Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 5 September 2012

Jana Pendapatan Dari Rumah~Indahnya Bekerja Dari Rumah

Assalamu'alaikum

 Mesti ramai yang bosan (dan tak lupa juga mesti yang tak suka) bila masuk je blog ni mesti akan ada promosi barang-barang jualan kan? kan? hehehe

Untuk pengetahuan (bagi yang tak tahu & baru nak follow blog ini), aku sekarang sudah selamat berhenti kerja & memang dah jadi surirumah sepenuh masa tau..Tapi berlagak tak nak guna title surirumah terus tukar position Home Manager dalam profile facebook..hikhik Whatever it is, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar even dalam bulan puasa yang lepas:)

So nanti aku akan kongsikan beberapa tips / cara bagi mereka di luar sana yang akan mengikut jejak langkah seperti aku iaitu dari serang wanita berkerjaya menjadi stay at home mummy (SAHM) atau working at home mummy (WAHM). Untuk pengetahuan, aku sudah memulakan bisnes online secara kecil-kecilan sejak dari tahun 2009 lagi bermula dengan menjual tudung, kain-kain ela di office & juga secara online. Masa tu facebook belum meluas lagi digunakan. Gambar pon ambil menggunakan handset sahaja. Pendek kata serba kekurangan semuanya!

Selepas itu aku berjinak-jinak dengan menyertai bazar jualan pula. Pengalaman yang memang tak dapat dilupakan adalah bila kena tipu dengan penganjur. Nasib baik melebur duit dalam ratus-ratus sahaja. Ada juga kawan-kawan yang kena dalam ribuan ringgit. Tapi dalam kepahitan ada kemanisan juga. Sempatlah 5,6 kali membuka booth di Subang Parade & PWTC. Tapi sejak sudah beranak 3 & kehilangan business partner ni, aktiviti berniaga di luar terpaksa diberhentikan.

Walaupun aktiviti perniagaan aku masih belum konsisten sebabnya kejap aktif kejap down. Ditambah pula faktor penat bila balik dari office & faktor usia yang tak boleh dah nak bersengkang mata membuat marketing produk..Tambahan pula anak pon makin bertambah so memanglah dah tak boleh nak fokus lagi=P

 gambar hiasan sahaja 

Tapi Alhamdulillah..sebulan yang lepas, tanpa paksaan dari sesiapa, aku melepaskan jawatan aku untuk meluangkan lebih masa dengan anak-anak. Bukan keputusan yang senang kerana banyak perkara yang harus diadjust balik terutamanya dari segi kewangan keluarga.Of course setiap langkah ada pro & kontranya tapi sebagai seorang Muslim, marilah kita mendoakan yang baik-baik sahaja & mengharapkan ganjaran pahala dalam apa yang kita lakukan. Bukan untuk bermegah-megah atau hanya mendapat pujian manusia sahaja.

Eh panjang pula intro aku ya..hikhik..saperlah yang sudi membacanya kan? Oklah mulai hari ini akan aku konsikan beberapa siri Jana Pendapatan Dari Rumah bermula dengan Indahnya Bekerja Dari Rumah. Kenapa??

1) Waktu yang fleksibel - Sebagai seorang yang bekerja dari rumah, of courselah kita tidak perlu bergegas keluar rumah seawal pagi lagi kan. Tapi jangan ambil kesempatan membuta di pagi hari kerana adalah satu kerugian pula membazirkan masa begitu sahaja. Seeloknya hari dimulakan dengan bangun awal menyiapkan sarapan & terus masuk ke "pejabat" dengan berbaju kelawar sahaja:)

2) Meluangkan Masa Bersama Anak-Anak - Of courselah kebanyakan ibu yang bekerja mahu meluangkan masa membesarkan anak-anak & mendidik anak-anak sendiri so dengan bekerja dari rumah, Insya Allah akan berpeluang menatap & membesarkan anak-anak sendiri cuma ilmu kesabaran kenalah meninggi  & kenalah pandai mengatur masa agar dapat melakukan bisnes tanpa mengabaikan makan pakai suami & anak-anak:P


Apakah Bisnes Yang Sesuai Untuk Dijalankan Di rumah?

Tepuk dada tanya minat..Ada ibu-ibu yang sangat suka memasak, membuat kuih muih, kek, menjahit, menulis blog, menjual produk kecantikan, kesihatan & banyak lagi. Gunakan peluang yang ada seperti facebook, blog & jiran-jiran untuk memasarkan produk kita.

Lepas ni nantikan entry Tips Memilih Produk pula..terima kasih kerana sudi membaca entri ini:)

Dapatkan pelbagai makanan sunnah di MKS Gedung Serbanika Online
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty di sini
Dapatkan produk tema birthday party anak anda di MKS Party Solution

7 ulasan:

mummY daniSha berkata...

berblog pun leh jana pendapatan kan?hehee

Fiza Rahman berkata...

Thanks for the tips zaila. Selamat menjadi SAHM dan WAHM.

Selamat Hari raya buat zaila & family.

Eliss berkata...

sesungguhnya aku tak der bakat dalam meniaga kot. kalau aku buat kerja dari rumah aku nak buat kerja apa pun tak tau :p

AisNy berkata...

hehehehe... teman pun nak promote blog business laa kat sini...

http://care4healthy-life.blogspot.com/

Percaya atau tidak, teman dah pasarkan produk ini ke pasaran USA. :)

yatie chomeyl berkata...

kagum aku dgn mung . harap2 nti aku pun leh jadi WAHM jugop, ameen

Zaila Mohamad berkata...

Mummy Danisha,

betul tu..tengok macam RM yang boleh jana duit puluh2 ribu sebulan dengan hanya menulis blog sahaja:)

Fiza,

terima kasih..jemputlah beraya di rumah:)

Eliss mie,

mung tulislah blog..hehehe

Izni,

well done! hebat tu:)

Yatie chomeyl

Insya Allah buleh..kena ada nawaitu (niat) yang menebal dalam diri

http://emasriee.blogspot.com/ berkata...

Nak jana pendapatan dari rumah memang tidak mustahil. Asalkan pandai bahagi masa dan disiplin. Meh pm saya bg suri rumah yang ingin menjana pendapatan sendiri di rumah tanpa mengabaikan anak malah membantu suami serta meningkatkan ekonomi keluarga secara x langsung.

Pm me : emasyok@gmail.com

Tak perlu pinjaman bank. Tak perlu paksa orang. Hanya perlu iklankan sahaja produk. Produk dah lebih 20 tahun di Malaysia n mostly orang kenal.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^