Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Memaparkan catatan dengan label blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogging. Papar semua catatan

Khamis, 9 Mac 2017

Tukar Header Blog Sempena Hari Wanita 2017


Assalamualaikum,

Bersiaran lagi hari ini :) Selamat menyambut hari wanita sedunia semalam (08/03/2017) kita semua memang wanita hebat tak kira apa jua latarbelakang pendidikan dan pengalaman hidup. Syukur sangat-sangat Allah jadikan kita wanita sebab dengan menjadi seorang wanita kita dapat merasai penat lelah mengandung, melahirkan anak dan perasaan kasih sayang geram bengkak hati dengan perangai anak-anak :P

Sempena hari wanita, aku juga ambil peluang tukar "header blog" setelah hampir 2 tahun lebih menggunakan header lama. Macam biasa, hasil kerja Puan Suhaida (klik facebook Suhaida Sue) dan untuk hasil macam ni mestilah berbayar kan. Jangan ingat nak FREE aje *kah*kah* Kalau aku buat sendiri header tu mungkin uols lagi menyemak tak nak tengok &tutup muka*

Abaikan gambar famili masa raya tu, gambar itu sahaja yang ada anak-anak semua, tunggu 2 tahun lagi Insya Allah kalau panjang umur bolehlah tukar header baru lagi. Sudah semestinya gambar raya juga dan kalau ada rezeki mesti ahli keluarga juga bertambah *kah*kah* Stetmen berani sungguh! Apa-apa pun kita berserah pada Allah kerana hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat aku dan keluarga. Memang anak-anak kecil ni memenatkan tapi sekarang alhamdulillah dah rasa ringan sedikit sebab Haziq & Husna banyak membantu.

Oklah, hingga berjumpa lagi. Sekarang ni tak tahu nak sembang apa sebab masa nak menulis pun sangat terhad cuma insya Allah aku akan cuba untuk update setiap hari. Bye!

Selasa, 11 Ogos 2015

Terima Kasih Siraplimau.com

Assalamualaikum,

Terima kasih kerana masih meluangkan masa singgah blog aku yang tak seberapa ini. Baru-baru ini terkejut juga apabila dimaklumkan oleh seorang teman di facebook yang blog aku tersenarai di dalam laman web SirapLimau.com. Pada yang tak tahu, SirapLimau.com banyak berkongsi tips-tips keibubapaan, kehamilan, rumahtangga dan macam-macam lagi lah! Selalunya mereka akan mencari kisah-kisah menarik di blog melalui carian Google ataupun ada penulis yang akan berkongsikan entri di dalam laman web mereka. Tak sangka juga, salah satu entri iaitu http://siraplimau.com/resepi-periuk-noxxa-mudah-sedap/ (boleh klik untuk baca) ada menyenaraikan resepi dari blog ini. Maklumlah, Mek La kan suka berkongsi resepi mudah dan senang di dalam blog. Alhamdulillah, setakat hari ini sudah seramai 34.9k rakyat Malaysia yang sudah membaca entri tersebut. Tak salah kalau kita berkongsikan kebaikan kan? Semoga lebih ramai rakyat Malaysia yang akan membeli periuk Noxxa melalui aku (eh!) Aamin :)




Rupa-rupanya bukan satu resepi yang tersenarai. Yang di atas ini siap ada gambar lagi, memanglah mudah sangat masak menggunakan Noxxa ni, kalau tak percaya sila beli melalui aku (eh terpromote lagi). Satu lagi resepi adalah home made ikan sardin, sehinggakan entri tersebut juga menjadi antara entri yang femes setiap minggu di blog ini. Inilah kuasa blog kerana blog akan dijumpai melalui carian di Google mahupun di enjin carian lain. Terima kasih SirapLimau.com, ianya sangat membantu dalam menaikkan blog aku yang suam-suam kuku ni.

Iklan sekejap :

Bagi yang berminat untuk menyertai kelas asas blog fanpage & beriklan di Instagram secara offline di Shah Alam, boleh hubungi aku melalui :

E-mel : zailamohamad@gmail.com
Whats App : 012-970 6828
Facebook : Zaila Mohamad

Melalui blog aku banyak menambah sumber pendapatan dan semua hasil carian di Google banyak menyumbangkan pautan (link) blog ini juga. Jadi, zaman serba canggih ni rugi kalau tak gunakan kelebihan berblog secara percuma. Jadikan blog sebagai salah satu sumber pendapatan kita dan satu cara untuk diri kita dikenali juga. Bukan untuk mengejar glamour tapi untuk menyampaikan maklumat dan pemikiran yang mungkin tidak sama :)

Semoga bertemu lagi. Bye!

Khamis, 16 April 2015

Servis Baiki Peralatan Elektrik Di Rumah

*Ini adalah entri tajaan, sila skroll ke bawah untuk entri terkini*

Assalamualaikum,

Pernah tak kawan-kawan mengalami kerosakan perakatan elektrik di rumah? Saya pasti tentu ramai bukan yang mengalami masalah begini. Tambah-tambah lagi jika peralatan elektrik tersebut sudah lama dibeli dan sudah habis tempoh "warranty" dari kedai. Pening juga nak cari siapa yang boleh membaikinya kan?

Jangan risau, sekarang ini ada perkhidmatan membaiki peralatan di rumah kalian. Jika kerosakan tidak teruk akan terus dibaiki di situ tapi jika perlukan siasatan lebih lanjut, maka akan diangkut masuk ke bengkel. Jangan risau semua ini akan diurus oleh pekerja Yhillsolution Service & Repair. Anda hanya perlu tunggu sahaja barang elektrik anda siap dibaiki.


Antara perkhidmatan yang mereka tawarkan adalah :

- Servis komputer, laptop, mesin basuh, peti sejuk dan pelbagai peralatan lain terus ke rumah pelanggan.

- Membaiki komputer, mesin basuh, peti sejuk dan pelbagai peralatan lain terus ke rumah pelanggan

- Menjual peralatan elekrtik yang "second hand" pada harga yang berpatutan.

