Wednesday, March 6, 2013

Bila Anak Ramai, Nafsu Makin Kurang?

Assalamualaikum,

Tajuk adalah takde kena mengena dengan aku yaa..saje bikin gempak je tu=P

Bila ada anak ni, selalunya kita sebagai ibubapa mesti dok fikir nak gembirakan hati anak-anak aje. Especially time dapat gaji, kenalah kan bawa anak keluar makan kat luar sekali sekala. Bagi diorang makan apa makanan yang diorang suka. Tapi kan, tapi kan, sejak dah ada anak ramai kecil ni, nafsu nak makan kat luar rasa macam dah tak macam dulu. Ke faktor usia eh yang membantutkan rasa nak bersiap keluar makan? ke pengalaman makan dalam keadaan huru-hara yang membuatkan aku takde nafsu nak keluar makan eh?

Demi anak-anak, gagahkan jua bersiap-siap hari Ahad yang lepas ke Jusco. Walaupun pada mulanya bagitahu tak nak keluar rumah nak duduk diam-diam berhibernasi layan TV tapi bila tengok anak-anak dah siap, en suami dah spray perfume, eh! takleh jadi ni so gagahkan diri bersiap ala kadar & pukul 12 tengahari kami keluar juga ke Jusco. Nasib baiklah Jusco ni dekat ngan rumah tapi berputar-putar jugalah mencari parking! Haisy..orang Malaysia ni memang banyak duit kan? Hujung minggu penuh je shopping mall=D

Sampai Jusco haruslah cari makan dulu kan so tanya budak-budak ni & diorang cakap nak makan Pizza Hut..Nasib baik nak makan pizza, kalau buatnya nak makan Setarbak, kopak bapak kamu!!
Tapi haritu punyalah ramai manusia, mungkin masa tu dalam waktu lunch hour so memang setiap meja dah penuh, ada kosong pon meja kecil & sebelah meja kami ada couple muda tengah dating & masuk sekali dengan kami. Meja aku ni sudahlah kecil pastu ada stroller kat tengah-tengah meja antara kami & couple tu, pastu Ashraf pula mula-mula papa dia pegang tapi lepas tu keadaan jadi tak terkawal sebab this little master ni nak duduk atas meja main pinggan sudu lah pulak!

Serious aku rasa huru-hara sangat. Bila sampai makanan lagi huru-hara, nak-nak bila makanan sampai..HAHAHA Macam nilah nasib orang beranak ramai & masih kecil ya? Jom layan gambar aku sempat ambil masa tengah pujuk Ashraf dari mengamuk. Memang mencabar keimanan sungguh kalau bawa dia keluar, semua dia nak main & pegang..Huh!!


Masa ni duduk eloklah sekejap bila ada makanan depan mata, kalau tak..jangan harap nak duduk diam, ketuk meja dengan sudulah! menangislah, meronta nak turunlah T_____T"


ni je makanan yang sempat aku ambil gambar; haritu aku makan baked cheese rice..Yaaa hari minggu adalah hari menternak lemak..HAHAHA Masa makanan sampai baby Azzam pula sedar menangis..Alolololo sudahler tempat tu sempit nak menyusukan pon susah so berlarilah aku ke tandas (ingatkan ada tempat menyusu rupanya takde) nasib baik toilet orang cacat tu besar so menyusu kat situ lah sekejap. Kalaulah Azzam Haneef baca ni bila besar mesti dia cakap "Euuuuuwww menyusu dalam toilet" HAHAHA Dah nak buat camno nak, takkan mama nak selak depan budak laki yang tengah couple tu, karang marah pula gelfren dio:P


Husna request nak makan pizza so order pizza kecil untuk dia. Nasib baik makan. Alhamdulillah anak perempuan ni senang sikit nak jaga, dengar cakap & kurang bermain masa makan.


Comey anak tino Mek La ni *eceh puji anak sendiri pulak*


Anak laki walaupun dah besar macam Haziq ni masih nak perhatian kita. Kadang-kadang suka main dengan makanan. Memang geram sangat-sangat sebab sudahler kita ni sibuk dengan adik, dia pon sama naik perangai macam adik. Lepas dapat "upah" dari papa baru behave..HAHAHA Biaserlah Haziq, sesekali mesti kena bagi upah manja supaya dengar cakap sikit:P


Masa mula-mula rajin en suami melayan Ashraf tapi makin dilayan makin menjadi-jadi so terpaksalah letak dalam kerusi budak tu..HAHAHA Memanglah haritu kami makan dalam keadaan kelam kabut, mungkin sebab ada baby Azzam yang masih kecil kot & haritu pon dapat tempat yang tak sesuai, sempit, bising, panas, pastu kiri kanan ada pelanggan yang lain. Sebelah kiri en suami ada sorang pompuan (tak tahulah bujang ke mak orang) tapi dia makan sorang-sorang, nampak rilek je kunyah makan slow-slow telan dengan tenang. Kami ni, kalau boleh tak payah kunyah telan terus..HAHAHA

Lepas je makan terus balik rumah..Dah tak koser nak jalan-jalan cuci mata kat shopping mall. Haisyyy nampak sangat dah takde nafsu nak jalan-jalan. Lepas ni kena makan kat rumah jelah, jimat duit jimat tenaga!! OKlah thanks sebab sudi baca entri yang tak berilmiah ni..Sekadar meluahkan perasaan saja..Cepatlah besar duhai anak, mama nak makan dengan tenang:P

Bye!

5 comments:

amalina said...

Saya pun x larat nak control anak2 klu keluar mkn (pdhal baru 2 org je). Naik atas meja la, merangkak bawah meja la, balin2 barang, tegur2 org yg diorg x kenal pun, mcm2.

mrs.spicy said...

Huhu.. Sapo oyat anok pue seney. Lamo doh farah xmake lua. Serabut perut. Beli nursing cover la kak ila. Seney

Lily@MamaZaraZareef said...

haha..dpt bygkan serabut tu..pizza hut kt jusco bkt tinggi memang sempit n padat sket..slalu kalau memang plan nk mkn pizza or kfc,suka bwk anak2 kt kemuning utama yg dkt2 giant tu.selesa sket..heheh

Nurhayati said...

memang beb
bila makan kat luar
huru hara
nak siapkan dorang je
aku dh berpeluh bagai penat
pastu rs mcm malas nk keluar
tp tetap nk keluar gak
otak dh beku dok umah lama sgt
layan anak 24jam
layan laki??!!!
ada anak kecik ni xdan nak lama2 nk mesra
hahahaha

gee ryder said...

Aku skg malam2 takde dah saje2 nak makan luar melainkan dah keluar dr awal lagi. Malas nal cara lagipun malam airis tido awal. Kalau nak makan sgt husband beli then tapau jer....shopping groceries pun skg husband aku g sorang jer. Malas dah aku nak ikut. Kdg weken tgh2 malam buta dia sorg2 ke nsk hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015