Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Jumaat, 4 Mei 2012

Travelogue Sabah Day 2 ~ Jeti Labuan

Assalamu'alaikum,

Sambungan travelogue Sabah sudah masuk hari kedua, tapi sebeum tu boleh recall balik hari pertama kami ke;

1) Pesisir Pantai Labuan
2) Financial Park & Anjung Ketam

Konon nak keluar awal pagi tapi kan takde maknanya..hehehe Maklum sajelah kalau sudah ramai-ramai macam ni, ditambah pula ada kanak-kanak ribena so memang plan kami untuk ke jeti Labuan telah terlewat selama sejam..

Kami tiba di jeti Labuan pada pukul 8.30 pagi & Kak Na terus beli tiket speed bot. Alhamdulillah cuaca haritu memang cerah so kami memiih untuk menaiki speed boat sahaja sebabnya kalau naik speed boat sekejap sahaja masa yang diambil jika dibandingkan dengan feri. Kalau tak silap aku, speed boat ni akan datang setiap 15 minit bergantung kepada kesibukan jeti pada haritu..

 

Anak-anaklah yang paling excited sekali nak naik boat:)



Percaya tak itu semua barangan kami..HAHAHA silalah percaya..Memang haritu masing-masing menjadi mutitasker, bawa beg galas, tarik beg besar & maid Kak Na siap bungkuskan bekal lagi..Nasib baiklah tak breakfast di rumah, kalau tak..mahu lagi lambat kami bertolak..huhuhu



Ni dalam bilik menunggu..Kat sini siap ada pemeriksaan kastam juga. Kalau nak tahu ada perkhidmatan speed boat & feri dari Labuan ke Limbang (Sarawak), Labuan ke Kota Kinabalu, Labuan ke Sipitang, Labuan ke Brunei & Labuan ke Menumbok. Kami memilih untuk ke Menumbok sahaja (lebih kurang 20 minit perjalanan). Nanti di Menumbok, Kak Na sudah pon menyewa teksi siap dengan driver untuk bawa kami ke Kundasang & Kota Kinabalu. Senang sebab tak payah fikir nak drive sendiri & susah-susah cari jalan nak ke sana:)

Harga sewa teksi dari Menumbok ke Kundasang ke Kota Kinabalu & balik ke Menumbok balik adalah RM800. Mula-mula tu rasa macam mahal je tapi bila difikirkan balik memang berbaloi sebabnya teksi tu adalah sebuah Toyota Unser yang boleh memuatkan kami 4 dewasa & 5 kanak-kanak + seorang bayi comel:) Memang aku rekemenkan abang teksi ni pada sesiapa yang ingin menyewa teksinya sebab abang driver ni tersangatlah baik & begitu setia melayan kami sepanjang 3 hari kami menyewa teksinya:)



Kak Na tengah beli tiket (eh nampak kuruslah pulak)..Harga tiket adalah RM15 seorang tidak kira dewasa mahupon kanak-kanak (tapi Ashraf masih lagi percuma). Owh silalah tunjukkan IC / surat beranak semasa urusan pembelian tiket ini yaaaaa



Rata-rata mesti ada kedai jual coklat..huhuhu Naseb baiklah anak-anak aku tak pandang sangat coklat kat sini..hehehe Terlampau excited nak naik boat agaknya:P







Ni dah masuk kawasan jeti..Masing-masing gigih angkut barang:) Dalam gambar adalah maid Kak Na iaitu Kak Nor



Inilah speed boat yang kami naik..




Gayat juga masa nak masuk dalam boat ni..Nasib baik ada pakcik baju hitam yang tolong pegangkan..Auuuuuwww batal air semayang ahkak:P



Ashraf aku pass dekat bibik aku SIL aku..gayat weh nak dukung Ashraf sebelah tangan..kang ada yang terjun laut karang..huhuhu



Tengoklah barangan kami..penuh satu boat & sampai ke buggy Ashraf aku angkut sekali..Al maklumler ingatkan Ashraf akan beri kerjasama bila berada di sana tapi rupanya sangkaanku meleset..Last-last buggy tu buat angkut barang..hehehe berguna juga buggy murah dari Giant ni:)



Nasib baiklah HUsna pandai bawa diri..walaupon takut tapi kakak Adibah sentiasa ada memeluk Husna:)






















Ni kakak Alia..orangnya pendiam aje, susah nak dengar suara Alia ni..Anak-anak Kak Na semuanya lemah lembut sahaja..Tak macam anak-anak aku..(malas nak cakap, sila bayangkan anak cikgu versus anak mak rimau engineer)





















Awat muka Kak Nor macam tu?? Yang paling kelakar bila awal-awal boat dah gerak, Kak Na & Kak Nor dok bergaduh pasal beg, sorang cakap beg tertinggal, nyaris-nyaris nak suruh pakcik driver boat patah balik tapi rupa-rupanya beg tu pakcik boat letak atas bumbung boat..TUlah, banyak sangat bawa beg T___T



























Mana nak cari bibiks terbaik macam ni:)










































Gambar ni diambil dari dalam boat sebab tu tak clear sangat.



























Naik boat ni rasa macam naik kuda, kadang-kadang terlompat juga..hehehe Memang satu pengalaman yang menarik yang pernah aku cuba..Setakat ni Alhamdulillah masih boleh atasi tahap ketakutannya..Hak paling aku takut sekali adalah masa melalui jambatan gantung di Dusun Eco Resort tahun lalu..giler ah..hak tu paling takut sekali..huhuhu



























Muka Haziq yang seronok naik speed boat..

Sampai di jeti Menumbok, abang teksi sudahpon lama menunggu..Nasib baiklah dia tak marah..hehehe Janji pukul 8 tapi sampai pukul 9 pagi:P

Kami breakfast makan nasi goreng dalam kereta sahaja..Nasib baik abang teksi tak marah..hehehe
So bermulalah perjalanan dari Menumbok ke Kundasang..Nantikan sambungannya..









2 ulasan:

nawawi berkata...

Salam, boleh minta number teksi tu?

nawawi berkata...

Hi blh minta no tel teksi tu

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^