gambar sarapan pagi merangkap tengahari kami anak-beranak hari ini
Salam hari Jumaat! Best kan sekejap sahaja masa dah seminggu dah berlalu. Esok en suami dah balik :) Kalau dulu berpisah sehari dua rasa macam setahun! Tapi sekarang dah biasa, tambah-tambah pula aku sekarang ralit mengajar anak-anak didik aku kelas asas blog & fanpage melalui talian, tak sedar pun masa berlalu:))
Ok, selalunya aku setiap hari memang akan memasak, al maklumler dah itu pon tugas sebagai seorang surirumah merangkap chef keluarga. Anak-anak aku jenis suka makan makanan yang berkuah seperti nasi air, kue teow sup, spagethi & masak lemak. Nak senang aku masak dalam kuantiti yang banyak supaya dapat makan dari pagi sampai ke petang. Hari ni giliran nasi air versi simple pula, hari Rabu lepas pon nasi air cuma yang tu dengan sup ayam. Ni versi simple & cepat!!
Bahan-Bahan :
- Beras (aku masak 2 cawan je untuk kami anak beranak)
- Ikan bilis Jepun yang dah digoreng
- Isi ayam yang direbus
- Kicap manis
- Air lada (stok sambal cili yang sentiasa ada dalam peti ais; blend cili merah, gula, garam & cuka)
Cara nak masak :
- Masak beras dengan air yang banyak, boleh guna air rebusan isi ayam tu / nak cepat masukkan kiub pati ayam
- Agak-agak nasi lembik & biar berair sikit, taburkan ikan bilis & kicap
- Perghhh makan sampai bertambah-tambah! Nak-nak kalau ada telur masin..adusssss sedap terlajokweh (bagi akulah)
Ashraf kalau buat nasi air laju jugalah makan, kalau nasi dengan lauk memang memilih sikit, asal nampak merah je dia cakap "edashh" padahal tak pedas pon..
Oklah, rasa macam nak g makan lagi lah..HAHA bye!
5 ulasan:
Has pun kdg2 buat bubur ns utk mkn mlm.
Kalau yg ini, tiap ari offer pun K.Sham x menolak..
sarapan pagi aku lagi senang.
buh cereal dalam mangkuk tuang susu hahaha
semua makan :)
LadyHas,
Zaila ni memang suka bubur nasi..makan pagi tengahari sampai malam pon takpe:)
Kak Sham,
haaa balik Malaysia singgahlah rumah ni kita pekena bubur nasi:)
Yati,
anak-anak aku perut melayu spesis tak makan cerealss..huhuhu
Bg resepi hok betul sikit 2 cwn beras
Brp byk air....hehe nk refer....
Catat Ulasan