Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 13 Mac 2013

Bestnya Kalau Dapat Bercuti

Assalamualaikum,

Just #throwback gambar-gambar lama..Bestnya kalau dapat bercuti & pergi lagi ke tempat yang sejuk..Sekarang ni cuaca panas kan? tapi by the time aku tengah taip ni hujan kat luar sana, Alhamdulillah at least takderlah berdebu sangat depan rumah ni & merasalah udara sejuk masuk dalam rumah ni..kalau tak, sampai boleh migrain sebab bahang sangat!

Rindunya nak ke Kundasang lagi. Walaupon Sabah tengah bergolak sekarang ni tapi aku rasa Kundasang selamat je kan? Rindu dengan cuaca sejuknya & pemandangan yang subhanallah sangat-sangat cantik especially bila melihat Gunung Kinabalu di depan mata kita:) Tak dapat panjat/tawan, dapat tengok live depan mata pon jadilah kan:))


Masa ni bulan 5 tahun lepas, kalau tak silap masa ni aku baru mengandung:) Ashraf pon masih baby lagi..



Bestnya jalan-jalan dengan Kak Na..Malam tadi Kak Na call dari Labuan. Alhamdulillah, keadaan terkawal di Labuan cuma sekarang ni ramai tak berani keluar rumah, jalan pun sunyi je..tapi sekolah berjalan seperti biasa cuma aktiviti ko-kurikulum tu takde memandangkan keselamatan pelajar lebih diutamakan. Semoga Allah sentiasa melindungi Kak Na sekeluarga di sana.


Bestnya Kundasang sebab cuaca yang sejuk, tak boleh pergi oversea pergi kat sini pon jadilah:P


Oh! Cameron Highland pon best juga tapi tak syok dah kalau g Cameron masa cuti sekolah / hari minggu, konpem akan jem..Dari Berinchang nak ke Tanah Rata pon boleh makan masa berjam-jam..huhuhu

Bila dah jadi surirumah terdesak ni, asyik terperap je dalam rumah. Otak pon dah naik beku ni so mulalah tenung balik gambar-gambar percutian tahun-tahun lepas..Bestnya kalau dapat "lari" sekejap dari suasana rumah ni..Cuti sekolah dah dekat ni..hihihi en suami, ke manakah kita?? Jangan bagi alasan kerja banyak lagi sudahler ya:P


Gambar en suami whats app dari Dubai..amboi bestnya dapat pergi negara orang, kalaulah aku ni banyak $$ nak je ikut sekali dengan anak-anak:(

Apa-apa pon, tak sabar nak bercuti..tolonglah bawaku pergi...duhai hati bertabahlah!!!

3 ulasan:

DaZzlingLilLy berkata...

insyaallah ada rezki nnt dpt la bercuti tu zaila..cantik view yg kat kinabalu tu..

Nurhayati berkata...

sape tak suka kalau gi holiday hihi
duit ada takde je plus masa :)

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

seronok kan ber cuti nih... has pun suka. nak pergi tmpt sejuk yang dekat n boleh balik hari..pergi bukit tinggi..colmar tropical tu..best gtak.

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^