Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 4 Oktober 2012

Cabaran Dalam Mendidik Anak-Anak Di Rumah

Assalamu'alaikum,

Hari selasa lepas Haziq tak ke sekolah sebab demam, so mengenangkan dia akan berada di rumah seharian, aku TERpaksalah menjadi cikgu sementara pada Haziq & anak-anak. Baru aku tahu betapa stressnya menjadi seorang guru sekarang ni..HAHAHA tu baru mengajar anak sendiri, kalau mengajar anak orang..mesti setiap hari balik rumah kepala migrain selalu kan? *errrr ke fakta aku ni salah?? cikgu cikgi sila jawab* hikhik


Mencabarnya bila nak ajar anak-anak zaman sekarang..Antara cabaran tersebut :

- Student yang suka menjawab..Student tu merujuk kepada anak-anak akulah..Haisyyyy..Haziq dengan cara dia, pantang terkuat volume sikit terus nak merajuk, Husna pulak tak nak belajar, asyik nak melukis & menconteng while si kecik cinonet ni toksah cerita r..Aku panggil raksaksa kecik kat rumah ni:P

- Student yang suka bergaduh..Alahai..Haziq & Husna berebut pensel lah, berebut kertaslah..Lepas tu suka salahkan antara satu sama lain..Aduishhhh..bingit telinga tau..Cikgu (akulah tew) baru bagi homework & nak duduk rehat sekejap tapi tak boleh sebab kena leraikan diorang bergaduh..aku memang tabik springlah dekat cikgu-cikgu tadika yang boleh handle pelbagai karenah kanak-kanak ribena ni..fuuuhhh memang mencabar minda sungguh!

- Gangguan Media & Alatan Elektronik..kat rumah aku ni, kalau nak suruh depa belajar kenalah tutup TV..kalau tak, mata kat TV tangan tak gerak-gerak..panggil 40 kali pon tak dengar tau..Tu nasib baik aku tak bagi sentuh notebook & handset aku..Jangan haraplah nak jumpa game dalam handset aku sebab semua aku tak install..Tu yang setiapkali mak sedara diorang datang, sukalah sebab boleh main game! grrrrrrr geram betol dengan budak2 sekarang kan? Aku takleh imagine kalau student sekolah boleh bawa ipad, galaxy tab ke note ke sekolah..Konpem-konpem masa terluang dok mengadap game sajor kan? kan?

- Student tak percayakan cikgu..Alahai..anak aku si Haziq ni boleh setiapkali aku ajar dia cakap "betul ke ni mama??" "kenapa teacher Mariam tak cakap pon?" Aiyyakkkk..aku lesing jugak ini budak..dia ingat mama dia ni tak pandai kot..Mentang-mentanglah mama duduk rumah je..sob sob..mama kamu ni ada degree in engineering tau:P *tuler..ada degree tapi nak duduk rumah..manalah anak tak respect:P* Isy takderlah, actually memang perangai anak-anak aku yang takutkan cikgu (menurun perangai mak bapak diorang jugak) so kalau cikgu cakap sebut macam ni kira macam ni, janganlah mama pependai nak ubah..karang tak ikut silabus fulak:P

- Perbezaan usia student..Memanglah susah nak mengajar anak-anak yang tak sebaya..Kalau Haziq kenalah bagi latih tubi while Husna ni masih tak tahu apa-apa..Risaunya aku dengan dia sorang..sudahler tak nak menulis, membaca..nak ikut suka dia je..pastu kalau marah sket menangis macam kena rotan! Well, tahun depan memang kena hantar Genius Aulad tapi..yuran Genius Aulad sudah naik..*hisy* perlu ke hantar tempat lain?? Well, si kecik tu pula suka kacau abang & kakak dia, koyak kertaslah conteng bukulah..adussssss..stress mama tau:P


Haziq kena buat banyak latih tubi..while Husna tengoklah..orang suruh tulis dia p conteng..geeeraaaammm!


Nampak gaya macam terbukulah cita-cita mama nak jadi cikgu..ngajar anak sendiri pon failed!! bye bye KPLI *koyak resume*

Pada mummies di luar sana, ada tips tak tentang cara-cara nak mengajar anak sendiri di rumah ni?? Sharelah tips korang ya..tq:)

Dapatkan pelbagai makanan sunnah di MKS Gedung Serbanika Online 
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

10 ulasan:

mrs adam berkata...

wah rajin betul zaila jadi cikgu ye,saya baru ajar yg ringan2 je kat anak saya.kalau saya ajar kaler2 tu saya kaler,diorang tengok.kalau ajar tulis saya buat titik2,kalau ajar baca,saya baca diorang ikut.saya slalu bagi je diorang nak main ke,nak tengok youtube ke.yang garang ialah bapaknya.hihi

Zaila Mohamad berkata...

mrsadam,

kalau anak2 zaila mana boleh bg tgk youtube, alamat dia xbelajarlah nanti..especially Haziq tu..susah fokus kalau TV terbuka

btw thanks for the tips..kalau bab membaca tu memang saya selalu baca bersama diorang:)

mummY daniSha berkata...

huuuu memang kesabaran tinggi ngajo anak ni kan kak....sy ajar kejap je kan hehe..sebab nanti die boring...kalau 4y la..husna baya danisha kan?sy pun tgh pk nak continue gA ke x...sebab ada kawan komen x ok,dah nak benti taun depan...ada juga yg ok

yatie chomeyl berkata...

klu anok sorang aku reti lagi la nk bui tips, tp klu anok 3 doh supo mung....aku pun surrender la kot hahahha

Fiza Rahman berkata...

Cabaran 1-4 tu samalah wei. Anak aku tu pon memang cepat merajuk lah. Klo nak ajar abang pon nak kena tunggu adik dia tido, klo tak...memang mengacau ajer lah keja dia. Berebut buku..berebut pensel. Alahaiiii...pening mak noks. Memang menguji kesabaran lah.

Nurhayati berkata...

yati mmg xleh jadi cikgu. nak nak kalau dpt student yg slow pickup mmg haku hangin. diriku ni cepat panas.. nak jd pendidik kena kuat sabar. huhu

Tie HT berkata...

hai datang jenguk zaila n anak2 :)

Zaila Mohamad berkata...

mummy danisha,

tuler..dok fikir juga nak try survey sekolah lain dekat Husna tp dia macam nak g GA je..camno tu..huhu

Yatie,

anak2 mung dengar kata..anak2 aku..haippppppp

Fiza,

betul tu..memang menguji kesabaran betul

Yati,

samerlah kita..no wonder aku sampai sudah xdapat jd cikgu:P

Tihara,

lamanya tak nampak:)

amalina berkata...

Kelakar :). Enjoyed reading it.

Zaila Mohamad berkata...

amalina,

thanks..ini jelah keje aku hari2..kn banyak menulis kalau tak nanti aku stress:P LOL

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^