Sambungan lagi..Ini baru hari pertama yaaaa..Sila jangan jemu untuk membacanya:P
Selepas menghirup angin petang di pesisir pantai, kami ke Ujana Financial Park yang terletak di tengah bandar Labuan. Kak Na saje je bawa aku ke sini untuk kenal-kenal pasaraya kegemaran dia:P Kiranya kat sini semua ada; Parkson, Giant & kedai bebas cukai yang jual coklat, wangian, rohkok & arak (yang haram):P
geram bila tengok baju-baju yang lawa tapi takde maknanya aku nak beli sebab sana konpem-konpem lagi mahal..kecuali kain batik dari Indonesia..yang ni murah, tapi still aku tak beli juga..hahaha
meleleh tengok barangan kraftangan..Nasib baik masa ni tak beli apa-apa sebab dah set kat dalam minda nak g shopping di Kota Kinabalu..Kat sini aku beli pampers & bekalan makanan untuk travel esoknya..Sekejapan sahaja di sini. Keluar dari Ujana, kami terus balik ke Kampung Tanjung Aru untuk makan di Anjung Ketam:)
Kalau dah namanya Anjung Ketam, konpem-konpem nak makan ketam kan..En suami yang rekemenkan tempat ini memandangkan setiapkali en suami ke Labuan, konpem akan makan di sini..
Boleh pilih ketam-ketam yang berkenan di hati..kalau macam ni ketam laut eh??
yang ni Mr.Crab eh! ketam nipah..hehehe
hak ni aku tak tahu nama apa tapi besar kemungkinan siput
Nasib baiklah kami sampai awal..Menyesal sebab tak dengar pesan en suami yang suruh call dulu untuk booking menu sebelum ke sana..Rupa-rupanya memang lambat gila nak boleh dapatkan lauk..Air yang kami order pon makan masa yang lama juga untuk sampai ke meja..Huhuhu Agaknya guna resepi rahsia kot masa bancuh air tu:P
Minuman kelapa memang penghilang dahaga..Kat sini ada minuman yang femes (aku lupa namanya) iaitu campuran air asam boi & limau kasturi
Tapi kat sini memanglah ramai orang..Sudahlah ramai, kipas satu pon takde sebab supposed kedai ni tepi kuala so selalunya akan ada angin sepoi-sepoi bahasa tapi malam tu sangatlah panas sampaikan Ashraf mengamok tak tahan..Kesian Mok Na kena dukung Ashraf..Mama dia mengamuk juga sebab tak boleh makan ketam dengan tenang T___T
Penantian berakhir setelah udang masak butter milk tiba..Herm, sepatutnya order ketam masak butter milk tapi entah kenapalah g order yang ni..Tapi rasanya boleh tahan (mungkin sebab lapar)
Kak Na g order ketam masak 3 rasa..layankan ajelah labuuuu..En suami bilang ketam masak black pepper pon sedap di sini..Aaahh kalau sudah namanya ketam Labuan, semuanya sedap & segar:) Sekilo ketam harganya dalam RM30.00, haritu kami ambil 3 ekor ketam sahaja..Itupon tak habis..Aku rasa kalau en suami ada, konpem penuh semja dengan kulit ketam:P
nasi goreng cina untuk kanak-kanak ribena & juga mama
ini adik ipar aku yang pilih; kupang masak halia..Isi kupang tu besar giler..Kak Na makan satu je, tupon "panjang leher" nak habiskan..hahaha Aku pon sama..sebab teringat cerita Mr Bean dulu-dulu:P
sila-sila pilih mana yang berkenan..Rata-rata pengunjung di sini memang akan makan ketam:)
Aku makan di kedai ini..sila ambil phone no makcik Asliana Ahmad & booking menu sebelum datang yaaa..Lagi satu, makcik, tolonglah beli kerusi baby lebih sedikit..Orang ramai dah datang sini, takkan takde modal nak beli kerusi baby & pasang kipas kot..hehehe
Haaaaa..baca tu..jangan bawa minuman keras kat sini so dijamin HALAL
Awat muka memasing mata kuyu tu?? mengantuk eh?? Ok, nak balik dah pon..
Pada sesiapa yang berkunjung ke sini, jangan lupa tau singgah makan di Anjung Ketam ni..Tapi jangan terkejut bila membayarnya. Secara keseluruhan kami kena RM120.00 malam tu. Kak Na cakap mahal, aku rasa pon mahal..hehehe
Lepas makan kami terus balik rumah Kak Na & berehat..Esoknya nak keluar awal pagi naik bot pula..
Tunggu sambungannya:)
2 ulasan:
Ketam?
Sedap tuh!!!!!!
Aku kalo g seafood kt area sn,tkt nk order ketam.tkt mahal nk mam***
Lynn,
aku rasa kat KK lg mahal seafoodnya..tapi puas hati sebab segar:)
Catat Ulasan