Masih lagi cerita raya..HAHAHA raya kan sebulan..haruslah letak semua gambar-gambar raya yang ada kan..Nanti tak meriahlah blog kalau takde gambar raya kan? kan? Sekadar kenangan untuk tatapan di masa tua..ececece *kalaulah blog ini masih wujud lagi*
Oklah..sedikit coretan lebaran Aidilfitri 2012..Kami bertolak dari Shah Alam petang Jumaat..Dalam pukul 4 petang gerak..biaserlah sangkut jem di Karak, Raub tapi kali ni trafik takderlah seteruk tahun-tahun lepas..Agaknya sebab ramai yang dah bertolak balik awal-awal lagi..Kitorang jew yang lambat kes en suami masih bekerja lagi hari Jumaat tu..
Alhamdulillah sampai rumah MIL pagi sabtu (3 pagi) & sempat sahur terakhir Ramadhan 2012 di sana..Punyalah ramai adik beradik ipar yang ada..sampai penuh satu rumah..Mujur anak-anak pandai bawa diri..tidur je ikut celah mana-mana yang lapang:P
Pagi raya berhari raya di Tumpat dulu then tengahari gerak ke Bachok..Macam biasa bergambar di pagi hari raya..Tahun ni ramai yang tak balik tapi takpe..gambar tetap meriah! Sesi bermaaf-maafan & bertukar duit raya pon berlaku..hehehe Anak-anak kecillah paling suka!
Gambar keluarga belah en suami..yang tiada dalam gambar abang no 2 yang beraya di Kuala Selangor, kakak no 4 yang beraya di Karak (on the way balik pada hari raya), kakak no 5 beraya di rumah mertua di Kuala Krai..Kalau semua ada konpem meriah lagi! Rasanya MIL ada 30 orang cucu & tahun depan akan tambah lagi 3 orang..hikhik
keluarga kami yang sederhana bertemakan kelabu:)
Balik di Bachok masing-masing dah tak pakai baju raya dah:P Panas uolss cuaca di Klate..huhuhu..Gambar di atas; Husna bersama Tok Ayah tersayang! Tahun ni Tok Ayah dah takde gigi dah kat depan..hikhik
Bila balik kampung tu macam-macamlah mahu makan..antara kegemaran keluarga aku adalah ketam nipah..Nasib baik ada! RM25 sekilo..harga barang-barang terus mendadak naik uolss mentang-mentanglah orang Key El balik sekali sekala..pokcik peraih cekik darah tau letak harga:P
Musim raya tak sah kalau takde kenduri kawen kan..Sepupu aku pon tak terkecuali..raya ke 6 kami makan gulai bekwoh di Tumpat (rumah isteri sepupu) & esoknya di rumah mak saudara..Terbaiklah dapat makan gulai kawah! Eh pelamin sekarang makin cantiklah kan?
ni gambar mak (tengah), besan mak (kiri) & adik mak (kanan)..flower girlzzlah katakan!
ni gambar adik aku (Pok Su Di) jadi pengapit haritu..Bujang lagi ni..ada sape2 berminat ke?? tengah gigih menguruskan badan dengan Herbalife tu..mari kita tengokkkkk siapa yang kena:P
Tahun ni sempat juga g beraya di rumah kawan-kawan lama yang hampir 6~7 tahun tak jumpa..#nostalgia sungguh! Ada tu yang siap buat rumah di kampung aku lagi..punyalah lama tak berhubung! hikhik Thanks pada teman seperjuangan Dr. Murni Hartini yang susah-susah dapatkan contact no. diorang..Sempatlah berjumpa mengeratkan balik tali persaudaraan yang hampir terputus tu..ececeecee..
Oklah..ni minggu ni ada juga undangan open house & plan nak beraya di rumah kawan-kawan..Musim raya lah kan kalau nak bertandang beraya..bulan lain konpem masing-masing busy kan? kan? So pada sesiapa yang nak datang beraya tu..silalah inform awal-awal yaa..janganlah main #terjah macam tu..hikhik Al maklumler rumah ahkak sekarang ni bukan main bersepah..biskut raya pon tak banyak dah yang ada..so jemput makanlah apa yang ada ya:P
Apa-apa pon..selamat hari raya:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan