol merah) ~ SOLD





Kod : TLAC-002 (kaler pink cair) ~sweet je SOLD





Kod : TLAC-003 (kaler merah) ~ mengancam SOLD



Kod TLAC-04 (kaler purple) ~ PON SOLD gambar lupa nak upload..aku upload gambar tuan kedai cuba pakai tudung ni..sweet kan?? Maksud aku tudung tu lah..bukannya aku:P *sebab tulah aku blurkan muka, takut korang fengsan*

Siapa cepat dia dapat..jangan malu untuk membeli:P

Updated : belum aku publish lagi semua dah SOLD secara offline, thanks pada rakan office yang sudi membeli..Insya Allah akan top up tudung secepat mungkin..Malam ni nantikan aku upload tudung Tentang Dhia pula;)


Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^