Thursday, July 11, 2013

Ikea Sale Datang Lagi, Jom Hias Rumah Sempena Raya!

Assalamualaikum,

Geramnya bila dapat tahu yang Ikea buat sale sekarang ni..Aduiiiiii..Sebenarnya dah lama start, dari 4hb Julai 2013 hingga 24hb ni, macamanalah aku boleh tak perasan ada sale..hihi Agaknya sibuk sangat diriku ini sampai tiada masa nak masuk website Ikea cuci-cuci mata *padahal duit takde tu pasal takde mood nak shopping* hihihi Eh bukan takde tapi sayang nak guna *tak nak kalah juga tu*

Ok, takpelah kalau tak dapat pergi pun, kita layankan juga angan-angan nak hias rumah sempena Aidilfitri nanti. Antara barangan yang menarik perhatian aku adalah :

ERIKSLUND picture RM29.90 RM49.90
NORDEN Extendable table RM829 1,229
ODDA bed frame with storage single frame RM729 929
NARHET champagne glass RM5.90 RM12.90
UNGDOM mug RM14.90/4pcs
BESEBO shelving unit RM199 RM299
HEMNES bookcase RM450 RM659
KAJSAMIA pair of curtains RM69 RM109

Actually ada banyak lagi tapi takderlah semua aku berminat nak beli..eh silap! lebih kepada berangan nak beli..Tahun ni nampaknya raya dengan yang mana ada aje, syukur Alhamdulillah..

Pada yang berminat untuk ke Ikea, boleh search dalam website dulu, jangan terus terjah pergi..karang barang habis, sudahler bulan puasa, Ikea ni kalau sale faham-faham jelah macamana..So beringat sebelum diri bertukar menjadi nagee..hihihi

Salam kasih sayang!

1 comment:

kambaimo kam bai mo said...

ohhh cant wait to hit ikea! tumpang lalu :) cantik blog.

www.kambaimo.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015