Waaah lamanya tak update blog. Kemalasan melanda sejak dua menjak ni..hihihi
Ahad yang lepas, kami together with adik beradik en suami & sepupu aku, Hanif & wife ke Janda Baik untuk berpiknik & bbq di tepi sungai. Sangat-sangat menyeronokkan!! Tak tahu pula kat sini sungguh tenang & yang penting within sejam dari Shah Alam dah boleh lari dari kepanasan kota:)
Haritu macam biasalah, acara makan-makan & potluck. Ada menu nasi lemak, bihun goreng, mee goreng, kueteoy goreng, sandwich & yang paling best adalah ikan bakar, ayam bakar & jagung bakar segar dari ladang (abang ipar aku dari Kuala Selangor bawa seguni untuk dibakar youuu)
Sambil anak-anak mandi sungai, mak bapak sibuk makan, after makan perut kenyang bentang tikar atas tanah tertidur kekenyangan! Then sambung mandi & berendam lagi:)
Aku sukakan sungai di sini, air tidak terlalu laju & yang penting tak dalam sangat so anak-anak memang selamat untuk mandi kat sini
Kami sewa wakaf ni untuk letak segala makanan semua. Harga sewa RM30. Bagi kami berbaloi dah sebab kami pernah pergi mandi-manda di Pangsun berhampiran Sungai Congkak & harga sewa wakaf kat situ RM25 untuk wakaf yang kecil & lagi daif dari yang ini so memang ok sangat-sangat dah ni. Kat sebelah wakaf tu adalah chalet bagi mereka yang ingin bermalam.
kat sini ada banyak pokok so memang nyaman sangat..tapi takderlah berangin macam di tepi Pantai Morib haritu. Cuaca haritu tak panas tak sejuk..Alhamdulillah baby pon tak buat perangai:)
Gigih en suami membakar ayam..kena cropkan gambar tu sebab tak pakai baju..kalau badan ada 6 abs takpe, ni lelemak saje..HAHAHA
Anak-anak aku; Husna, Ashraf & sepupu Aisyah sedang bermain buah kekabu yang jatuh berguguran atas tanah. Kalau di bandar mana nak cari pokok kekabu, usahkan pokok, bantal kekabu pon takde:P
Sesekali lari dari kepanasan kota..memang berbaloi..untung siapa yang tinggal kat sini..En suami, jom kumpul duit beli tanah kat sini, kita buat homestay nak? *berangan yang tak sudah*
Kat sini ada banyak batu tapi air cetek..anak-anak aku tak mandi kat sini, diorang mandi kat kolam buatan. Bagus juga diorang buat kolam dengan batu-batu so anak-anak kecil boleh bermain kat dalam tu sahaja. Kalau anak buah yang dah besar tu pepandai dioranglah merayap berendam kat mana-mana pon sebab dah pandai jaga diri
Kami sewa chalet ni pada harga RM20 sahaja. Sepatutnya harga RM60/malam tapi dek kerana chalet ni masih belum berkemas & kami pon nak sewa sekejap sahaja, tuan chalet suruh bayar RM20 sahaja..Bolehlah jadikan tempat untuk solat, mandi & buang air. Kat depan ni ada toilet tp tutup sebab tengah renovate..huhu
anak-anak dugong tengah berendam..memang jenis hantu air semua ni..tapi anak-anak aku penakutler pula..kalau masuk air badan tak basah, turun sekejap naik, turun naik..bila dah petang baru nak duduk lama dalam air..itupun sebab en suami yang temankan..hihihi mama diorang tak nak turun sebab tak bawa baju..kuikuikui
Memang best Janda Baik ni..Insya Allah boleh datang lagi tapi kali ni nak bermalam pula..Kat sini ada banyak juga homestay & villa resort yang boleh disewa ikut kemampuan:)
Oklah..tata!!
3 ulasan:
x pena sampai sini lg tp memang ramai yg review best kan
Memang best suasana di Janda Baik ni..
Last week kami sekeluarga ke sana jugak.. Kami stay kat chalet ni, best sangat.. Sejuk sangat dan nyaman je rasanya.. :)
http://miaqaisarah.com/2015/10/29/percutian-best-di-tams-chalet-janda-baik/
Cantik homestay tu ~ kemas dan bersih je nampak :)
Kepada sesiapa yg nak bercuti or berkunjung ke Melaka tu..
Jom Terjah: Homestay Muslim Murah di Bandar Hilir Melaka
Catat Ulasan