Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 23 Februari 2012

Hampir Setahun Sudah!


Assalamu'alaikum,

Lamanya tak update perkembangan budak debab sorang ni..Mama dok sibuk update pasal makan je..Sian Ashraf..sedar tak sedar bulan ni Ashraf dah masuk 11 bulan dah..Patutlah makin menjadi-jadi semangat ingin tahunya:) Setakat ini my little Ashraf sudah tahu;-

1) sudah pandai bangun sendiri (tapi masih pegang mama/papa/kerusi/meja/apa-apa yang berada depan mata) & memanglah tak larat nak alihkan dia dari mendekati TV, bukan apa..risau kot-kot dibaling TV / ditarik wayar speaker & TV tu jatuh je..Pastu pantang letak, haruslah merayap masuk bawah meja, dapur & hampir seluruh rumah ni..Terer dah tu bagi dia tu:D

2) sudah cam mama & papa..kalau ambil kat taska terhenjut-henjut kesukaan:) *priceless moment* pastu pandai bye! & kadang-kadang cakap "baaaab" sambil tepuk-tepuk dada..Aku rasa dia nak cakap dia debab:P

3) masih makan bubur nasi hampir setiap hari..tapi pantang kalau nampak mama/papa/abang/kakak dia makan..Berlagak nak makan makanan orang besar tapi tak sedar diri dia tu gigi pon takde lagi (ya, gigi Ashraf masih malu-malu untuk keluar). Aku tengokkan Ashraf ni macam boleh tahan juga hebat dari segi rampasan kuasa..Kalau tak bagi apa-apa, mahu dia mengamuk nanti T__T

4) Sangatlah lasak-lasak..kalau masuk kereta semua benda dia nak pegang..pastu semua benda nak masuk mulut rasa..Haisy..

5) Sangatlah suka mandi..pantang bawa masuk toilet konferm dia ingat nak mandikan dia..kalau bagi berendam lama-lama dalam basin dia tu pon takpe..suka aje mamat ni main air:)

Isy sekejapnya masa berlalu...bulan depan dah nak masuk setahun dah..Semoga Ashraf Hariz membesar menjadi anak yang soleh ya!!

5 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

besar doh tu....ashraf nok adik dop? hehehe

DaZzlingLilLy berkata...

mata ashraf ni cantik..

Iela Fazielah berkata...

besor dah ek..tp dah nak sethn gigi masih malu2 lg???hehe.....

mummY daniSha berkata...

besnye dah 3 org dah anak...bilela cha cha nak dpt adik hehee

zailamohamad berkata...

yatie,

owh janganlah loni, pengsan mama dio:P

Lilly,

sama macam mata mama dia *ferasan*

Iela,

a'a..ank kawan zaila haks ebaya ngan dia semua dah tumbuh gigi dah:)

mummy danisha,

cepat-cepat beranak masa umur masih muda ni:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^