Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 2 Januari 2013

Hari Pertama Persekolahan 2013


Assalamualaikum,

Hari ini tercatit dalam sejarah anak bujang aku memasuki alam persekolahan. Anak yang nak sekolah tapi mak bapak anak yang tak boleh tidur *tipu*

Seawal jam 9.30pagi lagi aku dah paksa Haziq masuk tidur. Esoknya kejutkan mandi & solat subuh terus bersiap-siap untuk ke sekolah. Nasib baik MIL ada di rumah so bolehlah tinggalkan Husna & Ashraf yang masih tidur..Sampai di sekolah terus tunggu depan kelas..Tapi pelik sangat sebab kelas masih berkunci & cikgu pon takde..Rupa-rupanya baruku tahu yang sekolah ni bermula pada pukul 8 pagi sehingga 4 petang..Yeay!! Esok sempatlah sediakan sarapan untuk Haziq:P

Hari ni dimulakan dengan perhimpunan..Kalau nak tahu, Haziq dah pecah rekod melalak di dalam barisan..Haisy..agaknya tak nampak mama terus gelabah menangis..Nasib baik lepas aku pujuk sekejap terus ok tapi muka memang tak ceria langsung!! Bila masuk kelas, aku intai dari jauh aje & nampak dia sudah mula berkawan, nasib baiklah dapat member yang banyak mulut so lama-lama tu nampak dia dah makin ceria..Nampak dia semakin enjoy melihat kawasan sekolah..Masa rehat aku ajar dia beli roti & air di koperasi & nasib baik koperasi depan kelas Haziq..Ada macam-macam makanan yang dijual & rata-rata berharga RM1..Lepas ni kena bekalkan makanan pada Haziq kalau nak jimat duit belanja:P

Lepas Haziq makan, aku cakap aku nak balik. Alhamdulillah dia faham & takde buat muka sedih..rasa lega sangat-sangat sebab Haziq dah boleh sesuaikan diri..

Petang tu dalam pukul 3.30 petang aku drive sendiri pergi ambil Haziq di sekolah. Masa ni baru je lepas hujan lebat..Habis kasut sekolah kotor & baju Haziq basah tapi takpe memandangkan bila je aku nampak dia, dia tersenyum keriangan:) Masa ni dia tengah tunggu aku bersama kawan-kawan di bawah khemah sambil main air hujan. Takpelah anak, as long as Haziq enjoy ke sekolah..Dalam kereta dia sibuk bercerita tentang kawan baru. Di sekolah Haziq ni ada disediakan makanan tengahari (bagi sesiapa yang mengambil pakej makan tengahari) so dia berceritalah tentang kawan dia yang hanya makan lauk sahaja tapi tak makan nasi. Nasib baik Haziq makan juga nasi yang dihidangkan..Lega rasa hati sebab tahu dia tidak kelaparan.

Pastu Haziq bagitahu dia ber@k di tandas (ni yang paling aku bimbangkan sebab takut terbuang dalam seluar ke apa) tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkan..Dia bagitahu dia solat Zohor bersama ustaz di surau, pastu aku tak masukkan buku latihan dalam beg:P Pendek kata macam-macam perkara yang berlaku sepanjang satu hari bersekolah!!

Alhamdulillah..semoga Haziq akan terus menikmati hari-hari persekolahan dengan gembira. Tadi baru sahaja susun buku-buku mengikut jadual waktu yang diberi oleh cikgu kelas Haziq. Stress aku bila tak faham singkatan yang cikgu buat..Sudahler tulisan di kertas salinan tu tak jelas, lepas tu banyak pula kata singkatan yang tak difahami..Grrrrrrrr

Oklah..itu sahaja coretan kisah hari pertama persekolahan anak bujang aku..Kalau anak kedua, ketiga dah tak rasa apa-apa sangat sebab diorang selalunya ada abang & kakak untuk tolng tunjuk ajar..tapi kalau sulung ni special sikit..Tengahari tadi pon rasa rindu dekat Haziq memandangkan bila dia tiada sunyilah rumah..Husna & Ashraf pon mati kutu tak tahu nak buat apa sebab kepala otai tak ada:P Minggu depan tinggallah aku & Ashraf sahaja memandangkan Husna pon akan mula bersekolah..

Jangan lupa juga untuk like page kedai-kedai aku di bawah:

Dapatkan pelbagai pakej makanan sunnah (pakej pantang, pakej kurma, pakej sihat) diMKS Gedung Serbanika Online  
Dapatkan pelbagai buku agama & motivasi dari penulis tersohor di MKS Kedai Buku Online
Dapatkan produk kecantikan AS Beauty untuk kekal cerah berseri di sini
Dapatkan pelbagai barangan untuk majlis harijadi di MKS Party Solutions

7 ulasan:

CeqGu berkata...

sekoloh doh la :) biasala tu adegan nanges2 tu. budak mcm orang dewasa jugak, tempat baru, orang baru, dunia baru, pengamalan baru mesti la ada rasa cuak hehehe

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

cool n smart la haziq ber full uniform. color biru kan? Has pun yang anak dah masuk darjah 4 pun excited lebih..jap2 bgn..kol 4 am, 5 am, 6 am baru trs bangun bersiap ;)

~ayusleeping~ berkata...

monyok jer muka gi sekolah yea..

RedRose berkata...

selalu baca pengalaman2 parents yg pertama kali menghantar anak bersekolah. mcm2 perasaan ada. takut, bimbang, happy, cuak, teruja.
I yang lebih2 membayangkan tau.
part nak memujuk anak yg nangis tu...mcm blur je nak buat camane nanti. wpun masih jauh lagi perjalanan my dotter utk alam persekolahan. takut tetap takut. (ntah2 cik kak tu ok aje) ha ha ha

mummY daniSha berkata...

selamat tahun baru kak ..bestnye dpt sek agama...tgh carik lg ni..majoriti dah penuhla kat melaka...

Nurhayati berkata...

hensem eh anak bujang ko..
tahun ni gak bermula jua aku menjadi supir tuk zara gi antar amik sekolah hehehe.. nasib sorang..nanti semua dah sekolah.. pagi petang la jwbnya :)

kasihredha berkata...

Encem

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^