Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 13 Jun 2013

Diari WAHM, SAHM, SOHO : Bina Blog Asas Sebelum Berhenti Kerja


Assalamualaikum semua,

Buku di atas tu merupakan pemberian dari Kak Masayu Ahmad (Penulis buku & pemilik blog Panduan Bekerja Di Rumah WAHM SAHM SOHO). Masa tu aku masih lagi bekerja iaitu pada tahun 2010. Kebetulan masa tu Pn. Masayu sedang melakukan promosi buku ini, cepat-cepat aku masuk peraduan & letak link di blog aku supaya dapat buku ni secara percuma:P

Tak ku sangka buku ni banyak merubah pemikiran aku tentang konsep bekerja di rumah. Kalau dulu aku ingatkan duduk rumah sekadar jaga anak-anak sahaja tapi rupa-rupanya bukan! Zaman sekarang ni, rupa-rupanya macam-macam boleh buat tanpa perlu keluar dari rumah pun..

Alhamdulillah, sebelum dapat buku Jana RM Dari Rumah ni pon aku dah memang start berniaga kecil-kecilan dengan menggunakan blog. Aku start berblog dari tahun 2009 lagi, masa tu hanya ikut trend semata-mata. Terikut-ikut dengan kawan-kawan, konon sebagai diari online tapi rupa-rupanya bukan semua orang suka baca..hehe Kemudian aku start berniaga dengan menggunakan blog sebagai tapak permulaan. Alhamdulillah tak sangka ada ramai juga pelanggan yang membeli barangan yang aku jual. Masa tu aku berniaga kain ela, tudung & jus penawar herba. Malah, sampai sekarang masih ada lagi yang bertanyakan jus penawar herba tu (tapi aku dah malas nak jual).

Kemudian timbul pula fenomena facebook, Mudah, forum & macam-macam lagi. Semua tu aku pernah cuba & memang berhasil. Alhamdulillah masa tu aku masih dapat mengimbangkan antara kerjaya, berniaga & pada hujung minggu pula menyertai jualan di flea market seperti di Subang Parade. Terima kasih banyak-banyak pada en suami yang banyak membantu memberikan sokongan baik dari segi kewangan mahupun moral support. Apabila sudah beranak 3, aku dah tak ikut berjualan di bazar-bazar tetapi lebih kepada jualan secara borong pula. Pendek kata rezeki memang sentiasa ada dari hasil jualan sampai en suami pernah cakap dia suka aku berniaga kerana setiap bulan ada duit "kecemasan" sekiranya perbelanjaan kami terlebih pada bulan tersebut.

Tahun lepas aku memberanikan diri meletak jawatan. Masa tu tak ada perancangan langsung apa yang akan aku buat untuk mencari duit sampingan. Yang aku tahu, aku hanya nak menumpukan perhatian & menjaga anak-anak aku dengan sepenuhnya. Alhamdulillah, percaturan Allah sungguh sempurna sekali di mana Pn. Masayu mendekati aku di dalam facebook & beliau banyak memberikan aku sumber inspirasi untuk terus kembali berniaga secara online. Sedikit pun beliau tak pernah jemu memberikan input & motivasi kepada aku. Beliau memperkenalkan aku kepada kelompok ibu-ibu yang bekerja dari rumah & kami saling membantu & berkongsi maklumat tentang pengalaman masing-masing. Jemput like fanpage kami di sini :
(Wahm, Sahm, Soho).

Alhamdulillah berkat tunjuk ajar beliau, aku kini sudah mampu menghasilkan protege-protege yang berjaya membina blog (sama ada untuk penulisan harian / perniagaan). Jemput like fanpage pertama protege aku yang berjaya menyiapkan fanpage hanya dalam masa sehari sahaja (kedaionlinecikroki) dan boleh baca coretan hidup beliau di blog peribadi Cik Roki di sini (Hidup Ceria Dan Bermakna). Manakala ada 2 orang lagi protege yang masih dalam peringkat menyiapkan blog & fanpage. Insya Allah semoga semakin ramai yang akan mengikut jejak langkah aku nanti:)

Pada yang berminat untuk mengetahui kelas yang aku jalankan, boleh PM aku di zailamohamad@yahoo.com atau add aku di facebook/Zaila Mohamad atau whats app di 012-3228651.
Kalau tak mulakan langkah dari sekarang, sampai bila kita tak akan tahu potensi yang ada dalam diri masing-masing. Pada mereka yang sentiasa dalam dilema gaji bulanan tak cukup makan, anak-anak tak terjaga, benci dengan kesesakan lalu-lintas, bosan dengan persekitaran kerja yang sama, aku cadangkan supaya berjinak-jinak membina blog / fanpage perniagaan sebagai asas sebelum kita berhenti kerja.

Insya Allah aku akan berkongsi dengan lebih banyak lagi tentang panduan membina blog & bagaimana nak mulakan perniagaan tanpa mengeluarkan modal.

Hingga bertemu lagi:)


Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^