Bagus bukan? Bagi surirumah macam aku ni tak payah nak pergi jauh-jauh semata-mata untuk hantar barang elektrik yang rosak. telefon sahaja mereka dan buat temujanji untuk mereka datang baiki. Semudah itu? Ini maklumat mereka :

No Telefon : 013-364 9828 (Zainy) / 013-235 7001 (Rustam)

Website : Service-n-repair.yhillsolutions.com

Kawasan Kerja : 

Selangor

  • Kajang

  • Bangi

  • Cyberjaya

  • Putrajaya

  • Sepang

  • Cheras

  • Sg Buloh

  • Shah Alam

  • Ijok

Kuala Lumpur

  • Ampang

  • Taman Melawati

  • Gombak

  • Selayang

  • Kepong

Hubungi team kami di 0133649828 (Zainy)/0132357001 (Rustom) yang akan terus ke rumah anda untuk kerja-kerja servis dan membaiki.



Semua peralatan elektrik mereka baiki (selagi tidak rosak kekal)

Jadi apa tunggu lagi? Sila telefon sekarang!! 

Pesanan tuan blog : Untuk segmen tajaan sila PM aku di 012-970 6828 untuk pertanyaan harga :)



Khamis, 29 Januari 2015

Tempah Watermark Di UmieSUEStudio

Assalamualaikum,

Selamat petang buat semua. Pada pembaca setia blog ini (ada ke pembaca setia?) pasti akan perasankan wajah baru blog Kak Jela (sebut jjaela). Alhamdulillah, tahun 2015 ini adalah tahun untuk berubah ke arah kebaikan. Waaaah gitu, padahal memang dah lama niat di hati mahu "make over" kan blog Kak Jaella yang sudah hangat-hangat tahi kucing dah ni.

Pada yang terpegun, waaah terima kasih diucapkan. Kak Jaella upah jew sebab Kak Jaella tak ada daya pemikiran yang kreatif tahap dewa untuk siapkan make over macam ni. Kalau guna watermark pon tulisan biasa-biasa sahaja. Oh Sungguh "keras" otak Kak Jaella ya. Sebab itu KJ (bukan si hitam manis Khairy Jamaludin pula tapi malas nak taip Kak Jaella eh dah tertaip) upah sahaja Umi Sue budak (budaklah sangat!) yang pernah reka kepala blog (header blog) KJ yang satu lagi.

Tema pink uolssss. KJ suka KJ suka :) *lompat arnab*



Kalau mahu tempah, sediakan duit secukupnya dan hubungi Sue di sini ya :

Blog : http://suesukasusun.blogspot.com/

Oklah tata. Angin ape ntah nak bahasakan diri Kak Jaella..Glamour kot :P

Khamis, 22 Januari 2015

Menu Paling Tak Menyihatkan Tapi Paling Menggiurkan!


Assalamualaikum,

Sejuknya di Shah Alam. Cuaca hari ini sekejap panas sekejap mendung. Tiba-tiba teringatkan menu yang paling tak menyihatkan seperti di atas. Sesekali tekak terasa ingin memakan megi. Ada orang suka makan mee yang keras ada orang suka makan mee yang sudah kembang. Ada orang suka makan kosong sahaja tapi ada orang suka makan dengan telur. Aku kongsikan cara aku masak megi kari jenama MAMEE

Bahan-bahan :

- 2 bungkus mee kari MAMEE
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji cili padi diketuk (untuk pedas) kalau tak suka pedas tak payah masuk
- isi ayam yang dihiris kecil
- 2 biji telur

Cara Memasak :

- Panaskan air dan masakkan mi dahulu, kemudian buang air rebusan tersebut. Toskan mee tersebut.
- Panaskan air yang lain dan curahkan perencah kari ke dalamnya, masukkan bawang putih, cili padi dan isi ayam ke dalamnya.
- Tunggu sehingga mendidih masukkan telur dan mee sekejap kemudian sedia untuk dihidangkan.
- Boleh tambahkan sayur sawi dan tomato jika ada.

Menu ini sangat tak sihat jadi jangan amalkan selalu :P Tipulah kalau aku cakap tak pernah makan megi. Di rumah ini bekalan megi memang ada cuma kami (aku & en suami) aje yang memakannya. Sesekali mereka menyelit juga nak makan sekali. Hai anak, makanan yang paling tak menyihatkanlah menjadi yang paling mereka suka. Agaknya sebab susah nak dapat makan kan? Kalau hari-hari mama jamu makan megi sudah tentu muak (tak mahu) makan juga kan?

Oklah, sehingga bertemu lagi. Wajah blog sudah berubah wajah sempena tahun 2015. Ini semua hasil Pn Sue Haida yang memang telah banyak kali memberikan servis design template & header blog / fb aku. Memang superb! lah hasilnya kan. Semoga lepas ini aku akan lebih bersemangat untuk menulis dan berkarya hanya dari rumah sahaja :)

Jika mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jana pendapatan dari rumah buat surirumah, boleh ke blog ini : www.zailamohamad.com / www.zailamohamad.blogspot.com

Terima kasih & assalamualaikum.

Rabu, 3 September 2014

Qaseh Gold Junior : Produk Terbaik Untuk Anak Anda!

**Segmen Tajaan oleh Pn Amirah Awang Noh**

Assalamualaikum,

Hari ini aku ingin kongsikan antara beberapa kebaikan yang terkandung di dalam rangkaian produk Qaseh. Produk ini adalah 100% keluaran Muslim dan ianya mengandungi campuran pelbagai jenis makanan sunnah yang semestinya halal dan dijamin bermutu tinggi.

Oleh kerana anak sulung aku selalu tidak sihat, Pn Amirah mencadangkan untuk aku memberikan produk Qaseh Junior sebagai makanan tambahan kepada anak-anak aku. Terima kasih buat Pn Amirah yang telah sudi memberikan kami sebotol produk Qaseh Junior sebagai percubaam. Insya Allah, sekiranya produk ini serasi dengan keluarga kami, aku akan menjadi pengedar rangakaian Qaseh Gold juga.

