Kat bawah ni aku kongsikan video anak sulung aku Amirul Haziq membacakan surah al-Balad (Juzu' 30). Alhamdulillah bulan ni Haziq dah start baca surah Al-Ghashiya dah:) Tinggal 11 surah lagi sebelum Haziq khatam muqaddam & pindah baca Al-Quran. Antara misi aku sebagai seorang ibu adalah untuk pastikan Haziq khatam muqaddam tahun ini. Insya Allah, moga Allah lapangkan dada & hati Haziq..
Alhamdulillah berkat hantar Haziq 2 tahun ke Genius Aulad sangat-sangat membantu Haziq mengenal huruf & cepat membaca surah. Kalau dulu GA menggunakan kaedah Iqra' tapi sekarang sudah bertukar kepada kaedah Al-Badar. Bagi pendapat aku, kaedah Al-Badar ni lebih ringkas & tak banyak perkatan yang diulang-ulang. Mungkin cara ini lebih cepat berbanding kaedah Iqra yang ada 6 buku untuk dihabiskan kesemuanya.
Sekarang ni giliran Husna pula yang belajar guna kaedah Al-Badar. So far ada nampak peningkatan.
Actually bila anak sudah "mengenal" huruf & baris, senanglah sikit untuk kita mengajarnya. Macam Haziq, bila baca surah baru, dia akan lebih banyak mendengar bacaan aku dahulu kemudian lama-kelamaan dia akan dapat membaca sendiri & bila dah lancar aku akan ajar pula surah yang baru. Selalunya akan ambil masa sebulan atau lebih bergantung kepada panjang surah. Kalau surah pendek, mungkin sekejap tapi kalau surah panjang lama juga makan masa.
Pada ibu-bapa di luar sana yang ingin mengajar anak mereka cara cepat baca Al-Quran & tajwid, aku rekemenkan juga E-Iqra terbitan Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). Ada 3 CD & buku yang penuh dengan animasi yang menarik & senang untuk difahami oleh anak-anak. Aku juga ajar Husna dengan buku E-Iqra ni di rumah. Walaupun di sekolah Husna belajar kaedah lain, tapi tidak mendatangkan masalah sebab asasnya sama sahaja iaitu untuk mengajar anak supaya lebih cepat mengenal & membaca Al-Quran.
Pada yang berminat, boleh dapatkan E-Iqra daripada aku dengan harga RM210 sahaja. Sms/whatsapp ke 012-3228651 untuk order.
Pada yang tak mampu untuk menghantar anak ke Genius Aulad atau mana-mana tadika islamik yang lain, bolehlah ajar sendiri anak-anak dengan menggunakan kaedah ini. Memang senang sangat, boleh ajar melalui buku atau pasang sahaja CD di komputer & biarkan anak-anak kita mendengar & mengikuti bacaan di situ. Selain dari dapat membaca, kita juga berpeluang belajar hukum-hukum tajwid sekali:)
Pada yang berminat, jangan lupa untuk dapatkannya sekarang! Pelaburan RM210 yang berbaloi-baloi..
Whatsapp / sms 012-3228651 sekarang!
1 ulasan:
Sekarang ni ada pen elektronik yang boleh bantu kita belajar iqra..
Kanak2 dan dewasa pun sesuai...
http://www.muslimchoices.com/?p=pen_pintar_my_iman
Catat Ulasan