Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 23 November 2011

Terkejut Tengok Buffered Earning Blogku


 klik gambar kalau sibuk nak tahu BE aku=P

Aku memang suka buka akaun Nuffnang aku tengok hasil pendapatan aku..Tekejut boboi bila nengok sekarang ni ada 6 iklan tengah running kat blog aku; 3 di blog merapu aku (Welcome II my Life), 1 kat blog Hias Kediaman Anda & 2 di blog Mari Kelih..Tak sia-sia aku manage 3 blog..kurang-kurang dapat menyumbang juga pada earning aku..Tapi takderlah sampai ribu riban macam blogger yang lain..Alhamdulillah, lepas cash out RM200++ haritu, earning aku cepat je naik..Aku rasa mungkin disebabkan trafik blog aku yang makin meningkat (kot)

Apa-apa pon, memang terkejut & happy juga sebab ada BE kan..Walaupun masih belum dapat advertorial job *yang entah bilalah tu boleh dapat* tapi tak kisahlah kan..Siapa kata tulis blog tak boleh buat duit??

Pada sesiapa yang masih belum register Nuffnang, boleh baca tutorial aku ni macamana nak masukkan kod iklan Nuffnang kat blog..Sambil berblog sambil jana uwang:P

9 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

comey design baru blog demo...patut koho ramai ore suko mari blog zaila hehe

Eliss berkata...

comel template :) kencang yer BE. Me pun manage 3 blog, Alhamdulillah, ada laa jugak rezeki.

DaZzlingLilLy berkata...

kacingggg!$$$$$...caya lah ko..teruskan usaha..moga bertambah murah rezeki mu..

Zaila Mohamad berkata...

yatie chomeyl,

mung jange puji sangat, kembe semangkuk doh aku ni:P

e.l.i.s.s.m.i.e,

Alhamdulillah, rejki;)

DazzlingLily,

Alah kamu pon apa kurangnya, makin kencang biz baju kamu tu:P

MLSC by Rina Isa berkata...

Salam buat semua stylo ladies di sini (:

Blog yang sgt sesuai buat PENCINTA HANDBAGS! Banyak handbags menarik dan tips berguna.

Lawati kami di http://mrsladysstylo.blogspot.com/

TQVM (:

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

wow!! apa lagi zaila..ambik peluang time BE tgh lebat ni.. all the best ;)

Zaila Mohamad berkata...

Mrs. Lady Stylo,

will do!!!

Joy,

penat nak kerah idea tarik traffic..huhuhu

A.H.A.D berkata...

masyuk tuuu!
Leh shopping hehe.

Anyway,thanx sudi singgah my blog :)

Zaila Mohamad berkata...

gee ryder,

tp takmau cash out lagi..kumpul bebanyak sket..

anyway selamat berkenalan, singgahlah lagi;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^