Amboi...bila cakap nak duit raya percuma cepat-cepat aje korang klik yaaaa??? Hihihihi
Sebenarnya ni haaaa Nuffnang sekarang tengah berbaik hati memberikan blog aku duit raya. Alhamdulillah, dua lagi Buffered earning (BE) berlari-larian (running) di dalam blog ini. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..Memanglah betul kata ustaz, Ramadhan adalah bulan rahmat, bulan Allah turunkan nikmat-nikmat Allah; tidak kiralah dalam apa jua bentuk sekalipun.
gambar ihsan google (Surah Ar-Rahman ayat 51)
Terima kasih buat Nuffnang; FORD & KL SOGO Raya 2013 yang telah memilih blog aku sebagai tempat untuk menyiarkan iklan mereka. Alhamdulillah..Moga dapatlah tambah duit raya nanti.
Alhamdulillah juga sejak Ramadhan tiba, tak putus-putus rezeki lain masuk. Tempahan kerepek juga menerima sambutan yang luar biasa. Makin banyak tempahan makin buat aku berdebar-debar. Mohon pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan. Di sini aku ingin mengucapkan terima kasih buat ejen-ejen kerepek yang banyak membantu aku dalam mengambil tempahan. Hebatnya bekerja dari rumah. Hanya berhubung melalui email, facebook & whats app sahaja. Tapi ada juga yang aku berkunjung ke rumah mereka. Terima kasih kerana sudi bekerja untuk aku :) Insya Allah, kita doakan moga Allah permudahkan segalanya. Hampir mencecah 300 kg tempahan, hati aku semakin berdebar-debar..Ya Allah, moga dipermudahkan segala urusan. Amin..
Di bawah ini adalah kisah seorang ibu yang bekerja dari rumah yang banyak memberikan sumber inspirasi & aspirasi kepada aku juga :
"Saya bersyukur dapat menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa dan juga bekerja di rumah sepenuh masa. Alhamdulillah dapat juga membantu suami sedikit sebanyak walaupun dia tidak pernah minta dibantu. Bidang yang dulunya saya benci tapi kini ia menjadi sumber pendapatan dan sesuatu yang saya suka buat dan saya sayang bisnes saya ni. Kini saya adalah imej mak saya suatu masa dulu. Bekerja dari rumah supaya dapat sentiasa bersama anak-anak, melihat mereka membesar di depan mata tanpa terlepas satu detik pun. Masa adalah sesuatu yang sangat bernilai. Mungkin ada ibu-ibu yang sibuk bekerja dan tanpa sedar anak-anak sudah bekerja dan berdikari dan mungkin berasa ralat kerana masa lebih banyak terluang di pejabat dari bersama keluarga tercinta. Kalau difikir masa sehari 24 jam, berapa jam yang terluang bersama anak-anak? Biasanya orang bekerja keluar seawal jam 6.30 pagi, ditambah kesesakan jalanraya, akhirnya pulang ke rumah jam 7 malam. Mungkin tidur jam 10 malam. Maka cuma ada 3 jam untuk diluang bersama keluarga.
Saya yakin ramai ibu yang bekerja di luar sana ingin menjadi ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa and bekerja dari rumah. Saya rasa kebanyakan kita mampu lakukan cuma setiap mereka perlu kenalpasti kekuatan masing-masing, contohnya ada yang pandai menjahit, memasak, membuat gubahan dan sebagainya. Itu semua boleh dijadikan punca pendapatan dari rumah. Sekarang bukan zaman mak saya lagi yang cuma pasarkan kuih dia di kedai-kedai kopi. Zaman sekarang zaman gajet dan internet. Semua itu boleh dijadikan alat pemasaran. Ibu-ibu semua boleh gunakan pemasaran yang ditawarkan percuma seperti email, FB, Blog dan ruang iklan percuma seperti Mudah.my.
Saya suka melihat perempuan Melayu berjaya dalam bisnes. Untuk itu saya sentiasa menyokong apa-apa bisnes yang diceburi oleh wanita melayu terutama yang bergelar isteri dan ibu. Untuk itu saya juga membuka bisnes saya untuk dikongsi oleh orang lain. Contohnya saya ada program affiliate di website saya yang memberi komisyen atas setiap pembelian pelanggan. Affiliate cuma perlu promosi produk-produk dari website saya melalui apa-apa strategi contohnya FB, Blog, Youtube dan sebagainya.
Kemudian saya juga menawarkan khidmat pada Dropshipper dan Reseller. Kebanyakan mereka juga ada bisnes sendiri jadi daripada menjadi pesaing, ada baiknya bekerjasama supaya tiada lagi hasad dengki di kalangan orang melayu. Ini juga salah satu sumbangan saya pada sesiapa yang berminat untuk buat pendapatan tambahan dari rumah tanpa perlu modal. Droshipper dan Reseller yang bekerjasama dengan saya bukan sahaja terdiri dari ibu-ibu tetapi ada juga bapa-bapa.
Bekerja di rumah ada cabaran tersendiri
Bekerja di rumah tidaklah semudah yang disangka. Ada cabaran tersendiri kerana perlu menguruskan rumah, suami dan anak-anak serta dalam masa yang sama perlu uruskan bisnes. Perlu bijak mengatur masa. Kalau ada yang berniat berhenti kerja untuk bisnes dari rumah maka perlu perancangan awal serta pastikan jumlah pendapatan yang diperlukan setiap bulan supaya semua bil bulanan terbayar. Juga perlu tentukan jumlah modal awal. Paling penting adalah usaha yang berterusan dan yakin dengan bisnes yang anda ceburi. Insyallah di permudahkan Allah.
Ada banyak lagi kisah wanita hebat yang bekerja dari rumah di dalam pakej ini :
Dapatkan harga kasih sayang dari aku iaitu hanya RM100 sahaja. Boleh tempah melalui
Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms / whats app : 012-3228651
Facebook : https://www.facebook.com/zaila.mohamad
Nota : Walaupun bayaran dari Nuffnang untuk setiap iklan kadang-kadang hanya sebanyak RM0.25 sehingga RMXX.00 tapi aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya ada juga rezeki yang masuk. Walaupun ambil masa berbulan untuk kumpul RM50 tapi Alhamdulillah sekurang-kurangnya ada juga dari tiada.
Bagi sesiapa yang berminat untuk memulakan langkah pertama berniaga melalui online, boleh mendaftar di dalam kelas kelolaan aku untuk bulan Julai iaitu kelas asas blog & fanpage sekarang. Di mana aku akan memberikan langkah demi langkah untuk memulakan sesuatu perniagaan melalui kaedah blog dan fanpage.
Salam kasih sayang & selamat berpuasa :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan