Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 2 Ogos 2012

Ramadhan 2012 ~ Jom audit Diri

Assalamu'alaikum,

Hari ni dah masuk hari ke 13 berpuasa eh ke hari ke berapa eh? dah lost count sudah..hehehe Tak kisahlah kan..sekejap je masa berlalu..jom audit diri apa pencapaian kita sepanjang berpuasa tahun ini..

Setakat ni, aku & en suami masih belum menjejakkan kaki lagi di pasar Ramadhan..Hari-hari aku akan masak, bukan masak menu special pon tapi cukuplah dengan 3 lauk; berkuah, goreng & sayur..Air pula sekadar teh O penghilang dahaga..kalau haus sangat aku akan buat milo ais:)

Tapi ada lah juga sesekali tu masak terlebih sampai membazir..selalunya sayur..al maklumlah bukan makanan feveret isi rumah..Kalau anak-anak puas pujuk baru makan..hak dalam mulut pon masih boleh keluarkan..geram sungguh! So lepas ni aku nak masak ngam ngam je sebab kalau boleh nak elakkan pembaziran..Takde gunanya kalau tak ke pasar ramadhan tapi bila memasak selalu buang sebab tak habis makan.


cubaan pertama masak pais ikan patin..memang sedap! terima kasih pada abang aku yang susah-susah kirimkan ikan patin dari Temerloh kepada adiknya di sini. Memang terasa kesegaran ikan patin tu..


sesekali kalau bosan aku akan tukar selera masak western..En suami memang jenis telan semua; asalkan air tangan bini dia..hehe so merasalah makan grilled salmon & baked pasta..pastu buat roasted chicken & steamed vege..sesekali tukar menu..dah bosan berbaliklah pada makan nasi balik..hehe

So far tak pernah termiss lagi makan sahur kecuali haritu terbabas bangun sedikit lambat..Sebenarnya dah sedar tapi saje konon nak tidur sekejap..sedar-sedar 5.30 pagi..ambik kau..kelam kabut makan & minum air..So azam aku memang tak nak miss sahur & kalau boleh tak nak sambung tidur balik lepas sahur..hehehe

Tahun ni berazam nak buat sendiri biskut raya tapi since diri ini memang jenis tak berapa nak reti dalam membakar biskut..tapi takpe, tanamkan azam dulu..mana tahu uasaha tangga kejayaan:P boleh buat balik berbekas-bekas biskut raya bagi mak ke:P kalau takde bagi maknanya tak menjadilah tu..HAHAHA
Sejak tak keje ni kenalah jimat kan..kalau keje konpem ada orang bawa sample biksut raya mesti nak beli..ni aku duduk diam-diam je kat rumah, tengok facebook orang jual pon tak teringin sebab takleh nak rasa..haha so selamat duit dari membazirkan diri tang biskut raya di situ..

Owh pasal ibadat tu macamana pula?? sudah audit diri ke?? Macam aku ni aku rasa banyak lagi yang nak kena perbaiki..sedang berusaha & cuba berusaha untuk memanfaatkan bulan puasa ini..Insya Allah..

Oklah semua..malas nak taip dah..kita jumpa next entry pula:) bye!

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^