Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 4 Mei 2012

Travelogue Sabah Day 1 ~ Pesisir Pantai Labuan

Assalamu'alaikum,

Sambungan dari entry semalam..Sampai je di airport, Kak Na aku sudah siap menunggu..Mujur dekat je airport dengan rumah Kak Na so bila sampai tu, sempatlah aku berehat jetlag lagi tapi dalam pukul 3 petang tu anak-anak dah menggeletas nak keluar..

Kalau di Sabah, masa akan cepat lebih kurang sejam..Pukul 6 pagi tu matahari dah naik dah..hehehe jakun sekejap sebab anak buah aku balik awal dari sekolah (dalam pukul 11.30 pagi rasanya pada hari Jumaat). Haziq & Husna lah yang happy sekali sebab dapat jumpa kakak-kakak merangkap inang (dayang) mereka..Husna tu, mana-mana berkepit dengan kakak..Senang sket aku sebab anak buah aku ni memang boleh diharap untuk jaga Haziq & Husna:)



muka Husna bosan tunggu mama & kakak bersiap lama sangat:P



Aku suka persekitaran rumah Kak Na..rumput menghijau..tenang je..Cuaca di Labuan sangatlah panas & malam sangatlah sejuk..Agaknya sebab nilah Ashraf demam..



Rumah orang Sabah kebanyakannya macam ini..tiang tinggi..Rumah Kak Na duduk macam nilah..tapi tangga nak naik..ya ampuuunnnnn curam giler..huhuhu kalau aku duduk sini konpem kurus..HAHAHA tapi Kak Na aku tak kurus pown:P

Petang tu Kak Na nak bawa kami ke Muzium Marin tapi masa tu dah agak terlambat so kami ke area Kompleks Sukan Laut. Kebetulan kan masa aku datang ni ada Labuan Sea Challenge ke apa..so macam ada pesta gitu kat sini..Ramai juga orang Labuan bersiar-siar di sini. Ada jualan makanan, mainan & pakaian. Anak-anak aku sibuk nak belon Angry Bird..Huhuhu Mana adanya aku nak beli, kat rumah korang pon dah berlambak belon..mama kan supplier belon Angry Bird nak oi T___T

Korang layankan ajelah gambar yang sempat di snap oleh aku yang tak amatur ni:)



tepian pantai..anak-anak menggelitis nak mandi..huhuhu tapi aku tengok takde pon orang yang mandi kat situ so agaknya bukan tempat untuk mandi manda (kot) hehehe




kat sini memang ada banyak kapal..






nampak tak orang tengah berkayak tu?? Agaknya diorang nilah yang satu flight dengan aku pagi tadi..hehe



awat muka Husna masam mencuka tu



Ashraf masa ni masih happy lagi..suruh duduk dalam buggy pon tak kisah sangat..makan pon selera aje..cuma ada sesekali bila dia nampak orang laki yang lalu lalang depan dia & then dia panggil "papa"..Aku rasa dia rindu sama papa dia..Haisy..memang anak papa sungguh!



bangunan belah kanan tu sebenarnya sebuah restoran atas air..menarik kan? tapi aku tak masuk pon..hehehe



ada jetski lagi..rugi sebab masa berlangsungnya pesta air tu aku ke Kundasang & KK, kalau tak bolehlah buat liputan *kata blogger*



anak buah aku; dari kiri Aqilah, Alia & Adibah..hak paling besar belah kanan tu bibik kami LOL

P1060212

Cuaca petang agak panas..angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..aaaahhh rindu sama Labuan bah:)


P1060211

Restoran tu namanya Manja Rasa..macamana rasanya?? manja-manja gittewwwww

Oklah, selepas puas menghirup udara pantai, kami ke Ujana Financial Park & makan malam di Anjung Ketam

Bersambung..jeng jeng jeng..

2 ulasan:

mummY daniSha berkata...

jelesssnye..heeee bilela bole sampai kat sini huhu

Zaila Mohamad berkata...

mummy danisha,

janganlah jeless..insya Allah satu hari nanti boleh ke sana:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^