Sambil-sambil itu bolehlah baca maklumat yang menarik di bawah ini ya. Sekiranya berminat untuk membeli produk Qaseh Junior boleh terus hubungi no di bawah ini :

Pn. Amirah Awang Noh 012-373 1441







Selamat berQaseh-qaseh yaaaaa :)

Nota kaki : Bagi mereka yang mahu beriklan atau mahukan produk review daripada aku, sila emailkan pertanyaan ke zailamohamad@yahoo.com

Sedikit kos akan dikenakan tetapi jangan risau harga boleh dirunding :))

Bye! Jangan lupa juga singgah baca blog aku di sini :

Panduan Bekerja Di Rumah Buat Surirumah Online & Offline 

Hasil Berblog

 Assalamualaikum,

Tahun ini sudah masuk 5 tahun aku berblog. Seingat aku, blog ini dibina pada awal tahun 2009 dan blog ini mengisahkan tentang kehidupan aku dan bisnes aku. Pada yang mengikuti blog aku mungkin akan tahu yang dulu-dulu sewaktu mula-mula berpindah ke rumah kami, aku suka kongsikan gambar deko rumah aku yang tak seberapa ini. Memang tidak layak untuk masuk ke dalam majalah Impiana mahupun mana-mana majalah tapi dah memang perangai aku yang suka berkongsi idea dan tips deko rumah. TAAAPIIII itu dulu lah, di mana anak-anak aku masih dua orang (senang nak jaga). Sekarang ini?? Nak tengok rumah sendiri pun rasa macam tak nak sebabnya terlalu bersepah dan tak terurus! T_____T"

Tak sangka pula malam tadi aku terima email seperti di bawah ini :



Teruja sangat-sangat! Terus aku jawab "YES" tanpa berfikir panjang. Sekali bila dapat email balas dari Helen ini, mak aih..banyak benar soal jawab yang nak kena buat. Terus angin malas aku datang:P
Tapi kan, lepas aje masuk baca di sini : ikeafamilylivemagazine.com/my terus teruja balik. Bayangkan kalau rumah aku yang dipilih untuk dimasukkan di dalam slot majalah ini? Tak ke glemer rumah Che Senah walaupun hakikatnya keadaan rumah dah macam hazabedah!

Apa yang aku mahu utarakan (wah! ayat) atau dalam erti kata lainnya "highlight"kan di sini yang jangan malas untuk berblog kerana dari blog kita mungkin akan dikenali oleh seluruh dunia (siapa tahu kan?). Dengan blog juga kita senang untuk dijejaki juga. Yang penting jangan malas untuk kemaskini (update) entri dan jangan lupa untuk sentiasa positif dan berkongsi tanpa mengharapkan balasan. Memang awal-awal kita tidak akan dikenali tapi berkat usaha tanpa mengenal penat jemu aku yakin insya Allah suatu hari nanti nama kita akan disebut-sebut juga.

Oh, kat bawah ini email dari team Zalora :


Tapi lepas aku balas diorang senyaplah pula. Takpelah, kalau diorang tak nak kita jangan paksa. Yang penting aku suka kongsikan dengan pembaca blog aku apa yang aku suka dan apa perkara yang membuatkan aku bahagia.

Macam sekarang, sebagai seorang surirumah yang mempunyai 5 orang anak, sudah pastilah blog aku berkisar mengenai kehidupan aku dan anak-anak, apa yang aku suka lakukan (sudah semestinya berniaga online dan mengajar online di ABDR), masakan, tempat menarik yang kami telah pergi dan apa jua aktiviti kekeluargaan yang kami lakukan bersama ahli keluarga yang lain memang aku suka kongsikan di dalam blog ini.

Alhamdulillah terima kasih buat mereka yang sudi ikuti blog aku dan baca kisah aku yang tak seberapa ini. Jika mahu tahu lebih lanjut tentang panduan untuk berniaga offline dan online khas buat surirumah boleh ikuti blog ini : www.zailamohamad.blogspot.com. Insya Allah di sini aku akan kongsikan tips-tips dan panduan yang aku buat sepanjang berniaga online mahupun secara offline.

Pada mereka yang meninggalkan komen di blog ini, ampun dan maaf jika aku tidak berkesempatan untuk membalas setiap komen. Insya Allah jika ada masa, aku akan balas setiap darinya. Terima kasih diucapkan kerana sudi untuk baca dan "follow" blog aku yang tidak seberapa ini :)

Akhir kata, buat semua ingatlah kata-kata ini "USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN"!! Eh!

Isnin, 19 Mei 2014

Berkongsi Ilmu Walau Hanya Sedikit

Assalamualaikum,

Bersiaran lagi walaupun sekarang ini waktu untuk update blog cukup-cukup terhad. Alhamdulillah, sejak berada di rumah, tak pernah aku merasa bosan dengan rutin harian malah sekarang ini semakin menjadi-jadi sibuknya. Semuanya gara-gara mahu fokus dalam menambah pendapatan bulananku ;)

Tempahan nasi arab dan sambal kentang memang di luar jangkaan di mana setiap minggu aku berjaya menjual 50 kotak pes nasi arab dan 40 peket sambal kentang. Syukur, berkat bantuan ejen-ejen jualan di serata Malaysia, memang aku akui agak penat tetapi di sebalik kepenatan bersyukur juga dengan rezeki yang Allah berikan ini. Sebenarnya ini semua adalah amanah dari Allah juga untuk membimbing mereka yang mahu menjadi seperti aku iaitu dengan melepaskan kerjaya dan terus berada di rumah sambil melakukan apa yang kita suka.

Berceloteh di blog sememangnya menjadi satu hobi dan minat aku sejak dari dulu lagi. Zaman bermula sebagai blogger aku masih mentah dan hanya tumpukan kepada kehidupan aku sahaja. Tapi kini, nak kata cerdik tu tak adalah sangat tapi aku sudah sedar betapa pentingnya untuk berkongsikan ilmu dengan semua orang terutamanya yang memerlukan bantuan kita. Tak kisahlah walau semudah atau seringkas mana ilmu yang kita ada. Jangan sesekali membandingkan dengan orang lain tetapi teruskan dengan usaha dan kepercayaan yang ilmu yang kita bagi ini boleh menjadi syafaat kepada kita nanti apabila kita sudah meninggal nanti.

