Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 4 April 2013

Yahoo Makcik Kayooo

Assalamualaikum,

Hari ni tertarik rasa hati nak berkongsikan tentang penipuan internet melalui email. Pada yang tak tahu, ada macam-macam jenis penipuan yang diorang lakukan, contohnya kita ni menang loteri lah, nak ajak kita join venture bisnes ngan diorang lah, nak minta resume suruh kita kerja dengan dioranglah & macam-macam lagi. Pada yang tak tahu, konpem-konpem akan layan kan? kan?

Hari ni terkejut ahkak dapat email dari Puan Rosnah Ahmad. Begini emailnya (aku copy paste kat sini) :-

Assalamu'alaikum

First and foremost i want to use this media to introduce myself to you, I am 
Rosnah Ahmad 42year Old from MALAYSIA  but was born and brought here in 
SCOTLAND ,i am working as a Marine secretary here in British Petroleum Company 
in Offshore Department and my both parents have pass away and before my dad 
died he have make a WILL that he has some money which is in the Financial 
company and because of the way life and hardship over there in his country 
MALAYSIA  ,that he don't like the way things are going on over there in our 
country MALAYSIA  and my late Father have told me that such Amount of money 
should be donated to the Charity Orphanage Home there in our country for them 
to use the money for the caring of the motherless babies and Building of 
Mosques and the Charity Orphanage Home  over there .

This is why i am searching for the real Person that i will have trust because 
i am doing this for the sake of our children suffering please give me your 
heart of trust so that you can handle this amount of money as well on behalf of 
me and use it for the charities Orphanage Home over there and which is the sum 
amount of $3.5million (three million five Hundred Thousand Dollars) should be 
Transfer or by Diplomatic Envoy to you ,because the funds have been with the 
Security company for safety reasons and I am doing this base on trust and 
future understanding by building real home ,please if you really want the 
benefit of our country you must make sure that you donate this money to the 
Orphans,well i have to inform you that you are having 30% of the funds and that 
is for the assignment that you are carrying out. You should know that you are 
doing this for the sake of the Allah SWT,

If you know that you are really serious and interested to help me and yourself 
too either the Children and you know that you can be trusted to handle this 
transaction for the sake of Allah ,please do as i instructed , just reply me 
immediately. hope to hear good news from you soon

Thank you for your Cooperation.
Regards
Rosnah Ahmad
Mobile Phone:+447845052708


Terkejut ahkak dapat email macam ni, selalu dapat yang mat salleh punya je..ni siap mengaku orang Muslim & Malaysian lagi tewww..isy, isy, isy..kalaulah aku ni jenis pentamak haloba terus-terus balas email ni tau tapi NO NO NO..ini salah satu penipuan internet juga so jangan cepat terpedaya tau..

Ni aku siap printscreen lagi email yang aku dapat, siap ada gambar pompuan lagi tu..tak tahulah muka sape yang dia ambil letak sekali dalam email ni;


Ni close up muka pompuan tu..sorrylah ya kalau ada sesiapa yang kenal pompuan ni, tak tahulah ada benarnya ke tak nama pompuan ni Rosnah atau sekadar rekaan semata-mata


Kalau betullah yang dalam gambar ni bukan gambar sebenar Rosnah, kesian pompuan ni yek..gambarnya telah diedar ke email-email orang & secara tak langsung boleh memburukkan maruah pompuan ni..Moral of the story guys, takyahlah nak upload gambar vain ke ape ke dalam laman sosial kerana kita tak tahu siapa yang tengok & akan gunakan gambar kita. Dunia dah canggih, macam-macam jenis penipuan yang boleh diorang buat. Yang sedihnya ramai je kaum Hawa yang tertipu especially cinta cintun melalui internet ni.

Ada one case yang kakak aku cerita, adalah sorang pompuan ni dah masuk middle aged woman pon, dapat email jenis macam niler tapi dari laki mat salleh..konon-konon duduk oversea & dok main berbalas email konon laki ni dah fall in love dengan pompuan ni & nak datang Malaysia tapi takde duit so si pompuan yang dah mabuk cinta ni sanggup keluarkan duit semua dalam bank & masuk dalam akaun mamat ni which is kita tak tahu pon betul ke tak mat salleh ke negro ke apa. Memanglah dia hantar gambar tapi persoalannya boleh percaya ke?? Sebab lepas masuk je duit tu, si jejaka tak kunjung tiba pon, macam-macam alasan yang diberikan..huhuhu Tapi yang sedihnya, pompuan tu macam tak serik-serik, sanggup berhutang bergolok gadai semata-mata nak tolong kekasih "mat salleh"nya..huhuhu sedih..sedih..

