Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 5 Mac 2013

Siapa Nak Handbag Mulberry??

Assalamualaikum,

Cuci mata jap dengan handbag kat bawah ni;-


Orang pompuan mana yang tak suka henbeg kan? Tak kisahlah jenama ke takde jenama ke memang boleh dikatakan henbeg ni adalah benda wajib bagi orang pompuan. Kalau takde henbeg mana nak letak wallet, kunci rumah, kunci kereta, lampin anak, wet tissue, mainan anak, makanan anak, wallet laki, pendek kata segala benda nak sumbat dalam tu kan? betul tak? betul tak?

Bagi pompuan yang dah berkahwin & ada anak, aku rasa henbeg kena beli yang besar-besar pastu tahan lasak sebab nak pikul hampir lebih sekilo seharian. Kalau en suami pegang henbeg aku mesti dia cakap "ada batu gapo dalam beg mama ni?" Padahaaaaallllll barang dia pon numpang henbeg kita jugak..ceitt

So korang nak tak henbeg Mulberry free?? Saper tak nak wei? Antara henbeg idaman hati aku juga ni *ceit, aku ni semua henbeg pon idaman hati dasarrrr surirumah terdesak!* Jom masuk peraduan Share the Joy of Motherhood di laman facebook Friso. Tapi korang jangan masuk lagi minggu ni sebab aku dah masuk, nanti kang bertambah pula saingan aku..HAHAHA (padahal takde harapan menang pon)


So pada kawan-kawan online aku, minta tolong jasa baik korang semua tolong votekan gambar aku di link kat bawah ini

http://www.facebook.com/FrisoGrowingUpTogether/app_501408969906087

Tapi korang kena log in dari PC, approved apps & cari dalam Other Mummy's Joy then cari nama aku Zaila Mohamad. Please, please please korang tolong votekan aku..Mana tahu rezeki aku dapat henbeg baru:)

Thanks ya korang yang dah vote, kalau boleh hari-hari buka vote gambar aku pon takpe, nanti aku doakan korang supaya murah rezeki selalu:) HAHAHA Nampak sangat terdesak kan?? Nama lagi surirumah terdesak so korang SILA VOTE aku ya!! Thanks & bye!!

1 ulasan:

mummY daniSha berkata...

paling x suke bile huby nak menumpang barang heee...nah,tlg bawak hehee

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^