Macam biasalah, kalau aku ni sebagai seorang surirumah ilmu apalah sangat yang mahu dikongsikan selain dari menulis resepi-resepi mudah untuk mereka yang baru bergelar isteri atau surirumah mencubanya. Tak sangka pula resepi bihun goreng mudah tapi sedap mendapat tempat pertama carian yang paling tinggi di dalam blog ini pada minggu ini.


Resepi mudah je pun tapi yang mudah itulah yang orang suka kan:)

Terima kasih pada yang meninggalkan komen cakap dah cuba resepinya. Alhamdulillah, resepinya biasa-biasa sahaja tapi jangan diukur dari segi itu ya. Yang penting keikhlasan untuk menyediakannya kepada suami dan anak-anak :)


 Oklah, sehingga bertem lagi. Maaf sekarang ini agak sibuk. Insya Allah nak kena susun balik jadual harian supaya blog ini tidak akan terabai lagi.

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

Jumaat, 16 Mei 2014

Tempah Header Blog


Assalamualaikum,

Mengancam tak header blog Zailamohamad sekarang ni?

Alhamdulillah, mendapat tajaan dari Sue yang berbesar hati membuatkan header blog aku. Memang terbaiklah!!!

Bagi sesiapa yang mahukan khidmat Sue dalam membina header atau watermark blog khas bagi blog persendirian dan bisnes, boleh hubungi Sue melalui :

Email : sue_546@yahoo.com
No telefon : 012-722 3482
Facebook : Sue Haida
Alamat Blog : Sue Suka Susun

Memang puas hati sangat-sangat dengan hasil kerja Sue, cepat, kemas dan yang penting cas harga pun amat-amat berpatutan.

Guru-guru ABDR yang lain juga mendapat sentuhan dari Sue, boleh lihat di bawah ini :




Semuanya cantik kan? Malah ramai juga pelajar aku yang tempah header blog dengan Sue. Jika berminat, sila hubungi Sue melalui :

Email : sue_546@yahoo.com
No telefon : 012-722 3482
Facebook : Sue Haida
Alamat Blog : Sue Suka Susun

Sehingga berjumpa kembali. Oh singgah baca entri aku mengenai kepentingan untuk bina rangkaian di sini :
Mula Bisnes Tanpa Modal : Bina Rangkaian

Semoga bermanfaat!

Rabu, 23 April 2014

Peluang Menjadi Pemborong Telekung Solat

Assalamualaikum,

Ramadhan kian menghampiri. Bagi mereka yang minat berniaga sudah tentulah mahu mencari peluang untuk berniaga bukan? Nak tahu tak apa produk laku keras bila menjual di bulan puasa mahupun bulan-bulan sebelumnya? Sudah tentulah telekung solat yaaa, ada yang nak beli untuk dipakai ke solat terawih, ada yang nak sedekahkan pada surau dan tak lupa juga ada yang beli simpan pakai masa solat hari raya nanti. Bukankah sunat memakai yang baru atau cantik-cantik pada hari raya? Jadi, kita bukan nak ambil kesempatan tapi kita nak ambil peluang dengan berniaga:) Dapatlah cari duit raya seratus dua (kalau dapat lebih dari itu syukur Alhamdulillah)

Ok, ini peluang yang Akademi Bekerja Dari Rumah tawarkan iaitu menjadi protege salah seorang guru online yang memang mahir dalam berniaga telekung solat. Setiap tahun, asal bulan puasa aje jualan dari blognya meningkat. Memang sedikit sebanyak dapat membantu beliau menampung perbelanjaan keluarga. Faham-faham ajelah nak raya mesti nak guna duit yang banyak bukan? Jadi, pada yang berminat peluang masih terbuka lagi. Lagi cepat bertindak lagi cepat dapat mulakan bisnes.

Antara telekung solat yang boleh dijual :

- Telekung solat Vietnam
- Telekung Solat Vietnam Sulam Tebal
- Telekung Solat Vietnam Sulam Tangan
- Telekung Solat Indonesia
- Telekung Solat Cotton Paris
- Telekung Solat Cotton Renda
- Telekung Solat Kanak-Kanak Barbie
- Telekung Solat Kanak-Kanak Strawberry




Jika berminat untuk belajar menjual secara borong, boleh PM saya melalui :

Email : zaiamohamad@yahoo.com
Sms / whatsapp / viber : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Bagi mereka yang mahu menjadi ejen jualan produk pes nasi arab dan juga kerepek pun boleh PM aku juga Pencarian ditutup bulan ini. Terima kasih!

Selasa, 22 April 2014

Johnson Baby of the Year 2014 : Setiap Bayi Adalah Bintang Johnson's Baby of the Year 2014!


Johnson's BOTY 2014 Pic 1: (From L-R) Dr Anna Padmavathy Soosai, Consultant Paediatrician and Neonatologist; Dynas Mokhtar, Johnson's Baby brand ambassador & celebrity judge; Rabitah Hani, Committee Member of OrphanCARE; and Vaibhav Saran, Managing Director of Johnson and Johnson Malaysia.


7th from left) Dr Anna Padmavathy Soosai, Consultant Paediatrician and Neonatologist; Dynas Mokhtar, Johnson's Baby brand ambassador & celebrity judge; Rabitah Hani, Committee Member of OrphanCARE; and Vaibhav Saran, Managing Director of Johnson and Johnson Malaysia, with past winners of Johnson's Baby of the Year. 

