Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 28 Mac 2013

Perangai Anak-Anak!

Assalamualaikum,

Hari ni nak bersembang pasal anak-anak aku pula. Biarlah orang nak cakap takde kerja pon, dah memang ini kerja aku..HAHA

Ok, cuti sekolah ni masing-masing ada di rumah bersama dengan aku. Celik je mata nampak diorang terbungkang tidur dengan cara masing-masing. Selalunya anak jantan suka naik atas katil aku menyelit tidur celah ketiak ke, celah kaki ke, ikut suka diorang aje..Setiapkali en suami outstation diorang mesti nak tidur atas katil sekali dengan aku tapi yang stressnya sebab dah tak muat dah kalau semua nak tidur atas tu, last-last Husna terpaksa mengalah tidur kat bawah sorang-sorang. Haziq tu nama je yang sulung tapi makin lama makin penakut, sampai keras kejung kalau tidur atas katil sebab tak nak aku tolak dia dari katil..HAHAHA (ni kalau diorang dah besar mesti malu ni bila baca perangai masing-masing)

Haziq sejak dah sekolah ni, makin liat kalau nak suruh tolong aku. Tambah-tambah kalau nak suruh solat, sampai stress tau! Tapi tengok masa-masa juga, selalunya nak kena cakap elok-elok, pujuk rayu dulu..tapi kalo tak jalan juga, mama dia terus naik angin barulah terhegeh-hegeh nak buat. Sekarang ni penakut tahap gaban, kalau nak masuk toilet ambil wudhuk pon nak suruh teman. Selalunya Husna lah yang jadi mangsa dia, kalau aku suruh susun buku sekolah untuk jadual esoknya pon ajak Husna, pastu yang kelakarnya dia akan bacakan dekat Husna suruh ambil buku apa then Husna akan balas "Manalah Husna tahu Amirol" Yerlah, serba serbi nak suruh Husna >___< Paling tak tahan Haziq ni takutkan lipas..tolonglah..anak jantan patutnya berani tapi dia ni...tak tahulah nak cakap apa..

Tapi yang bagus tentang Haziq ni kalau apa yang Ustaz dia bagitahu kat sekolah memang dia akan dengar. Contohnya ustaz pesan suruh hafal doa masuk & keluar toilet, memang dia akan baca sebabnya ustaz bagitahu dalam toilet banyak syaitan..tahu pon takut sebab tu setiap masa baca doa, kalau nak tidur pon dia tukang baca doa. haziq selalu juga ajar Husna baca doa, tapi kalau Husna tak ingat dia pula yang marah-marah *haha memang takde sifat sabar macam mama dia* Bab mengaji Alhamdulillah cepat tangkap, sekarang ni Haziq dah baca surah Ash-Shams, selalunya ambil masa sebulan juga nak alih ke surah baru sebabnya kadang-kadang dia cepat hilang fokus. Memang mencabar sangat-sangat nak mengajar anak sendiri ni. Tambah-tambah kalau ajar Husna si ratu air mata!

Kalau di rumah best fren Haziq mestilah Husna, mana-mana pon berkepit 2 orang tu..paling tak tahan kalau diorang bergaduh, sampai tarik rambut cakar mencakar segala. Pening kepala aku, diorang ni diibaratkan love-hate-relationshiplah, kejap baik kejap gaduh. Selalunya Husna kalau bergaduh akan lari cari aku, barulah terhegeh-hegeh nak berkawan dengan aku, pastu kalau Haziq pula cari geng baru which is Ashraflah jadi mangsanya. Tapi pastu dia stress sebab Ashraf kan tak reti bermain dengan dia so mesti dia akan cari Husna & cakap "Husna, Amirul mintak maaf..nah salam" *sambil hulur tangan nak salam* Memang lawak kalau tengok diorang ni..Kalau aku marah dia pon, selalunya dia akan lawan mulut juga then aku kadang-kadang buat tak tahu / lari masuk bilik ajak semua anak yang lain pulaukan dia, nanti adalah yang ketuk pintu hantar nota tulis "Amirul minta maaf" takpun "Amirul rindu mama" so sweet, cair sekejap..pastu dia buat perangai lagi *aaaaarrrrrghhhhhhh*

Husna pula susah nak tackle dia, cepat merajuk suka sangat bergaduh dengan Ashraf. Bab belajar tu agak malas sikit jika nak dibandingkan dengan Haziq. Tapi dia suka pergi sekolah, kalau pagi memang senang bangun & mandi bersiap nak ke sekolah cuma kalau van sekolah lambat mulalah muka gelisah sebab takut kena tinggal..HAHAHA Pastu kalau nak suruh membaca, kalau teacher tak pesan memang dia tak akan bacalah. Puas aku suruh dia mesti akan jawab "Teacher takde suruh pon Husna baca kat rumah" Aduiii anak, semua nak ikut cakap teacher..betapa pentingnya peranan cikgu dalam pendidikan awal kanak-kanak kan? Sebab anak-anak ni lebih kepada nak dengar cakap cikgu dari cakap mak bapak sendiri..tak percaya? macam kita dululah, takut snagat dekat cikgu kalau tak siap kerja sekolah sampai tak nak pergi sekolah!! hihihi

Macam sekarang ni aku buat sistem merit kat rumah, siapa yang solat dapat 10 markah, siapa yang tolong mama dapat 10 markah, siapa yang makan tak tumpah dapat 10 markah, siapa yang degil tolak markah, siapa yang malas tolak markah, yang kelakarnya kalau dapat markah banyak tu bukan main happy lagi tapi kalau aku cakap "Husna ni mama tolak markah baru tahu" terus merajuk pastu si Haziq pula perli-perli pastu bergaduh pula pasal markah siapa paling banyak..Aduiii pening kepala tau..ni baru 2 orang anak, kalau ada ramai anak yang tengah membesar macam diorang ni macamanalah nak handle ya..huhu

