Kali ni aku nak
Honestly result yang en suami dapat makin teruk jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni & kalau failed medical result ni en suami tak boleh ke offshore so nak tak nak dia kena do something before it's too late kan?? Actually kami ni bukannya diet sampai nak kurus pon cuma nak applykan gaya hidup sihat dalam rutin harian kami..Dapat capai BMI yang sesuai dengan berat badan & ketinggian kami cukuplah..
Lagipon actually both of our families ada sejarah macam-macam penyakit so better prevent than cure right?? Doktor bagi nasihat dekat en suami supaya ambil semangkuk sayur-sayuran dalam menu yang diambil seharian kerana sayuran mengandungi antioksidan yang boleh menghalang kanser (betulkan aku kalau salah bagi fakta sebab aku main belasah je ni)
So bermula dari hari itu, aku tukar menu harian aku..Dalam sehari tu kami hanya akan ambil nasi separuh & pilih lauk yang ada banyak sayur & kurangkan makanan berlemak..Alhamdulillah en suami memang jenis tak kisah makan sayur so kalau tengahari tu dia ambil banyak ulam-ulaman & malam pula aku masak menu yang berasaskan sayur-sayur..Tengok mood r, kadang-kadang buat sup, kadang-kadang buat western & yang pasti malam kami tak makan nasi dah;)
Menu sihat aku ni takderlah sampai tak makan benda-benda yang bergoreng cuma aku akan kurangkan sket..Kalau menumis tu aku pilih untuk guna minyak jagung / zaitun & kalau goreng ikan pon guna minyak seminimum mungkin..Pastu malam-malam en suami akan minum segelas susu Anlene errr aku minum seteguk je..hahahaha part minum susu aku surrender sebab tekak ni tak boleh nak telan r..huhuhu
Dek kerana keje aku ni kan duduk je setiap hari, masuk keje pukul 8 balik pukul 7 so memang takde masa nak exercise segala..Balik rumah penat berperang dengan anak-anak je..Tapi aku pilih option untuk banyak bergerak contohnya di office aku gunakan tangga instead of lift (tapi tang turun jelah, tang naik mak semput nyah), kat rumah pon kadang-kadang turun naik tangga & by the time nak masuk tidur tu peluh dah keluar sampai sedozen:P Kalau weekend pula, aku akan cuba bawa anak-anak ke taman sekerap mungkin..tak jogging pon jalan-jalan tepi tasik jadiklah..errr kalau jalan-jalan di shopping complex aci tak??? >____<
Aku rasa mungkin lambat sket nampak hasilnya tapi believe me, perut en suami yang agak boroi tu aku nampak macam dah kempis sedikit selepas mengamalkan pemakanan seimbang..Masuk toilet pon senang je nak membuang..hahahaha..
Oklah, ni ada lagi menu sihat yang aku buat;-
sayur goreng biasa-biasa aje, ada brokoli, peas & baby carrot..tumis bawang putih sampai kekuningan then campak sayur..aku tutup kuali dengan penutup sekejap untuk bagi sayuran tu cepat masak tapi jangan sampai layu
kegemaran aku;- sup ayam dengan tofu..tumiskan bawang putih & halia sampai kekuningan & masukkan isi ayam yang dipotong kecil, goreng sampai ayam kuning-kuning & then masukkan air..masukkan garam, gula, lada sulah & lada hitam secukup rasa..pastu masukkan tofu & bila dah mendidih tu masukkan daun sup
malam-malam aku suka makan sup macam ni je..simple..hidangkan bersama bawang goreng & sambal cili
ni pula ayam masak halia yang kering..hahaha kering sebab tak buat kuah..cara aku tumis (minyak dalams esudu je tau) bawang putih & halia, pastu masukkan isi ayam, goreng sampai kekuningan then masukkan sos tiram, garam & gula..Kalau nak berkuah sedikit masukkan air tepung jagung tapi aku tak buat pon..Pastikan guna halia muda sebab nanti sedap diratah halia tu:P
inilah dinner kami..masakan aku sekarang lebih kepada makanan dalam pantang..huhuhuhu
Berbalik pada gaya hidup sihat, aku cukup salute pada en suami..sebelum berkahwin dengan aku dulu si dia merupakan perokok tegar..Even lepas kahwin pon masih hisap rokok (memandangkan masa tu si dia bekerja di power plant so memang environment penuh dengan perokok tegar) tapi be me yang memang cukup anti dengan bau rokok, aku boleh detect bau rokok di baju kerja dia..hahaha
Alhamdulillah, after minor fights "that night" en suami kotakan janji untuk berhenti merokok sampailah sekarang (almost 6 years dah) & en suami pon cakap sejak tak merokok dada dia pon rasa lapang (Alhamdulillah) & aku doakan moga Allah berikan keazaman & kekuatan yang berterusan pada en suami untuk terus mengamalkan gaya hidup yang sihat (together with me lah of course!)
Pada isteri-isteri perokok, jangan putus untuk berdoa semoga suami korang diberikan kekuatan untuk berhenti merokok juga..Insya Allah suatu masa nanti siapa tahu..dunia akan bebas dari asap rokok:P
2 ulasan:
btul tu, nk kurus buke sbb nk slim ko gapo tp utk maintain BMI yg sepatutnya ;)
yatie
tu ah, ramai yg salah konsep..ingat aku diet untuk kurus..huhuhuhu
Catat Ulasan