Terima kasih buat Miss Jean dari IN.Deed Communications yang emailkan aku maklumat tentang majlis ini. Maaf kerana tidak dapat menghadirinya kerana ada perkara yang berlaku di saat-saat akhir. Jom baca apa yang menarik tentang majlis ini :

Kuala Lumpur, 19 April 2014: Lebih baik dan lebih menarik tahun ini, edisi ke-22 pertandingan Johnson’s Baby of the Year (BOTY) merupakan landasan yang sempurna untuk si manja yang comel dan keletah, sihat dan pintar menawan hati orang ramai di seluruh Malaysia! Dari 1 Mei – 30 Jun, Johnson’s Baby menjemput ibu bapa (dan ‘bintang’ kecil kesayangan mereka) menyertai salah satu pertandingan bayi comel yang paling dinanti-nantikan di Malaysia. Ketahui lebih lanjut di www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com.
“Bayi adalah satu anugerah dan rahmat, dan Johnson’s Baby percaya bahawa setiap anak adalah istimewa,” kata Encik Vaibhav Saran, Pengarah Urusan Johnson & Johnson Malaysia. “Ternyata, bukan kami sahaja yang berfikiran begitu kerana ini merupakan tahun ke-22 berturut-turut pertandingan Johnson’s Baby of the Year diadakan. Ia merupakan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh ibu bapa kerana ia membolehkan mereka meraikan keriangan sebagai ibu bapa bersama ibu bapa lain di seluruh Malaysia.”

Johnson’s Baby of the Year 2014 Lebih Baik dan Lebih Menarik!
Tahun ini, Johnson’s Baby bekerjasama dengan panel pakar paediatrik dan neonatologi yang diketuai oleh Dr Anna Padmavathy Soosai, dan juri selebriti Johnson’s BOTY yang pertama, Dynas Mokhtar, dalam pencarian bintang termuda paling comel dan menawan hati di Malaysia! Pertandingan Johnson’s BOTY 2014 mengambil pendekatan yang lebih holistik kepada perkembangan kanak-kanak, di mana penilaian bukan sekadar berdasarkan sifat-sifat fizikal, bahkan melibatkan aspek perkembangan kognitif dan sosio-emosi juga.

“Tiada yang lebih bahagia berbanding kebanggaan menjadi ibu bapa, dan sebagai duta Johnson’s Baby dan juga juri pertandingan bagi tahun 2014, saya berharap ibu dan bapa menganggap pertandingan ini sebagai satu peluang untuk meraikan segala yang istimewa pada si manja mereka,” kata Dynas Mokhtar, seorang pelakon, usahawan tempatan dan ibu kepada dua orang anak.

“Kesihatan mental dan sosial kanak-kanak sama pentingnya dengan kesihatan fizikal mereka kerana semua unsur ini menyumbang kepada perkembangan dan pembesaran kanak-kanak yang holistik dan sempurna,” jelas Dr Anna Padmavathy Soosai. “Memasukkan proses penilaian ini dalam pertandingan ini merupakan cara yang bernilai untuk mencari ‘bintang’ yang paling comel dan menawan hati.”

Selain menawarkan kategori baru berdasarkan umur tertentu – 0-12 bulan, 13-24 bulan dan 25-36 bulan, pertandingan Johnson’s BOTY 2014 dianjurkan lebih besar dan lebih baik dengan unsur baru dan menarik, termasuk tawaran lebih banyak hadiah bernilai sehingga RM 100,000 untuk dimenangi. Selain itu, semua bayi akan dijadikan bintang Johnson’s Baby dan diberikan liputan dalam media.

Pada tahun 2014, pertandingan ini juga menonjolkan unsur kemasyarakatan melalui Yayasan OrphanCARE, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menolong bayi yang ditinggalkan dan anak yatim mencari rumah perlindungan dan penjagaan – bagi setiap penyertaan dalam pertandingan ini, sebanyak RM1 akan didermakan kepada program anak angkat OrphanCARE.

“Johnson’s Baby ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa di Malaysia di atas sokongan mereka sepanjang dua dekad yang lepas, dan dalam kami mengalu-alukan edisi ke-22 tahun ini, kami ingin membalas jasa dan menolong masyarakat setempat kami. Kami membuat keputusan untuk bekerjasama dengan OrphanCARE kerana kami menyedari bahawa, bagi setiap kanak-kanak yang sihat dan gembira, ada kanak-kanak lain yang bernasib malang dan hidup terbiar. Kami berusaha untuk memastikan lebih ramai kanak-kanak mendapat rumah perlindungan yang sempurna, dan ini merupakan satu peranan yang amat penting dan yang kami sokong sepenuh hati,” tambah Encik Vaibhav Saran.

“Kerjasama dengan Johnson’s Baby merupakan cara yang amat baik untuk meningkatkan kesedaran tentang ramainya kanak-kanak yang memerlukan rumah penjagaan yang sempurna di mana mereka dilimpahi kasih sayang dan dipupuk,” kata Pn Rabitah Hani, Ahli Jawatankuasa OrphanCARE. “Setiap kanak-kanak memerlukan keluarga dan terdapat juga ramai pasangan yang mencari anak untuk melengkapi hidup mereka, maka misi kami ialah untuk mengurangkan bilangan kanak-kanak di rumah anak-anak yatim dengan memendekkan proses pemadanan dan pengambilan anak angkat. Sokongan dan kesedaran daripada penyertaan dalam pertandingan Johnson’s BOTY akan membantu kami menolong lebih ramai kanak-kanak.”

Cara Penyertaan Pertandingan Johnson’s Baby of the Year
Jadi, berilah anak anda peluang untuk menjadi bintang dari 1 Mei hingga 30 Jun! Untuk penyertaan, cuma lampirkan dua keping gambar terbaik si manja anda. Kemudian, beli produk Johnson’s Baby bernilai sekurang-kurangnya RM15 untuk melayakkan penyertaan, dan simpan resit sebagai bukti pembelian.

Ingat, bayi mesti berumur di antara 0-36 bulan, dan setiap bayi yang menyertai pertandingan ini akan disiarkan dalam majalah!

Lengkapkan borang penyertaan dan kepilkan gambar berserta resit. Penyertaan boleh diserahkan di kedai-kedai yang mengambil bahagian di mana khidmat fotografi percuma juga disediakan; melalui pos ke alamat Johnson’s Baby of The Year 2014 Contest, PO Box 3186 Subang Jaya, Selangor; atau secara dalam talian melalui Johnson’s Baby Facebook Page: www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com.

