Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 3 Mei 2012

Travelogue Sabah Day 1 ~ Labuan

    Assalamu'alaikum,

Mesti ramai yang tak sabar nak baca cerita percutian aku kan?? HAHAHA stetmen poyo lagi koyal..Well, aku tahu ada few bloggers yang tengah menghitung hari nak pergi ke Sabah tu..takpon tengah gigih kumpul duit sebab nak ke sana kan?? kan??

Sabah is a definitely MUST going vacation dalam Malaysia..selain dari pemandangan tarikan Kota Kinabalu & pulau-pulau, orang Sabah memang best; baik & sopan santun saja:)

Oklah..terus pada travelogue Sabah versi aku..korang jangan tiru sebab like i said before ini bukan percutian yang dirancang setahun yang lepas..Ini adalah percutian havoc penuh emosi..HAHAHA mama je emosi lebih, anak-anak enjoy je:P Memula plan nak g jenguk kakak aku di Labuan sahaja tapi lepas tu gatal nak ke Kundasang & Kota Kinabalu..Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya..Walaupon penuh drama & penat, tapi definitely worth it..Terima kasih buat Kak Na & famili & juga SIL aku yang banyak bersabar dengan karenah aku melayan anak-anak especially Ashraf yang tak sihat sepanjang di Kota Kinabalu.

Oklah, flight kami dari LCCT ke Labuan pukul 0735 so seawal jam 4 pagi dah start bangun..Nasib baik anak-anak memang tengah excited so memang senang kejut & bersiap. Sampai di terminal terus check in & kami boarding dalam pukul 0640. Pada sesiapa yang bawa stroller / buggy, make sure masa check in luggage inform staff di kaunter sebab nanti memang kita boleh bawa buggy masuk dalam flight tapi kena minta tag dari staff AA dulu. Sampai di tangga plane, sila tinggalkan buggy di situ & staff AA akan ambil bawa masuk dalam kargo (read perut kapal terbang) terus:)

Alhamdulillah, cuaca elok, we have a smooth journey cuma kesilapan kami tak pre book meals awal-awal..Merasalah berhabis dalam flight beli nasi lemak, nasi beriani, roasted chicken, chipsmore & Milo dek kelaparan:P But seriously, AA punya meal memang sedap..tak rugi kalau beli:) *Mr Tony Fernandes, silalah bagi i free flight to anywhere i want to go ya* LOL




Masa pergi Haziq nak duduk sebelah tingkap, Husna & mama pegang Ashraf..My SIL sebelah sahaja so memang senang nak berurusan:)


P1060176

Alhamdulillah, Haziq & Husna memang excited sangat-sangat..during take off pon anak-anak behave..cuma sesekali ada Husna tanya "Mama, kenapa dengan telinga Una ni" so aku pesan suruh telan air liur je & bagi air mineral dekat diorang
P1060177

While Ashraf ada bikin havoc sket dalam plane..hehehe Lepas makan, aku bagi susu dekat Ashraf & terus dia tidur dalam pelukan SIL, sempatlah mama berehat sekejap..Tapi bila jaga je Ashraf macam batuk-batuk..Lepas tu tahu tak apa yang berlaku?? jeng jeng jeng

Yaaa..Ashraf muntah..bukan sikit tapi banyak ok..habis baju & jam aku T_____T
Masa tu rata-rata semua penumpang lain dah tidur kekenyangan..Merasalah panic attack sekejap buka kertas muntah yang disediakan kat depan seat tu tak dapat..HAHAHA Nasib baiklah memang aku standby baju & towel kecil dalam beg so dengan bantuan SIL & pramugari, merasalah aku tukar lampin Ashraf dalam plane:)

Famous sekejap dalam plane tu *bersiul buat muka tak malu*
P1060178


gambar pemandangan dari atas flight yang anak bujang aku snap
P1060179


masa ni tak tinggi lagi..flight duration dalam 2 jam juga..

P1060180


cuaca pagi tu baik so takde flight turbulance ke apa..Alhamdulillah..anak-anak pon takde yang pening-pening except Ashraf:P


P1060189

my SIL merangkap bibiks..HAHAHA tapi tak guna juga sebab sepanjang di Sabah, Ashraf tak nak dengan sesiapa kecuali mama T_____T"

Nasib baiklah mama dia tak naik muscle sebab asyik dukung Ashraf..kalo tak boleh masuk pertandingan bina badan gittewwwww..hehehe

We touched down bumi Labuan pada 1035 & kena menapaklah sket..bukan dekat tapi jauh ok..nak patah pinggang aku dukung Ashraf tau:P Buggy kami rupa-rupanya kena tunggu ambil sekali dengan luggage, berbeza sangat dari Labuan ke LCCT di mana diorang terus letak buggy di tangga so turun tangga terus letak Ashraf dalam buggy..

Apa yang menariknya masa aku g tu ada festival air di Labuan so penuhlah flight dengan peserta-peserta kayak & terkejut juga bila tahu aku 1 flight dengan pengacara rancangan tapi sorrylah aku tak tahu nama cuma mula-mula nampak rasa macam kenal..HAHAHA lepas tu nampak crew TV3 tengah ambil barang so sah-sah lah pengacara Media Prima kan..tapi aku takderlah nak ambik gambar ke apa..kalau bang Aaron, mahu meroyan juga nak bergambar..hakhakhak

Alhamdulillah sampai tu Kak Na terus tunggu di airport & terus ke rumah Kak Na di Kg. Tanjung Aru untuk berehat..Petang tu keluar pusing-pusing jap..

To be Continued.....

11 ulasan:

Ami berkata...

lagi lagi hehe.k ila,soalan bonus,pahni nok travel without hubby lagi dok?hehe

Nurhayati berkata...

last pegi sabah time tadika..
giler lama tak pegi dah hahaha..
tgk pic kamu ni wat terasa nak pegi balik :)

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

ok...tggu next part pulak..

:)

AziE berkata...

Tak pernah sampai Labuan

Eliss berkata...

apsal lah pulak tak boleh bukak plastik mutoh tu yer..haisshhh

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

ok zai cuaca elok time ke sana ... alahai cpt hupdatesssssss ;-)

Zaila Mohamad berkata...

Ami,

huhuhuhu pahni kalu nak g Labuan kn g dengan husben r..Ashraf xser bg kerjasama r kalu dengan mama dio..huhuhu

Yati,

pergilah! tak sangka Sabah best!

Lynn,

hahahaha..banyak part akan datang..tungguuuuuu

Azie,

takde apa yang menarik tapi bolehlah kalau nak jalan2 makan seafood & coklat kat sana murah:)

Eliss,

dokdan nak buka Ashraf nak muntah..huhuhuhu

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

mmg dari dulu2 duk ckp nk pg sabah... x pernah sampai lagi....x tau bila tabung vacation nk penuh2 :p

Zaila Mohamad berkata...

Has,

tiket jelah yang mahal sket..alo hotel banyak yang budget & sewa teksi pon xmahal mana..takpe..takpe..tanamkan azam mana tahu satu hari dapat g

maya amir berkata...

arghhh jeles..sabah ni jek yg aku lom sampai..bile aku nak smapai ni.. cpt, lagik? lagik? cite lagik..hehehe

Zaila Mohamad berkata...

Maya,

insya Allah..adalah tu rezeki ko tu:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^