Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Rabu, 5 Jun 2013

Diari WAHM, SAHM, SOHO : Bina Asas Blog / Fanpage


Teks : Zaila Mohamad
Imej : Google

Assalamualaikum,

Ramai sebenarnya kaum Hawa di luar sana yang bekerja makan gaji tapi masih tercari-cari pendapatan sampingan untuk dijadikan sebagai duit poket untuk sendiri mahupun sebagai "bantuan kecemasan" setiap bulan. Perkara ini telah aku alaminya beberapa tahun yang lepas sebelum aku nekad untuk berhenti kerja. Dorongan berhenti kerja bukan kerana masa itu aku kecewa dengan gaji mahupun tertekan dengan persekitaran kerja, tetapi kerana desakan hati untuk melihat anak-anak membesar di depan mata begitu kuat sehinggakan aku mengambil keputusan untuk menghantar surat perletakan jawatan secara tiba-tiba.

Buat kaum Hawa yang ingin mengikut jejak langkah aku, sila-silakan:) Tapi dengan syarat kita jangan berhenti bekerja tapi mulakan kerja dari rumah. Kita sebagai bos sendiri yang menentukan masa untuk mula bekerja & masa untuk berhenti bekerja. Insya Allah, dengan sedikit kesungguhan & diikuti dengan doa, Allah akan beri yang lebih baik dari sebelum ini.

Tapi sebelum itu, aku nasihatkan supaya bina dulu asas / tapak kita untuk bekerja dari rumah. Macam kes aku ni, Alhamdulillah setelah hampir 5 tahun membina blog & fanpage facebook, akhirnya membuahkan hasil. Tiada yang lebih menggembirakan apabila dapat melihat anak-anak membesar di depan mata tapi pada masa yang sama boleh melakukan perkara yang kita suka iaitu berniaga. Ramai yang salah faham kalau berniaga perlukan modal yang besar, premis, stok yang banyak & sebagainya. Sebenarnya ada banyak cara yang membolehkan kita berniaga tanpa memerlukan modal walau sesen dan tidak perlu keluar dari rumah untuk melakukan penghantaran. Inilah yang dinamakan konsep "dropship".

Sebagai langkah permulaan, ada baiknya dimulakan dengan membina sebuah blog asas dahulu dan sebuah fanpage di facebook. Pada yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah mendapatkan e-book "Belajar Asas Blog" untuk mengetahui segalanya tentang asas membina blog. Boleh dapatkan dari aku dengan harga kasih sayang iaitu pada harga RM50 sahaja. Pada yang ingin mengikuti kelas Asas Blog & Fanpage pun boleh hubungi aku di zailamohamad@yahoo.com atau sms/whats app ke 012-3228651. Insya Allah aku akan bantu tunjukkan caranya.

Salam kasih sayang, bye!

1 ulasan:

sayahero berkata...

suka baca saranan akak kukuhkan tapak untuk bekerja dari rumah..saya jugak impikan jadi wahm tak lama lagi

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^