Sementara itu, ibu bapa boleh mengunjungi acara Johnson’s BOTY sehingga 20 April di ruang legar 1Utama (Old Wing, Concourse Level), dan mendapat peluang awal untuk menyertai pertandingan serta menikmati promosi menarik sepanjang acara ini!

Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan Johnson’s Baby of the Year contest, sila layari www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com. Hashtag rasmi untuk kempen Johnson's Baby of the Year tahun ini ialah #BOTY2014. Marilah menyertai perbualan ini!

*********************************************************************************

Mengenai Johnson’s Baby
Selama lebih 100 tahun, Johnson’s Baby telah mengabadikan dirinya untuk memahami bayi dan belaian istimewa yang diperlukan untuk mata, kulit dan rambut mereka. Johnson’s Baby menggunakan pengetahuan itu untuk menyediakan ibu-ibu produk yang selamat, ringan dan lembut yang terbukti secara klinikal. Rangkaian produknya melibatkan deria dan apabila digunakan bersama rutin bayi, boleh membantu membangkitkan emosi positif dan akhirnya mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan bayi. Dipercayai oleh ibu-ibu dan profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia, Johnson’s Baby terus menggunakan pengetahuan dan penyelidikan untuk menghasilkan produk pengguna yang selamat dan inovatif serta murni, ringan dan lembut sebagaimana yang dijanjikannya.

Mengenai Johnson & Johnson
Prihatin terhadap dunia, seorang insan pada suatu masa telah memberi inspirasi dan menyatukan kakitangan Johnson & Johnson. Syarikat ini merangkumkan penyelidikan dan sains – membawakan idea, produk dan perkhidmatan yang inovatif untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan insan. Johnson & Johnson mempunyai lebih daripada 275 syarikat operasi di lebih daripada 60 negara dengan pekerja seramai kira-kira 128,700 orang. Pekerja Keluarga Syarikat Johnson & Johnson bekerja dengan rakan kongsi dalam penjagaan kesihatan untuk menyentuh kehidupan lebih satu bilion orang setiap hari di seluruh dunia.

Wow! Memang menarik bukan? Jadi, bagi ibubapa yang ada anak kecil tu, seeloknya cuba sertai pertandingan ini. Mana tahu, tuah ayam nampak di kaki, tuah anak yang comel, boleh menang pertandingan :)

Hadiah pun memang menarik bangat!

Prize per Category
Category 1
(0 – 12 months old)
Category 2
(13 – 24 months)
Category 3
(25 – 36 months)
Grand Prize x 1
RM 10,000 Cash, Magazine Cover Shot and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 10,000 Cash, Magazine Cover Shot and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 10,000 Cash, Magazine Cover Shot and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
Second Prize x 1
RM 5,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 5,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 5,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
Third Prize x 1
RM 3,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 3,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 3,000 Cash and Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
Consolation Prize x 7
RM 500 Cash, Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 500 Cash, Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000
RM 500 Cash, Johnson’s® Baby Hamper worth RM1,000

Jangan lupa ya untuk menyertainya! Baca syarat di atas dan bertindak sekarang!

Khamis, 17 April 2014

Nak Raya Ni Gunakan Blog Sebagai Sumber Pendapatan

Assalamualaikum,

Tak habis-habis bercerita tentang blog ya. Maklumlah blog kan tempat aku mencari sumber pendapatan:P

Alhamdulillah, walaupun tak banyak tapi sekurang-kurangnya dah lepas buat bayar bil broadband RM98 sebulan. Semuanya hasil dari berblog dan usaha yang tak putus. Kalau tak usaha rasanya lambat sikitlah nak dapat hasil kan?

Sebenarnya masih banyak yang aku sendiri pun kena dan sedang pelajari. Dunia internet ni rupa-rupanya seperti lautan yang luas. Sekarang ini aku ibarat nelayan di tepian pantai je, sesekali aje bila memancing dapat ikan. Jika mahu ikan yang banyak kenalah berguru ilmu lain pula. Mungkin macamana nak guna kapal laut dalam untuk tangkap ikan ke. Pendek kata harus sentiasa menimba ilmu.

Insya Allah, semoga diri ini terus istikomah. Alang-alang dah buat blog ni, mohler kita teruskan sampai ke penghujungnya (yang mana aku sendiri pun tak tahu di mana). Moga Allah permudahkan segala urusanku. Aamin.


Alhamdulillah rezeki hari ini rentetan entri beberapa hari yang lepas mengenai nasi arab. Terima kasih ya pada yang sudi membeli :)


Tahniah juga buat pelajar-pelajar aku yang terus mara dan maju dalam bisnes masing-masing. Aku hanya tunjukkan perkara yang asas sahaja selebihnya atas kalian lah mahu terus mara atau tersadai di tepian pantai sajork. Eceh! Berfalsafah pulak :)

Oklah, nak rehat jap..Sesiapa yang mahu belajar dipersilakan tapi aku memang cakap awal-awal, memang kenakan bayaran. Kalau tak camno aku nak bayar bil broadband dan bil api ni haaa? Jadi, janganlah cakap semua nak kena bayar ke? Hatta nak masuk jamban pun sekarang berbayar dik. Jangan berharap pada bantuan orang lagi, usaha dan terus usaha. Kita generasi Y ke Z ke dah tak macam generasi X dulu. HAHAHA Ok berhenti mengarut! Jom rehatkan minda jap.

Bye!

Rabu, 16 April 2014

Kenapa Cek Nuffnang Belum Sampai Lagi Walaupun Sudah Cashoutkannya?


