Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 4 Oktober 2012

Berubat Dengan Air Zam-Zam & Makanan Sunnah

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, sejak menjual makanan sunnah ni adalah sedikit sebanyak maklumat yang berguna telah aku dapat tentang kebaikan / khasiat makanan-makanan tersebut. Kalau tidak, takkanlah ianya menjadi santapan Nabi junjungan kita iaitu Nabi Mohamad SAW & beberapa kali juga disebut di dalam Al-Quran & hadis agar kita sentiasa memakan atau mengamalkannya.

Kat bawah ni, ada beberapa contoh amalan dari rakan-rakan facebook aku. Mereka bukan pembeli barangan dari kedai aku pon cuma aku tertarik untuk berkongsi khasiat & amalan mereka dalam kehidupan seharian..Jom baca (klik gambar untuk baca dengan lebih jelas)


1) Air zam-zam

Setiap hari aku akan share di facebook aku kebaikan air zam-zam & harga yang aku jual then one of my friend comment kat situ;

"So true Zaila. Air zam2 ialah air atas apa yg kita doakan. Bertambah hebat dengan doa2 ribuan para jemaah haji. I hv my hubby recovered from stroke - part of d effort was by having air zam2 daily almost 1.5yrs. Alhamdulillah"

Terima kasih pada akak #namadirahsiakan kerana berkongsi pengalaman beliau dalam menjaga suami yang sakit. Bukan calang-calang wanita boleh buat melainkan ada semangat & rasa kasih sayang yang mendalam kepada suami..

2) Jus Delima

Sebenarnya ada beberapa orang juga yang menjadi ejen jualan makanan sunnah ini & kami selalu membincangkan khasiat-khasiat produk sesama sendiri untuk dikongsi bersama dengan pembaca blog/kedai alam maya masing-masing. (klik gambar untuk baca khasiat jus delima)

dan bagi aku sendiri yang sedang pregnant ni, selalunya aku akan berasa tak selesa dalam dada (orang kata pedih ulu hati) disebabkan makan makanan pedas *dah nak wat camne, ahkak memang suka makan makanan pedas..tak pedas tak umphhh* so nak kurangkan rasa tak selesa tu, aku bancuh 1 sudu ekstrak jus delima ya mal alsham dengan segelas air sejuk..Rasanya masam-masam macam air asam jawa tapi memang melegakan sedikit..Itu bagi akulah, kalau orang lain tak tahulah macamana kan..

3) Jus Kurma plus kismis


Kawan aku pula komen :

"Bagus jus kurma ni. yati minum tiap2 pagi sejak pantang sampai skang:-)"

Aku tak tahulah kawan aku minum jenama apa tapi tak dinafikan jus kurma adalah pembekal tenaga & ada setengah pendapat mengatakan ianya boleh dijadikan sebagai pemangkin susu (milk booster) bagi ibu-ibu yang menyusukan anak..So dalam pantang nanti, bolehlah amalkan meminum jus kurma ni..Pada sesiapa yang nak sekarang pon, jangan malu untuk kontek aku ya...

Selain itu ada seorang kawan aku yang mengamalkan meminum cuka kurma bersama madu untuk menambahkan susu badan. Selain itu dapat juga menguruskan badan..Best kan??

Sekarang ni pon aku amalkan memberi kurma kepada anak-anak aku..Memanglah diorang tak suka jika dibandingkan dengan biskut-biskut atau keropok segera yang selalu aku bagi tapi kalau kita istiqomah memberi mereka kurma ni hari-hari..Lama-lama biasalah tu..Si Husna pon setiap kali buka peti ais dah pandai ambil kurma sendiri dah buat kudapan:)

Oklah, sekadar berkongsi pengalaman kawan-kawan..Pada yang sudi untuk membeli, blehlah singgah ke MKS Gedung Serbanika Online untuk membeli yaaa..By the way, hati-hati bila membeli air zam-zam di luar sana, ada kawan aku beli air zam-zam then tak lama lepas tu botol air tu berkeladak hijau..sah-sahlah kena tipu sebab setahu aku air zam-zam ni tak akan rosak (maksudnya bertukar warna) walau lama mana kita simpan pon..Herm, hati-hati ya..

Dapatkan pelbagai makanan sunnah di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

1 ulasan:

maya amir berkata...

aku sukak..aku sukak baca ni.. :)

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^