Assalamu'alaikum,
Hari ni aku bangun agak lewat sket..Actually dah sedar pukul 6.30 pagi tapi gatal p sambung tidur sekejap dengan harapan jam handset akan berbunyi..Kesudahannya aku sedar pukul 7 pagi (great!) Kelam kabut nak mandi, kejut Haziq mandi segala..Nasib baik baju-baju semua sudah ready so pagi ni terus hantar Haziq ke sekolah then hantar anak-anak yang lain ke taska & terus ke office T____T
Dalam pukul 11 pagi tadi, cikgu taska Haziq call bagitahu yang Haziq tak nak balik naik van GA yang selalu dia naik tu..Damn!! Aku pon lupa nak pesan dekat driver yang time balik sekolah Haziq balik naik van..Call Uncle Amir (driver) sekali dia cakap Amirul Haziq tak nak turun sebab katanya mama nak ambik..masa aku dengar tu serious dah rasa sebak dalam dada dah..Then aku call office GA cakap dengan teacher Mariam (his classroom teacher) & teacher pon bagitahu benda yang sama juga..Haziq keep on telling that his mama will come later..Owh!! lagi tersentuh hati aku..Pastu teacher bagitahu yang badan Haziq macam panas..Owh lagi sedih hati aku..Memanglah malam tadi dia ada bagitahu yang dia demam tapi aku andaikan yang dia saja mengada tak nak ke sekolah (Monday Blues) so aku cakap tak boleh kalau tak ke sekolah..
Tadi masa lunch hour gegas aku ke sekolah Haziq..Naik tingkat satu tengok takde orang, naik tingkat 2 jumpa one of teacher tunjuk Haziq yang sedang tidur dalam bilik darjah..Sedih lagi!! Rasa macam nak nangis je bila tengok anak aku hak sorang ni..Then terus kejutkan dia & hantar ke taska balik..Dalam hati merasa bersalah yang amat..en suami pula dok sibuk meracun bagitahu anak-anak memang suka duduk rumah aku jaga..betul juga sebab Husna pagi tadi pon tak nak ke taska..
Seriously, aku rasa bersalah..sedih ada..perasaan bercampur baur..
Cepatlah masa berlalu..tak sabar nak tahu budget baru keluarga kami..sesungguhnya aku redha kalau kena berhenti kerja jaga anak-anak pon..Rezeki Allah ada di mana-mana..
"Ya Allah, berikanlah kami petunjuk"
Jumlah Pengunjung Setakat Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang
About this blog
Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.
Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^
5 ulasan:
Zaila;
this is sound sad:(
pagi2 tadi pun masa kejut anak2 nak bgtau mama nk g keja..anak2 dlm mamai2 bangun salam mama..cium mama..peluk mama..
sedih weiii!!
nangis dlm keta sorang2
aku tgh tggu hubby naik gred dulu..kalo rasa boleh cover baru ler resign jugak..
yes..duit boleh carik
anak2 kita tiada galang-ganti :(
kalau tido balik.. memang jawabnya terlambat la bangun hehe..
Haziq nak tunggu mama amik yer.. cian mama terkejar2.. takpe la tuk kuarga kita sanggup buat ape sajakan..
siannye haziq...mayb die x sedap badan tu meragam sikit..kdg2 budak2 ni walau kecik,tp perbuatan atau percakapan dierang menyentuh hati...
ingat ko besar doh lagi senang nok tinggal,tapi napok gaye macam susah jugok je sebab diorang doh pandai express feeling,hek hek gini pah ko sudoh tok kijo mama muhriz ;p
Lynn,
ituler..kita sbg ibu memang xboleh tgk anak2 macam tu kan..tapi apakan daya..masih belum masanya
Yati,
aku xkisah terkejar2 tp aku sedih bila imagine dia sedih pasal aku lambat ambik
mummy Danisha,
i think he's having Monday blues lah that day:P
Ami,
betul tu..pahni mummy Muhriz g sekoloh nga Muhriz etek ah:P
Catat Ulasan