Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 23 Februari 2012

Al Fatihah Buat Adik Arwah Faris



Assalamu'alaikum,

Mohon sedekahkan al fatihah buat roh arwah adik Faris yang telah menghembuskan nafas terakhir beliau pagi tadi. Semoga Allah menempatkan roh arwah di kalangan orang-orang yang beriman & Insya Allah syurgalah buat arwah.

Sebenarnya aku cukup terkilan..terkilan bukan kerana aku tak sempat berjumpa dengan arwah, in fact..aku tak kenal pon siapa ibubapa arwah tapi aku cukup terkilan dengan diri aku yang cukup careless dalam menjadi seorang blogger..Sepatutnya dari awal lagi aku tahu mengenai hal adik Faris & menyebarkan di blog aku. Sekurang-kurangnya aku melakukan sesuatu tapi..sudah terlambat..

Memang airmata ni tak dapat ditahan lagi bila membaca nukilan Mazidulakmal Sidek (boleh baca di sini) mengenai arwah. Sebagai seorang ibu, aku tak tahu adakah aku boleh setabah ibu Faris..Buat keluarga arwah, bertabahlah..sesungguhnya Allah lebih menyayangi arwah..Kalau itu yang terbaik buat arwah, sama-sama kita redhokan pemergian arwah & doakan semoga Allah tempatkan roh arwah di syurga bersama para Rasul & orang-orang yang beriman.

Peringatan buat diriku juga..Janganlah terlalu taksub menyiarkan entry sale untuk menaikkan rating pembaca, sesungguhnya memang kesilapanku kerana leka dengan urusan dunia sampaikan terlupa kepada mereka di luar sana yang begitu mengharapkan bantuan kewangan mahupon doa dalam menghadapi dugaan dariNYA..Insya Allah, semoga aku dapat menggunakan blog aku ke arah kebaikan & bersama-sama berkongsi perkara yang baik bukannya benda yang tidak membawa manfaat kepada kita semua.

Pada kawan-kawan, masih belum terlambat untuk memberikan bantuan kepada adik An-Nur yang masih menjalani rawatan di China. Insya Allah selepas ini aku akan letakkan banner untuk segala entry bagi mereka yang memerlukan. 

3 ulasan:

mummY daniSha berkata...

al-fatihah..semoga ibu bapa faris tabah...sy pun x mampu setabah mereka =(

kasihredha berkata...

al Fatihah.. :(

jane_doe3328 berkata...

my daughter admitted dkt SDMC last week and kitaorg mmg discharge 23 feb tuh lam pkl 10 lebih tgh tgu lif. Mmg masa tu ramai yg tgh menagis depan wat NICU/ ICU. Mmg dalam hati dah agak, sure ada anak kecil yang menjadi bidadari syurga. But at that time, mmg i have no idea langsung who was faris nie.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^