Ok, yang si abang Chik pula (Ashraflah siapa lagi) dia ni kira penghibur hati kami laki bini. Al maklumler masih kecil tak tahu apa, pulak tu mulut tengah lacak (banyak mulut) tapi cakap taelor (pelat) so memang cute sangat-sangat:) Contohnya kalau ke pasaraya, kalau kami letak dia dalam troli ke pastu aku dok sibuk pilih barang, dia pula sibuk nak lepaskan diri pastu mulalah jerit "toyom, toyom" sampai semua orang tengok! Geram pon ada nak gelak pon ada!! Kalau kat rumah, selalu kacau baby..Kami masih panggil dia Adik, suka sangat layan dia bercakap sebab bunyi macam comel sangat cuma kalau bila dia buat perangai tang tu tak berapa nak comey:P

Ashraf ni jenis senang masuk dengan sape-sape pon. Janganlah buat-buat ajak dia berjalan konpem dia nak ikut, sampaikan haritu orang datang baiki decoder Astro pon dia nangis nak ikut orang tu balik just because abang tu cakap "jom ikut abang balik" mudah sangat terpengaruh..agaknya dia bosan duduk rumah kot..Ashraf paling juara dalam panjat memanjat, jatuh katil jatuh tangga macam dah sinonim dengan dia, pastu sangat sukakan air, pantang pintu toilet terbuka konpem masuk main air pastu sembur air ke luar; habis basah dapur aku..aaarghhhhhhh!! Memang huru-hara sangatlah kalau 3 beradik ni bekerjasama menyepahkan rumah..Kalau haritu naik angin juga tapi sekarang ni aku buat tak tahu aje, malas nak marah-marah sebab buat sakit hati aje..last-last redho jelah..tapi tengok masa juga, kalau time aku tak tahan, aku buat amukan sekejap je budak-budak ni kemas:)

Siapa cakap kalau kita jaga sendiri anak-anak belanja dapur makin jimat, kalau dengan anak-anak aku ni takde maknanya! Tengah membesar macam ni memang diorang makan banyak, kalau sehari tu air Milo, air teh memang kena ada atas meja sokmo, tapi aku takderlah buat manis sangat..Pastu makan pula selalunya kegemaran diorang adalah nasi lemak, makaroni/spaghetti bolognaise, nasi pula kalau ada lauk kuah masak lemak laju je makan, tapi tengok juga..Ashraf ni sangat memilih sekarang ni, kalau hari sekolah kesian dia sebab takde geng nak makan..ni cuti sekolah laju je makan sebab ada member..Pastu budak-budak ni suka juga makan roti dengan jem Lady's Choice yang mentega kacang tu, burger, nugget pula nak jenama Marina Tempura chicken nugget aje, kalau beli jenama lain kureng..macam-macam! Sayur lagilah memilih..


Baby Azzam Haneef pula sekarang ni berat dah 6kg. Alhamdulillah masih lagi menyusu badan. Sekarang ni dah tak berjaga malam dah, cuma kalau tengahari kesian dia tak boleh tidur sangat sebab panas, kalau takpon bising sebab abang & kakak diorang dok bermain/bergaduh! Puting tu memang aku belikan untuk baby tapi somehow Ashraf pula yang dok ambil hisap..Dulu pon dia hisap puting juga tapi dah stop lama dah & sekarang ni gatal hisap balik sebab dengki dengan adik dia punya. Yang kelakarnya bercakap pon puting dok dalam mulut juga..macam-macamlah Ashraf ni!


Ini gambar kenangan semasa Tok Ayah datang rumah kami tahun lepas. Selalu buli Tok Ayah ngan Mok, kalau nenek dia nak tidur mulalah dia pergi cucuk mata takpon buat-buat lompat kat tepi nenek dia..HAHAHA Sama juga masa Mok Na ada, dia dok bantai melompat atas katil sebelah Mok Na nak tidur..Nasibler..


Ashraf kalau kat rumah jarang sangat pakai baju..bukan apa, kalau aku pakaikan then terlepas masuk toilet dia main air habis basah baju sampai seluar. Dalam sehari 2,3 kali tukar lampin pakai buang dia tu..Kadang-kadang geram juga tapi dah nak buat macamana, memang beyond my control dah ini budak!

Waah panjang gile karangan aku kalau cerita pasal anak-anak. Memang! Masing-masing ada perangai..Kadang-kadang ada juga rasa give up nak jaga anak sendiri bila masing-masing buat perangai, masa tu rasa kepala otak serabut tapi biasalah dah namanya budak-budak so sekarang ni aku kena banyakkan rilek & jangan fikir sangat. Dulu jaga anak waktu malam aje sebab tengahari kerja tapi sekarang ni hampir 24/7 memang diorang bersama aku, penawar duka lara hati ni so macamana pun kena bersabar dengan perangai diorang..Bila dah besar, mensti rindukan saat-saat ini kan?

Tak sabar nak pergi bercuti, dengan harapan konon-konon nak rehatkan minda..rehatlah sangat!!

3 ulasan:

Nurhayati berkata...

nanti anak2 dah besar sket bole la mama bawak jalan hihi

syalinda johari berkata...

tokayah diorg, macam ayah saya jer dari belakang tu..windunya kat ayah sayaa...

Unknown berkata...

salam..bila baca entry akak terus teringat zaman kecik2 dulu...kesian mak jaga kami adik beradik yang melasak masa tu...sekarang dah ada anak mesti akan rasa apa yang mak kita rasa dulu kan...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^