Assalamualaikum,

Hari ini aku ingin kongsikan satu ilmu yang baru aku tahu mengenai Nuffnang. Aku telah mendaftar menjadi ahli Nuffnang sejak tahun 2009 lagi. Bermula dari status Glitteri (hanya menyiarkan iklan dari Nuffnang sahaja dan bukan dari syarikat pengiklanan yang lain) sehinggalah taraf aku diturunkan kepada Non-Glitteri beberapa bulan yang lepas. Memang tak seronok bila diturun taraf kerana aku perasan jumlah buffered earning aku juga tidak bertambah-tambah :(

Apakan daya, aku malas nak bising dengan pihak Nuffnang. Mungkin ada hikmahnya. Jadi beberapa bulan yang lepas, aku telah meng"cash outkan" akaun aku yang berjumlah RM200+. Hampir sebulan lebih berlalu tetapi bayang batang hidung cek pun masih belum dapat. Jadinya, aku terus email kepada support group Nuffnang semalam dan hari ini terus dapat jawapan dari pihak mereka. Memang cepat juga tindakbalas mereka :)

Aku "copy-paste" di sini jawapannya :

Hi Zaila,

Thanks for writing in!

As shown in our record, you have requested cash-out on 6th of February 2014. 

Nuffnang pays its Non-Glitterati members 60 days(30 days for Exclusive members) after every end of the month from their cashout request date for Glitterati members. Upon then, the cheque will be compiled and sent to the bank for legal processing before delivered to your registered address. The processing and delivering by the bank will take about 2 weeks time.

Therefore, if you have attempted to cashout on 06/02/2014 as shown in our system, therefore your cheque should arrive around 14th of April 2014. 

We'll advise cashing out near the end of the month to maximize earnings cashed out and minimize relative wait time. After all, as long as the cash out is within the same month, it will be processed at the same time.

Hope this clarifies. Thank you and have a nice day! :)

Cheers,
Vanessa Chan
Community Relations 
Nuffnang Sdn Bhd

www.nuffnang.com.my

Terjawab sudah segala teka teki. Nasib lah aku teringat juga akan bayaran tu, bayangkan dari bulan 2 lagi aku menunggu. Setakat ini masih belum mendapat sebarang cek lagi dari encik posmen. Mungkin esok atau lusa akan sampai. Takpe, kita sabar menanti :)

Bagi mereka yang tidak tahu, blog merupakan tempat aku menjana pendapatan pasif sejak tahun 2009 lagi. Sekurang-kurangnya dapatlah juga duit poket untuk buat shopping. Boleh mendaftar dengan #Nuffnang nanti ya!

Laluan iklan :


Bagi sesiapa yang mahukan servis mencetak kad kahwin, bunting atau banner perkahwinan atau iklan majlis, boleh hubungi kawan aku iaitu En. Farhan Zakaria. Beliau mempunyai kedai percetakan di Kota Bharu. Ini maklumat kedai tersebut :

3sprint - One Stop Printing Solution

Sentosa Signs Station
Lot 383, 5315-C, Tingkat Bawah,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu, Kelantan.
09-743 4339 (T)     09-743 5339 (F)

Fanpage : 3S-PRINT

Bagi sesiapa yang mahu beriklan di blog ini, boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/Whatsapp : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Bye! Assalamualaikum.

Sabtu, 12 April 2014

Jemputan Media Ke Johnson's Baby of the Year 2014 Roadshow


Assalamualaikum,

Petang semalam dapat email dari Sophia tentang majlis seperti dalam gambar di atas. Terus cepat-cepat RVSP memandangkan majlis macam ini sememangnya mendapat sambutan. Tambahan pula tarikh majlis jatuh pada hari Sabtu. Rasanya tidak ada masalah untuk ke sana. Anak-anak mesti happy je bila dapat keluar jalan-jalan :)


Dah lama rasanya tidak membabitkan diri dalam majlis sebegini. Teruja pun ada juga! Harap-harap en suami tak ada kena outstationlah pada tarikh ni.

Oklah, pada blogger yang pergi majlis ini. Kita jumpa di sana, di sana, di sana!

Laluan iklan :


Dapatkan ebook 101 Idea Bisnes Makanan sempena bulan puasa yang bakal tiba. Boleh baca sebagai persediaan bagi mereka yang mahu memulakan bisnes makanan. Sedikit petikan dari ebook ini :

Tidak dinafikan walaupun tempahan yang diterima tidak pernah putus, tetapi saya juga mengalami beberapa masalah dalam membahagikan masa antara kerja pejabat saya dan perniagaan ini. Bebanan dan stress di tempat kerja kadang kala menjejaskan tumpuan saya untuk bergerak lebih pantas dalam perniagaan ini. 
Tambahan pula masa saya agak terhad. Saya dapat menumpukan pada perniagaan di sebelah petang sahaja, saya mengedarkan flyers di kedai-kedai berhampiran pejabat, di pejabat-pejabat dan sesiapa sahaja yang saya jumpa bagi memperkenalkan produk ini. Walaupun agak letih, tapi saya tetap bersabar. Terdapat juga ejekan dari rakan-rakan, mengatakan berniaga seperti ini tidak “glamour”. Tidak sesuai dengan status saya yang bekerja pejabat. Bagi mereka mungkin mengandaikan gaji yang saya terima adalah tinggi, tetapi hakikatnya saya perlu untuk menambah pendapatan kerana gaji yang diterima bukanlah setinggi seperti yang disangka. Ketika itu saya tidak mempunyai kereta. 
Jika terdapat tempahan dan pelanggan mahukan saya menghantar kek, saya terpaksa membawa kek menggunakan motosikal. Kadangkala kek terjatuh dan rosak, terpaksa saya gantikan dengan kek yang lain. Jika tempahan lebih dari dua biji, saya perlu berulang alik menghantar kek memandangkan pengangkutan yang ada pada ketika itu hanyalah motosikal. Kesusahan yang saya alami itulah yang menjadi pendorong dan pembakar semangat saya untuk berjaya. 
Saya mula mengorak langkah ke depan dengan menyewa tapak di bazar Ramadhan. Dengan pengalaman yang masih sedikit ketika itu, saya keraskan hati untuk bersaing dengan peniaga-peniaga lain yang lebih otai dan tentukan sudah ada pelanggan tetap. Produk saya hanya Kek Coklat Moist Kaw. Tidak disangka-sangka, setiap hari kek saya habis! Alhamdulillah sangat murah rezeki saya.  Saya membuka peluang bagi mereka yang ingin menjadi agen jualan di kawasan masing-masing. 
Baca lagi kisah usahawan ini dalam ebook 101 idea bisnes makanan

Bayar di sini : Borang Tempahan

Khamis, 10 April 2014

Peluang Belajar Bina Blog Untuk Borong Telekung

Assalamualaikum,

Blog aku ni dah jadi macam blog perniagaan pula dah kan? Jarang sangat dah nak update cerita tentang anak-anak. Hi hi hi Takpelah, inilah mencari makan dengan sumber berblogging namanya! Ramai yang tak ambil peluang untuk menggunakan blog sebaga satu sumber mencari pendapatan.