So pada kawan-kawan kat luar sana tu, janganlah mudah percayakan email yang macam ni. Actually ada banyak lagi cerita yang diorang boleh reka untuk menarik perhatian kita. Yang penting jangan tamak, cubalah fikir secara logik, dalam dunia yang penuh materialistik & hipokrit ni, jarang sangat ada oarang yang begitu kaya & dermawan nak bagi kita duit juta-juta. Usahkan juta, ratus pon belum tentu tau..Even Pak Jib yang seronok dok bagi duit dekat warga Pos, TM, Petronas pon mengharapkan balasan tau:P HAHAHA

Oklah, tata..errr..tadi check email dapat another email like this pula :

Salam,
 
Saya, NABILA BT ABDULLAH   saya bekerja sebagai Marketing Officer di sebuah syarikat pemprosesan batu mulia di UK.di sini Saya ingin memperkenalkan kepada encik peluang perniagaan yang besar kenuntungannya,saya memerlukan bantuan encik dan kerjasama encik untuk memajukan perniagaan ini.saya  menghubungi encik kerana saya tidak ingin kehilangan rakan kongsi saya di dalam perniagaan ini.saya tahu bahawa saya dan encik akan mendapatkan feadah yang baik daripada perniagaan ini di masa akan datang. Sekarang saya hanya ingin encik menjadi pembekal (agent) kepada syarikat saya bekerja  dan encik boleh mendapat keuntungan daripada peluang perniagaan ini . Syarikat saya memerlukan sebuah produk yang disebut ( KALCIUM NAPHTALIN LUBRICATE ). Para KALCIUM NAPHTALIN LUBRICATE  adalah cecair kimia saintifik bar substansi, sejenis pelincir, terutama digunakan di makmal untuk gemological
pemurnian merawat atau menerangkan,memasuki ke dalam berlian dan mengewap keluar kotoran di dalam berlian dan batu-batu berharga sepertinya.
Pembekal asal produk ini adalah di (Malaysia) sehingga lah pembekal produk langsung syarikat KAMI INI mengalami kemalangan di sini {uk} ,dia adalah pengurus pemasaran dan sejak dia kemalangan monopoli ini telah tergendala.saya hanya ingin encik menjadi agen di antara penjual dan pembeli .Ini adalah perniagaan besar untuk saya dan encik dan akan mendapat keuntungan besar.saya hanya memerlukan kerjasama untuk menjadikan perniagaan ini berjaya.Saya akan memberi anda maklumat lebih lanjut tentang hal ini jika anda bersedia untuk menjadi sebagai agen untuk membekalkan produk ke syarikat kami.
Pertama, saya akan perkenalkan anda pembekal (agent)kepada syarikat saya nanti. Mengikut peratusan, awalnya harga beli yang sebenarnya produk tersebut oleh syarikat per Carton adalah 4,000.00 USD, sedangkan di (Malaysia) harga jual tempatan adalah 2,100.00 USD  dan  syarikat saya memerlukan tidak kurang daripada 200 Cartons.
 saya ingin encik menjadi agen link kami yang menghubungkan penjual tempatan di Malaysia secaralangsung kepada syarikat membeli maka margin keuntungan akan digunakan bersama  berdua 50% untuk encik, sementara 50% kepada saya.sekiranya encik dapat membantu saya   mengurus perniagaan jual beli produk ini saya amat berterimakasih.kemudian saya akan membincangkan pekara ini bersama pengurus syarikat saya. saya yakin dan percaya encik boleh menyediakan produk ini kepada syarikat.di sini juga saya memfailkan butiran dari segi harga  dan cara bayaran  maka kita boleh mengambil daripada permulaan perniagaan ini. encik saya mengharap agar encik dapat membalas email saya ini secepat mungkin, agar saya dapat mengemailkan number telephone penjual di malaysia gar encik dapat menghubungi penjual untuk bertanya sama ada penjual tersebut masih mempunyai stock untuk di bekalkan kepada encik.sebelum syarikat kami akan menghantar pengurus pembelian pergi ke Malaysia untuk membeli produk dari encik secara tunai.Terima kasih atas kerjasama encik,saya mengharap dan menunggu balasan email daripada encik.
Wassalam,
NABILA

Owh pleaselah weh..tak habis-habis korang nak menipu ya??

3 ulasan:

Cho Zila berkata...

akakpun kesian kat pompuantu kalau bukan dia.. akak rasa tipu belaka sebabnyer takkanler umur 42 tapi muka memang nampak muda sesangat... terlampau tak patut...
kalau akakler memang tak amek port langsung email gini.. menyemakjerkan... .. sejak guna gmailni kurang sikit email semak gini dulu masa yahoo selalu...

Nurhayati berkata...

bila teknologi makin canggih
makin hebat jua penipuan berlaku
harap kita xterpedaya
dgn tipu helah skang

MamaTiaMia berkata...

salam Zaila:) hmm memang rajin betul dia oarng buat macam ni..kadang2 macam2 cerita kan;(

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^