Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 24 Oktober 2012

Yeay Nak Balik Kampung!

Assalamualaikum,

 Yeay!! Malam ni nak balik kampun....Tahun lepas terpaksa beraya di Kajang (rumah abang ipar) dek kerana en suami ada kerja, tapi tahun ni Alhamdulillah, walaupon en suami dapat cuti sekejap tapi boleh balik kampung juga so yeay!! tentulah aku & anak-anak suka kan!!

Tapi hak aku paling tak suka adalah bab packking baju..Arghhhhh..walaupon nak balik sekejap tapi rasa kena bawak balik banyak baju, maklumlah sekarang ni musim hujan di kampung, kang nanti telanjang boge anak-anak ambe sebab takdok baju nak pakai T______T


Kalau dulu aku kerja konpem-konpem dah siapkan packing seawal yang mungkin tapi sejak tak keje ni makin pemalas lipash fulak nak packing..Anak-anak pula yang excited lebih..Pagi tadi Haziq & Husna dah start packing baju diorang sendiri dah..Alhamdulillah senang keje aku:P Pandai pula diorang ambil beg & sumbat baju masing-masing. Siap naik atas ambil berus gigi & ubat gigi masing-masing..Agaknya dirang selalu tengok aku buat macam tu everytime packing baju bila nak balik kampung kan..Tapi lepas ni aku kena spotcheck baju apa yang diorang bawa balik, buatnya bawa balik baju aje takde seluar kang nayo jugakssss

Tapi malasnyaaaaaaa nak start packing, kemas rumah, kemas dapur segala...Ni sambil kemas sambil ngadap TV sambil kemas sambil layan baca facebook..Pasni adelah tu benda yang tertinggal pastu mesti en suami akan membebel sepanjang jalan T______T"

Oklah, pada kawan-kawan yang akan pulang ke kampung halaman juga (selalunya oghe Klate jah hok sungguh nak balik make daging ghebenya) aku ucapkan berhati-hati di jalan raya & kalau makan daging tu ingat-ingat pada penyakit darah tinggi (pada yang ada) pada yang takde pon jangan mentibai sangat daging ni, simpan-simpan sket dalam peti buat bekalan..HAHAHA entah ape-ape je pesanan aku kan??

Baik baca pesanan lembu-lembu kat bawah ni :


Selamat Hari Raya Aidiladha 2012 uolssss..tataaaaa

Sebarang order untuk semua produk makanan sunnah berjalan seperti biasa..Jom singgah kedai-kedai aku sambil-sambil tengok apa yang menarik untuk dibeli:)

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

2 ulasan:

Eliss berkata...

selamat hari raya. semoga selamat pegi dan balik sini balik. eliss pun balik trg hr ni, petang2 sket :)

Zaila Mohamad berkata...

Eliss,

thanks

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^