Oklah, menjelang hari raya memang ramai rakyat Malaysia yang akan membelanjakan duit untuk membeli keperluan baru untuk solat. Sebagai peniaga, sudah tentulah bulan Ramadhan nanti akan memperbanyakkan lagi stok telekung solat kan? Jadi, sekarang ini Akademi Bekerja Dari Rumah sedang mencari dalam 30 orang mereka yang betul-betul berminat untuk belajar berniaga dengan menggunakan blog sebagai medium untuk menjual borong.

Ini iklannya :

PELUANG BISNES BULAN RAMADHAN

Alhamdulillah, kita berada pada bulan-bulan terakhir menghampiri Ramadhan yang penuh berkat. Berdasarkan pengalaman dan pertanyaan demi pertanyaan melalui blog ini, sekarang ramai peniaga-peniaga mula tercari-
cari produk "hot" sepanjang Ramadhan.
Telekung solat salah satunya. Maka dengan besar hati kami mencari mereka yang fokus dan berkomitmen untuk merebut peluang ini.

Kelas membina blog & fanpage borong khusus bagi kalian yang mahu belajar. Hanya terhad 30 pendaftaran sahaja!

Kita fokuskan pada jualan borong Telekung Solat sahaja.
-Telekung Solat Vietnam
-Telekung Solat Indonesia
-Telekung Solat Sulam
-Telekung Solat Kanak-Kanak.

==========================================================

Apa yang kalian bakal dapat? InsyaAllah,

- Ilmu membina blog & fanpage niaga
- Blog yang menepati minat pembeli
- Bersama dalam satu fanpage group dengan barisan guru-guru online Akademi Bekerja Di Rumah - yang berpengalaman dalam bisnes online.
- Produk telekung pelbagai jenis yang sedia ada stoknya.




Tapi hanya pada yang betul-betul berminat sahaja tau! Hanya 30 kekosongan sahaja. Tarikh akhir daftar pada 30hb April 2014. Untuk pertanyaan, boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/Whatsapp : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Sehingga bertemu lagi. Selamat berniaga!

Khamis, 27 Februari 2014

Bila Waktu Yang Sesuai Untuk Update Blog?

Assalamualaikum,

Ramai yang bertanya aku macamana untuk terus konsisten mengemaskini blog. Ada yang mengeluh tiada masa untuk melakukannya di rumah, kalau di tempat kerja apatah lagi kan? Bagi aku, jika ada minat segalanya mungkin. Lagi satu nak kena ada keinginan juga sebab kalau sudah tidak ada keinginan, maka dibiarkan aje blog itu berkubur.

Tak dinafikan kita sebagai manusia biasa ada masanya kita malas atau merasa penat untuk mengemaskini blog. Tambahan pula bagi wanita yang bekerja, sudah tentulah merasa kepenatan setiapkali balik dari bekerja kan? Di sini aku mahu kongsikan beberapa tips yang aku amalkan dulu semasa bekerja untuk mengemaskini blog.

1) Membuat entri secara berjadual (schedule post) : Kebanyakan blogger sudah pasti mengetahui akan cara-cara untuk mengemaskini blog secara berjadual. Caranya hanya setkan di bahagian masa (sebelah kotak entri) untuk waktu yang kita ingini. Jadi tidak menjadi masalah sekiranya kita keluar bekerja atau tidak membuka blog selama berminggu-minggu.

2) Curi Masa 10 Minit : Selalunya saya akan mengemaskini blog apabila anak-anak sedang tidur. Ini kerana tiadanya gangguan daripada mereka dan idea untuk menulis juga akan datang mencurah-curah. Bagi ibu bekerja, amalkan mengemaskini blog pada waktu pagi iaitu sebelum menunaikan solat subuh atau bila-bila sahaja di waktu pagi. Ini kerana waktu ini otak kita masih lagi segar dan percayalah idea akan datang tapa perlu memerah otak pun!

3) Kemaskini di facebook dahulu : Zaman serba canggih ini sangat rugi sekiranya kita tidak menggunakan segala kemudahan yang ada. Jika facebook setiap hari juga kita boleh buka, apa kata latih diri untuk menulis di dalam status di facebook. Kemudian apabila pulang ke rumah, hanya "copy" dan "paste" sahaja di dalam blog kita. Mudah bukan?

4) Membawa buku nota : Ini boleh diaplikasikan kepada mereka yang bekerja dan sentiasa sibuk. Mungkin saat sedang bekerja tiba-tiba idea untuk menulis keluar. Catatkan dahulu di dalam buku nota dan apabila pulang ke rumah anda sudah boleh menulis berpandukan nota tersebut.

5) Upah orang : Ini adalah perkara terakhir yang aku akan buat. Hihihi

Tapi aku ada menerima upah untuk membina sebuah blog yang lengkap dengan fanpage dan borang pesanan ya. Untuk pertanyaan boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app / viber / telegram : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Untuk menyertai keluarga besar kami, boleh mendaftarkan diri dengan menjadi ahli #Akademibekerjadirumah. Baca keterangan dengan lebih lanjut di sini ya :

Akademi Bekerja Di Rumah

Laluan iklan jap :


siapa yang sedang mencari henbeg berjenama yang asli dari US, sila ikuti mereka di facebook : Oohmybags
atau rujuk gambar di atas.

Bagi sesiapa yang mahu beriklan di blog ini. Jangan malu-malu untuk hubungi aku di nombor yang tertera. TQ:)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^