Jenuh nak habiskan marathon Vietnam ni..sampai entri lain bersusun tunggu turn nak keluar..Hehehe jenis aku memang tak suka cerita lompat-lompat..baiklah habiskan satu-satu entri supaya korang tak terkonpius..hehe Kejap di Malaysia, kejap di Vietnam..ingat aku ni drebar kapaltorbang ke hape:P
Oklah..sambungan dari entri Menyusuri Sungai Mekong haritu, kami dibawa ke perkampungan penduduk tempatan kat situ. Lupa pula namanya sebab malas nak catat apa yang pemandu pelancong tu bagitahu..hehe
Memula diorang bagi kami tengok lebah dulu..seriau ahkak dengan binatang ittewwww..Seb baik sekejap je diorang tunjuk, kalau tak..mahu aku lari duduk jauh-jauh..
inilah kotak merangkap rumah lelebah itu
selambe je pakcik ni angkat sarang lebah tu..agaknya dah hari-hari buat, lebah pon dah lali ye dak..kalau lebah hutan, mahu dah kena sengat dah ni:P
eeeiii geli ahkak! inilah lebah yang menghasilkan madu & royal jelly tuuu
amboi...suka nampak..kena sengat baru tahu:P
Pastu kami teruskan perjalanan, dibawa pula ke kebun buah-buahan diorang..tapi aku ternampak binatang ini di dalam sangkar di bahagian dapur mereka
haisy..tak tahulah ini sebagai binatang peliharaan ataupon bakal menjadi masakan paprik diorang..hakhak
ni pokok derian, bagi sesiapa yang tak kenal derianlah kan..
jalan elok-elok, karang buah derian jatuh atas kepala..benjol juga kepala tu
selepas tu, kami dihidangkan dengan minuman teh campur madu & sedikit serbuk royal jelly..tapi aku tak minum madu sebab takut "panas"..rugi sebab diorang cakap air tu sedap
sila jaga pandangan korang yaaa..jangan nak tengok tang buah d@d@ tu je:P Makcik ni kalau tak silap umurnya dalam 50+ nampak awet muda remaja kerana dia mengamalkan sapu royal jelly setiap hari..
inilah royal jelly tu..aku lupa pula harganya tapi agak mahal juga..aku tak beli tapi madu asli tu ada terbeli juga sebotol tapi kan..tapi kan..dek kerana tersilap perancangan, aku terbawa dalam bag masa balik tu so bila lalu dekat pemeriksaan Kastam, tetiba pegawai kastam tu cakap ada bawa liquid ke?? Ya Allah masa tu baru teringat dekat madu yang aku beli tu so bye bye madu..huhu
sempat merasa derian kampung Vietnam..sedap! rasa macam derian..hehe
selepas tu kami dibawa ke tempat yang lain; kat sini ada buat industri buat beg, tenun, lukis & kat sini juga akan dhidangkan dengan buah-buah tempatan sambil di iringi dengan persembahan tradisional mereka
beg-beg kat sini harganya agak mahal jika dibandingkan dengan harga di jeti so baiklah korang beli di jeti Sungai Mekong nanti
kat belakang tu Asaari dah siap-siap bawa bekalan makan tengahari kami
mana-mana pergi mesti ada ubat kuat diorang ni..kalau ayah aku tengok ukiran kayu diorang mesti ayah aku akan kagum ni
baju-baju sulaman, beg-beg sulaman yang cantik tapi harga adalah mahal sedikit jika nak dibandingkan dengan jeti..ceah, seb baik awal-awal aku dah siap survey harga di jeti tu..Kalau tak..mahu kitorang borong juga baju-baju tu..HAHAHA
Aku memang suka lukisan kat sini tapi takde budget r untuk beli lukisan..takpe, takpe next visit kita beli..hehe
Pandai orang tempatan kat sini cari makan..kalau nak harapkan aku melukis macam ni..lukis orang lidi reti r
sambil-sambil tu kami makan nasi goreng yang Asaari bawa..sedap bila dimakan dengan sos ikan tu..
lepas tu ada buah-buahan pula, ada dragon fruit, nenas, nangka, ciku & limau..makan cicah asam..sedap!
teringat nenas tu..hisy ibu mengandung tak baik makan nenas banyak sangat tau
lepas tu ada orang tempatan akan hiburkan kita..sambil makan buah sambil dengar diorang nyanyi..wallah!
alahai keciknya pinggang akak Vietnam ni..sebelah peha aku kot..HAHAHA
cantik-cantik diorang ni..pakaian memang seksa ah tapi dah memang pakaian tradisi diorang..ada pakcik-pakcik dari rombongan yang lain tu sukalah negok persembahan ni..bukan sebab suka dengar diorang nyanyi tapi suka tengok buah d@d@ diorang..hehehe
hak ni sopan sket..baju tak jarang mana..hehehe
feeling nyanyi sampai pejam mata nah
muka diorang semua bersinar-sinar gittewww..apa rahsianya??
Lepas je diorang buat persembahan, kami sama-sama pakat bagi tips (upah) & bergerak ke lokasi seterusnya;
naik perahu....arghhhhhhhhhh gayat gila aku masa ni weh..pengalaman sekali seumur hidup..aku rasa macam tak bernafas aku masa dok dalam perahu ni..sebab takut terbalik..HAHAHA
menyusuri sungai yang penuh dengan pokok nipah & boleh pemandu pelancong tu takutkan kami dengan buaya..ces..ces..cess..tak kelakar ok!
dalam perahu aku ada 5 orang (termasuk pemandu)..so kami naik 2 perahu..seb baik takde bertembung dengan perahu lain..
kat belakang tu geng debab kakak ipar aku..HAHAHA seronok depa naik perahu..
Lepas tu kami singgah pula di kilang memproses candy kelapa..Moh kita tengok macamana nak buat cekelat kelapa
memula kita kupas kelapa tu..kat kampung aku pon ada pengupas kelapa jenis macam ni..
bersungguh abang tu kupas kelapa...ya..ya kami dah tahu macamana caranya nak kupas kelapa..
lepas tu isi kelapa diparut
kemudian diperah
kemudian dimasak sampai jadi kenyal macam dodol tu..lupa pula diorang masukkan apa tapi rasanya semua benda halal..takde pon masukkan arak ke, lipan ke cicak ke..hehehe
inilah rupanya..agak sedap bila dimakan panas-panas..macam dodol pon ada
ni kira pekerjaan diorang setiap hari..membungkus gula-gula kelapa
Lepas je singgah kat situ, driver bot dah menunggu kami dengan air kelapa..waaahh best sebab masa ni kan tengah panas, dapat minum air kelapa..fuuuh lega..
jemput minum semua..sampai je di jeti Sungai Mekong kami serbu gerai-gerai pakaian di situ..murah-murah T-shirtnya..harga serendah USD2. Aku beli juga beberapa helai untuk adik beradik & anak-anak buah. Lepas tu kami terus balik ke bandar & sambung shopping..tapi nanti-nantilah..
sambung next entrylah pula khan..hehehe
4 ulasan:
haishhh .. mmg clear baju akak tue .. dah ler kaler bra terang bebenor ... he..he..he.. byk info aku dpt baca kisah trip nih
auwww seksi molek baju kakok2 tu....xleh bui hubby bukok blog zaila ni hahahahha
zaila..mahal dok lukisan2 kt sane..?
wahhh bestnye kak naik perahu hehee
Catat Ulasan