Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 7 November 2012

Order Ayamas Online Sahaja


Assalamualaikum semua,

Bertuah sungguh aku bila rumah yang kami diami ni dekat dengan kedai makan. Tambah bertuah bila hari-hari kecemasan seperti anak tak sihatdemammerengekmintadukungselalu atau bila en suami outstation, bolehlah terus calling-calling order sahaja:P Takyah nak penat-penat masak:P

Of courselah once in a while je bleh buat..Macam hari ni double excuse yang membenarkan aku *diri sendiri yang membenarkan* aku order online, dah bosan dengan Pizza Hut, Domino's pon sama so aku cuba pula dengan Ayamas Delivery. Thanks pada Mummy Lina yang pernah bercerita di blognya satu masa dulu, tetiba terdetik nak makan nasi ayam. Eventho aku suka lagi nasi ayam dari The Chicken Rice Shop..Too bad TCRS takde delivery kat sekitar rumah aku (ke aku yang tak tahu??)

Within 30 minutes, makanan sampai depan rumah! Alhamdulillah cuaca pon baik so memang takde alasanlah nak lambat sampai kan..Aku order Combo for 2 macam kat bawah ni..Tamakss haloba, duduk dengan anak-anak pon ada hati nak makan banyak:) 


Setiap penghantaran dikenakan cas RM3, kalau Domino's FREE je kan tapi takpelah..sesekali nak bertukar selera..So ini pendapat peribadi aku :

- Ternyata indah gambar dari rupa sebenar..tapi consider harga berpatutan jugalah..tang ayam tu takde maknanya datang bentuk macam tu hokey..diorang dah siap potong-potong letak dalam bekas plastik dah & takde pon segala salad & tomato tu..Kalau ada sedap juga mata memandangnya

- Macam biasalah nugget, drummet & fried chicken standard rasa macam KFC punya; agak masin tapi sesekali takpe..kalau selalu..NO NO NO

- Nasi ayam dia sedap tapi sikit:P Bagi pemakan nasi tegar macam aku ni konpem semangkuk kecil tak cukup..HAHA Anak-anak pon suka..isy isy kalau nasi yang kandungan MSG tinggi suka aje yaaaa

- Muffin dia tersangat keras..tak macam muffin Kenny Rogers yang sedap ittewww

- Air pula dek kerana Ice Lemon Tea takde diorang bagi Coke..konpem anak-anak aku takleh minum so ada je tersadai dalam peti tu..Tunggu tetamu datang baru bagi boleh? HAHAHA

Tapi ok lah kan dari takde apa..Hak paling penting, bukan setakat boleh order nasi & ayam, boleh juga order ayam mentah yang dah diperap, frozen food, canned food, cili sos pon ada! Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah ke website mereka ini (Kedai Ayamas)

Mulalah aku berangan nak ada kedai makan yang buat delivery juga..HAHAHA

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions
 

3 ulasan:

TK berkata...

Memang senang klau mkanan bole deliver di rumah. Xyah susah2 sarung bju start kereta etc.Kat kt cuma ada pizza hut delivery je..itu pun mujur...huhu. Okla siap bole order ayam mentah..frozen food.
Muffin kenny roger mmg sodapkan?x leh challenge..

CeqGu berkata...

terliur la plak

zailamohamad berkata...

TK,

senang tu memang senang cuma tak tahan nak membayar:P

CeqGu,

orderlah..kat Brunei ada delivery apa ya??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^