Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 30 Ogos 2012

Tips Mendidik Anak Supaya Rajin

Assalamu'alaikum,

Dalam mendidik anak ni..aku pasti setiap orang ada cara yang berbeza-beza kan..Selalunya kita akan mengikut cara orang tua kita, takpon dari pembacaan..Macam-macam sumberlah boleh dicari..Antara nak pilih je mana yang kita rasakan sesuai dengan keadaan kita kan?

Macam aku, aku prefer mendidik anak sejak dari kecil lagi macam kata orang tua-tua dulu-dulu "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". Betul kata orang-orang dulu-dulu kan..Anak-anak kecil ni sangat suka meniru gaya orang dewasa & cepat menyerap apa yang diajar pada mereka.

Alhamdulillah..dengan bantuan sekolah, Haziq dah boleh solat..most of the bacaan dalam solat dah fasih, rakaat solat pon dah tahu cuma masih dalam proses nak suruh dia "lekat" solat..sekarang ni tahu nak solat Maghrib je, kalau solat lain kena suruh berkali-kali..Alasannya sebab solat zohor 4 rakaat (lama!)..kalau solat subuh lagilah liat nak bangun..takpe..takpe..mama akan train pelan-pelan..

Ok..berbalik pada tajuk..aku nak kongsikan beberapa cara aku mendidik anak-anak..Mana tahu boleh diapplikasikan pada anak-anak korang..hehe

1) Memang anak-anak akan selalu jadi mangsa suruhan..memang penat bergaduh sebab nak suruh diorang buat kan..tapi lama-lama benda tu dah jadi macam biasa..Contohnya solat..berbuih mulut kena suruh Haziq solat..selagi tak solat jangan bagi tengok TV atau main..barulah terhegeh-hegeh nak solat

2) Kena tunggu sampai habis..Yap..masa mula-mula nak train Haziq solat memang tunggu & dengar apa yang dia bacakan..hehehe sambil baring pon boleh buat..tapi tulah..kadang-kadang tengah train Haziq solat ramai pulak yang nak interframe..tambah-tambah si kecil Ashraf debab tu..

3) Of courselah kena providekan sejadah, telekung solat macam kita pakai..baru diorang excited nak buat sama..Kanak-kanak ni memang suka kalau boleh jadi macam orang dewasa kan??
 

Lepas balik kampung haritu Husna nak ikut solat dengan abang dia sebabnya selalu tengok kami-kami sembahyang jemaah bersama di kampung;)

Tapi memang mencabar nak latih diorang solat..gangguan dari si adik tu toksah cakap pastu bergaduh sesama sendirilah..Tapi takpe..janji solat kan..

4) Selalu ajak anak bersama-sama buat kerja dengan kita. Kalau sambil-sambil masak tu suruhlah diorang tolong ambilkan apa-apa..tapi memang selalu kena pantau..sebabnya silap haribulan makin bersepah dapur tu dikerjakan mereka..Macam Husna sekarang ni pantang tengok ada pinggan dalam sinki konpem nak basuh..f courselah dia basuh tak bersih tapi it's ok..semoga sampai besar ringan tulang ya anakku:)

5) Kurangkan pengaruh TV & permainan games..Sebolehnya kami memang tak bagi anak main game..Baik dalam handset / komputer..semua gadget kami tak install game..Sebabnya sakit hati kalau melihatkan Haziq yang tak nak makan / buat apa-apa kerja sebab asyik dengan permainan game..Tapi kadang-kdang tu..adalah juga bagi dia layan youtube di PC..tapi mesti dengan pantauan..Kalau mama tak pantau..alamat diaaaaaa..

6) Bagi kata pujian..of course makin semangat..hehehe tapi bukan selalu mama puji..


bukti anak dara yang rajin menolong mama di dapur:)

Setakat ni anak-anak masih terkawal..risau juga bila diorang makin membesar makin banyak pula terpengaruh dengan anasir-anasir luar..Semoga mereka sentiasa dilindungi olehNYA & mendapat kawan-kawan yang baik belaka..

Buat anakku, jangan masa kecil je rajin tolong mama..kalau boleh biarlah sampai besar & berumahtangga:)

Oklah..bye!

3 ulasan:

mummY daniSha berkata...

thanks kak 4 sharing..danisha rajin tlg lipat kain...tp bile kite lipat balik kain yg die lipat...."mama,nape?x cantekk eh cha lipat?" alamakkkk...x tau nak ckp ape hehee

Lily@MamaZaraZareef berkata...

bagusnye husna siap tolong mama basuh pinggan kat dapur..zara tk rajin masuk dapur pon..setakat tolong mama uruskan adik n amik2 brg tu adelah..=p

Eliss berkata...

rajin yer dia tolong kat dapur :) harap2 my nuha pun cenggini laa nanti.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^