Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 1 April 2013

Berkelah Di Tepian Pantai Morib

Assalamualaikum,

Hari ni lewat sikit baru dapat update blog, biaserlah Monday Blues kekdahnya:P

Sabtu yang lepas baru berpeluang bawa budak-budak ni bercuti sempena cuti sekolah. Walaupun pergi dekat-dekat aje tapi yang penting anak-anak happy:) Macam biasalah, hari Sabtu tu kami mulakan percutian dengan pergi berkelah di Pantai Morib. Aku ajak adik ipar aku untuk join sekali & kebetulan abang ipar yang duduk Kuala Selangor pon nak join juga. Pagi tu aku buat nasi kerabu & adik ipar aku bawa ayam untuk bbq.

Kami sampai dalam pukul 11 pagi di Pantai Morib. Alhamdulillah cuaca takderlah panas sangat, yang bestnya angin memang kuat so tak berpeluh sangat walaupun matahari atas kepala. Kami pilih area bawah pokok, siap bawa tikar lagi. Anak-anaklah yang paling happy, sudahler kat situ ada banyak monyet, macam duduk kat Zoo pon ada:P HAHAHA

Tapi kat Pantai Morib ni tak sesuai untuk mandi-manda sebab masa aku datang ni air tengah surut so yang ada lumpur je, kalau nak sentuh air jauh nuuuuun kena berjalan so idokler teman nak berjalan tengah panas tu, kang makin melegam plak tuan hambe ni:P


Tengok muka Husna tu, sukanya diyeeeeee


ni tukang bakar, ada ikan, sotong & ayam!

gambar ni kakak ipar aku yang ambil & tag dalam facebook..Nasib baik mood baby Azzam ok haritu, mungkin sebab angin sepoi-sepoi bahasa..syoknye dia tidur


Sepupu kesukaan anak-anak aku; Fawwaz pon ada walaupun haritu kena demam selsema tapi makan tetap laayaaaannnnn


ada mak datin (kakak ipar akuler tew) tengah posing pegang jagung bakar..Ashraf cakap "tedaaappppp"


ada baby kena buang ke ni? HAHAHA


inilah monyet yang menjadi penghibur kami haritu. Pantang baling bagi makanan semua dia makan. Pandai memilih makanan plak tu. Nampak tak orang tengah baring kat bawah pokok tu? Yang tu sekawan Mat Pakistan (kot) duduk berkelah siap bawak bantal, bakar kebab & minum teh dalam teko yang dipanaskan atas api lagi..memang rileks betul!!


Rumah tu dari kejauhan nampak macam cantik tapi sebenarnya rumah tu terbengkalai & nampak macam menakutkan je. Sayang sebab tak terurus.

Kat tepi pantai ni memang ada banyak disediakan wakaf kayu (macam dalam gambar tu) tapi sayang sebab tak terurus & kotor. Ramai juga famili datang berkelah haritu, ada juga couple budak-budak muda yang duduk lepak-lepak bawah wakaf tu tapi tak lama sebab ada je famili yang lalu-lalang perhatikan mereka..HAHAHA

Kat sini ada juga gerai-gerai makan jual makanan laut. Terliur tengok kerang bakar yang besar-besar tapi aku takde beli pon. Pastu ada juga tempat mainan kanak-kanak, orang jual layang-layang & ada juga go-kart untuk budak-budak. Kalau petang mungkin suasana happening sikit.

Sesekali bawa anak-anak berkelah di sini best juga. Oklah, nanti sambung cerita Gold Coast pula ya..tataaaa

2 ulasan:

Eliss berkata...

lamanya tak pergi berkelah..

Tanpa Nama berkata...

salam perkenalan zaila...been reading your blog, interesting! this picnic looks really good, teringat zaman akak tinggal kat malaysia dulu...especially masa kecik...almost every weekend pegi picnic kat beach, akak grew up in penang! kat england bila picnic asyik menggigil je...musim panas pun air laut sejuk jugak, tak best! i have 4 children too, just like you...memang sibuk sentiasa kan...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^