Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 10 Februari 2012

Friday's Ramblings & Happy Weekend!!

Assalamu'alaikum,

Hari ni nak luahkan menulis aje, entri bergambar later-later ya..tapi kalau ada gambar pon semuanya berkisar tentang makanan aje=D Tapi hari ni tak nak cerita pasal makanan, nak cerita pasal kerjaya aku..cewah!

Actually semalam bos aku ada panggil aku & ada buat some sort of assessment sket pastu biasalah..confirm-confirm there are a lot of things that i've to improve;( Paling teruk kena was my attendance, hehehe ada MC, lewat, EL semua aku ada..hahahaha Haisy..dan-dan tu rasa demotivated & rasa nak berhenti kerja & jadi SAHM je=P

So semalam mulalah koyal kalau Haziq dah start sekolah (which is next year) aku nak berhenti kerja..Siap bagitahu en suami lagi rancangan aku BUT ada syarat-syarat;- *nak berhenti pon ada syaratnya eh*

1) Gaji sebagai SAHM/cleaner/bibiks/chef/driver/pengasuh/nurse segala..kiranya duit yang bayar untuk nurseri anak tu bayar kat aku pula..Aku rasa memang sepatutnya pon surirumah dibayar gaji (ikut kemampuan suami) sebabnya penat wooo jadi SAHM ni..celik mata keje menanti bertimbun-timbun kan?? So kalau dibayar tu at least adalah sket duit nak buat beli baju, make up or nak bagi pada mak ayah kita kan?? kan??

2) Insuran - yang ni penting supaya apa-apa terjadi kepada diri aku, aku boleh check in di hospital swasta yang selesa..muahahahaha:P

3) Hutang PTPTN - hehehehe hak ni penting ni..memang sekarang pon en suami yang bayarkan hutang PTPTN aku (sebabnya dia bayar pakai cimb clicks) so aku kena pastikan even bila aku dah berhenti pon dia mesti continue bayarkan sebab tak nak nanti nama aku blacklist then tak boleh pergi tunaikan haji wooooooo:P

4) Cuti - kalau weekend aku nak cuti dari masak boleh?? nak makan kat luar & jalan-jalan boleh? =D

5) Kereta - nak kereta baru (pang sedas) kalau boleh nak kereta kecil macam Myvi ke viva ke sebagai transport untuk aku ambil hantar anak ke sekolah..Tapi kalau en suami nak belikan MPV laaaaaagi bagus (pang sedas lagi)

6) Percutian keluarga - tak kisahlah dalam ke luar negara ke..yang penting sesekali kena bawa aku & anak-anak keluar dari rumah..haisyyy tak kesian ke kat bini ni..hari-hari dok berperang dengan anak so rasanya kenalah sesekali bawa tidur hotel ke apa kan?? hahahaha

7) Bonus - setiapkali en suami dapat bonus, aku nak juga..hahahaha

Oklah, itu aje kot yang terlintas di fikiran aku, konpem en suami pengsan duaplohpatkali baca syarat aku ni..Selagi takleh tunaikan, selagi tulah aku nak kerja=P

Takderlah gurau je tu..actually aku ni sekejap datang angin nak berenti, sekejap nak keje..herm..Kalau berhenti kerja pon, aku rasa aku nak sambung bisnes niaga aku tu..kalau pandai bahagikan masa Insya Allah boleh..sekarang ni pon aku tengok ramai wanita (mostly kaum ibu) memilih option untuk bekerja dari rumah..sambil layan anak boleh layan customer juga..Macam-macam aku dah bayangkan kalau aku berhenti nanti, nak jual nasi kerabu lah, nak ambil tempahan lah..hahahaha berangan memang best!

Tapi yang penting, bila Haziq sekolah aku memang niat nak berhenti kerja..masa tu Husna dah 5 tahun, boleh daftarkan masuk GA, Ashraf pula dah boleh berjalan..Bolehlah buat teman aku g hantar abang & kakak dia ke sekolah..waaaaah jauh berangan tuuuuuuuu

Oklah, happy weekend semua!!

5 ulasan:

mrs adam berkata...

zaila boleh buat bisnes online.ada talent.mesti byk untung

Ami berkata...

aah k ila boleh sambung business,meh join club SAHM berbusiness.paling ami suke jaga anak sendiri nie(selain dari tak yah risau camne org handle anak kite pastu bleh pelok cium anak duploh pat jam) ialah insyaAllah tahap kesihatan budak2 nie terjaga sket,kurang la nak berjangkit2 demam ke.kat situ dah save berape duit dgn masa tue.InsyaAllah rezeki tue ada di mana2 dan dlm ape jua bentuk nya dan kita akan adjust hidup kite dgn source yg ada.Tapi pada setengah2 org kalau ckp macam nie,ckp kite nie tak nak improve diri pulak hehe.macam macam,lain org lain goalnya

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

samalah dgn lin..nak pikir berenti keja bila ain masuk darjah 1 thn dpn..

tgh merangka nak bisnes gak ni..ada modal tp x besar mana..

tuh yg dok kelek website jugak ni..ada cadangan x ?

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

kena fikir masak2 ni...tp btul no 5 : nnt nak hntr/ambik anak..kena ada kete kecik..viva pun ok. jimat minyak..senang nk parking dpn sek yg sesak kete..brckp besed on my experience :)

Zaila Mohamad berkata...

mrs adam,

amin..kena fokus r,,takleh main2..hehehe

Ami,

pemikiran diorang terbatas..loni ramai je mummies2 hok stay at home tp boleh jana duit (malah lebih banyak lg)..kak ila rasa keredhaan suami tu yg penting..kalu keje tinggi pon, laki & anak2 terabai tak guna juga kan?


Lynn,

mu cubalah dulu buat biz kecik-kecik..maksud aku sambil keje pon buat biz juga..kalau rasa boleh fokus on biz, bolehlah resign..tp aku rasa mula2 ni susah sket nak dapatkan income yg stabil..kn banyak buat marketing & networking juga..slow2 belajar Lynn..chaiyyok!

Has,

hahahaha..betul tu..senang nak ambil anak kan;)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^