Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 1 Ogos 2012

Semakan Status Permohonan Darjah Satu 2013 Negeri Selangor

Assalamu'alaikum semua,

Sorry lama menyepi..sejak dah jadi SAHM ni...makin malas pula nak update=P Kalau waktu keje dulu duduk je depan PC tapi sekarang dah jadi bibik sepenuh masa..macam-macam keje nak buat..Pendek kata celik je mata; dah berderet keje menunggu..(tapi rumah masih tak kemas-kemas juga) T___T 

Tapi takpe..jangan hilang terus semangat untuk berblog sudah:P

Owh ni tetiba ada masa terluang jap so nak cerita pasal anak bujang aku yang Insya Allah tahun depan dah nak masuk darjah satu..Kan haritu aku ada bagitahu yang Haziq ada ujian kelayakan untuk masuk ke sekolah Ibnu Khaldun..Rupa-rupanya jatuh pada hari aku pergi ke Vietnam..tapi kuasa Allah yang mengaturkan segalanya, mujurlah aku ambil tiket flight petang so sempatlah ke sekolah pada pagi tu untuk teman Haziq..

Masa sebelum exam lagi aku dah bagitahu yang dia kena jawab betul-betul kalau ustaz / ustazah tanya, jangan menangis, pastu kalau dapat soalan kena buat..Al maklumlah Haziq ni kan anak manja so memang nak kena cakap selalu..tupon dah jebek-jebek (buat muka nak nangis) dah..Hisy..Tapi Alhamdulillah haritu ada juga kawan sekelas dia di Genius Aulad yang datang sekali so dia pon takdelah rasa takut lagi..Mama pula hak berdebar-debar sebab masa sampai terus beratur untuk daftar & terus ke ujian lisan..


kena paksa pakai kopiah..hahaha..


Ramai juga yang datang memohon..khabarnya dalam 200 orang lebih tapi sekolah tu hanya akan ambil dalam 120 orang..2 kelas lelaki & 2 kelas perempuan..so aku takderlah menaruh harapan yang tinggi sangat dekat sekolah ni..Kalau ada rezeki Haziq, bolehlah dia belajar di sini..Kalau takde..sekolah kebangsaan area rumah ni pon ok juga..khabarnya terbaik di daerah Klang ni:)

Owh pada mereka yang anak-anak akan bersekolah tahun 1 pada tahun hadapan, bolehlah semak kemasukan anak-anak di sekolah pilihan masing-masing (bagi negeri Selangor)..klik kat sini ;-
Sistem Pengurusan Murid Tahun 1 Online
Anak-anak korang berjaya dapat sekolah mana?? Alhamdulillah Haziq memang dapat SK Bukit Rimau so langkah seterusnya nak kena g sekolah buat pengesahan lagi..Tapi khabarnya nak masuk sekolah ni pon ada ujian saringan lagi bagi menentukan kelas..haisyyyy..mencabar sungguh budak-budak sekarang kan..Kalau aku dulu main ikut aje cikgu letak dalam kelas mana T____T

Nota kaki : aku dulu dari darjah satu sampai darjah lima kelas Hijau..kat sekolah aku dulu ada 2 kelas je, kelas Hijau & kelas Merah..owh rindunya zaman sekolah..zaman tak tahu apa-apa:P

Oklah..jumpa lagi next entry *entah bilalah tu*

5 ulasan:

Nurul Diana@Mama=Adam + Aidil + Ayra berkata...

aminn... amin.. mana tau rezeki ank bujang ko ;-)

Nieda berkata...

nak entry Vietnam . cepat5x . tak sabor ni.

Lynn Abd Latib berkata...

zaila

tq for sharing this.
nasib baik ain dpt sekolah sama papanya..senang hati !!

mrs adam berkata...

aik haziq anak saya pun manja+kuat nangis.haha

Zaila Mohamad berkata...

Diana,

thanks for your doa

Nieda,

alamak...asyik luper aje nak buat entry Vietnam..hehehe

Lynn

waaah..anak cikgulah katakan:)

Mrs adam

eh samalah ngan Haziq anak saya juga

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^