Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Khamis, 29 Ogos 2013

Tips Bagi Mereka Yang Ingin Membuat Majlis Makan-Makan Sendiri Tanpa Gunakan Khidmat Katering

Assalamualaikum,

Masih lagi cerita tentang rumah terbuka. Maklumlah raya kan sebulan, kalau di sini (Shah Alam & Kuala Lumpur), sampai tengah malam pun ada yang akan bertandang. Sungguh berbeza dengan budaya kami di Kelantan yang hanya menyambut raya Aidilfitri pada hari raya pertama dan kedua sahaja.

Tapi bukan tak elok tau, bagus juga sebab musim inilah kita nak saling kunjung mengunjungi. Bulan inilah biskut raya akan sentiasa terhidang di atas meja (errr tapi bukan rumah aku ya, rumah aku takde biskut raya tapi ada kerepek raya..ngeeee). Kalau bulan inilah tuan rumah tak akan marah kalau tetamu nak bertandang ke rumah. Insya Allah, tetamu datang rumah kan bawa berkat jadinya kenalah bersyukur tau;)

Oklah, ada  ramai juga kawan-kawan yang bertanya macamana caranya untuk mengadakan majlis makan-makan tanpa menggunakan khidmat tempahan catering. Ada orang memang puas hati kalau masak sendiri dan ada juga lebih suka tempah dengan katering kerana senang & tidak memenatkan. Aku ni tergolong dalam golongan yang suka sediakan sendiri semua menu, jadinya di sini aku kongsikan beberapa tips yang selalunya aku buat sebelum & selepas majlis.

1) Selalunya idea nak buat rumah terbuka datang secara spontan. Kadang-kadang mula-mula tu hanya ada seorang dua kawan yang mahu bertandang ke rumah tapi selepas itu bila difikirkan kembali, baik masak lebih sedikit dan ajak kawan-kawan yang lain. Jadinya aku akan menghantar whats app jemputan beraya kepada no telefon kawan-kawan. Pastikan kita tanya samaada mereka boleh hadir atau tidak..hihihi Kawan aku cakap dah gaya hotel aje nak kena balas jemputan tapi dengan buat macam ni sekurang-kurangnya kita sudah boleh bersedia untuk membuat kiraan berapa bahan mentah yang perlu dibeli. Kalau terlebih congak tak apa, jangan terkurang!

2) Kalau dulu masa bekerja aku akan pastikan tarikh yang dipilih pada hari Sabtu jadinya Jumaat aku akan ambil cuti atau kalau buat hari Ahad, Isnin aku akan ambil cuti. Bukan apa, penat juga untuk kemas segala sampah sarap yang terhasil..hihi Oh! Kalau boleh carilah bantuan bibik eh! bukan..carilah pembantu seperti kaum keluarga terdekat supaya nanti kita tidak kelam kabut untuk menyiapkan semua benda. Selalunya sehari sebelum tu aku akan upah acik cleaner datang bersihkan rumah dahulu. Kemudian en suami pula ditugaskan membeli barangan (kena buat senarai siap-siap) dan bila adik-adik ipar datang, silalah bagi senarai tugasan yang perlu dibuat..HAHAHA kejam tak? kejam tak? :P

3) Selalunya bergantung kepada menu apa yang ingin dihidangkan. Malam tu aku akan siapkan sebahagian lauk-pauk yang senang untuk dibuat. Contohnya kalau laksam tu bolehlah buat kuah dahulu pada malam harinya kerana esok tinggal nak panaskan sahaja. Tahun ini aku beli laksam & laksa yang telah siap dijual di Pasar Borong Selangor (errr sebenarnya adik ipar aku yang tolong belikan) hihihi Kalau buat menu nasi berlauk pun, kalau boleh siapkan dulu sebahagian lauk-lauk yang senang. Oh! Malam tu juga aku perapkan ayam dengan rempah ratus untuk dijadikan ayam berempah.

4) Pastikan bekas-bekas yang nak digunakan untuk menghidang lauk-pauk kepada tetamu telah siap dibasuh. Selalunya bekas-bekas ini aku aku bungkus dalam plastik hitam dan bila nak pakai hanya keluarkan sahaja, tak payah nak basuh lagi kerana ianya sudah bebas dari kotoran dan debu. Tapi kalau pinggan mangkuk dalam kabinet kenalah basuh balik kerana ada banyak lipas dalam tu..huhuhu

5) Waktu pagi tu kenalah siapkan apa-apa yang patut seperti sediakan tempat untuk meletak makanan, goreng ayam, susun meja dan kerusi & kena siapkan sejam sebelum tetamu tiba. Tapi kes aku ni dalam jemputan tulis pukul 2 petang tapi dalam pukul 11 pagi dah ada yang datang :) Kelam kabut nak bersiap..hihi Takpelah, bukan selalu orang datang rumah kita tak mandi lagi:P LOL

6) Sebelum majlis bermula pastikan juga segala pinggan, cawan, sudu, garfu dan plastik sampah mencukupi. Hihihi Haritu en suami terbeli plastik sampah yang kecil lepas tu kelam kabut dia pergi kedai beli yang lain..Herm, memang macam tulah perangai suami aku..huhuhu Suka sangat singgah tabur duit di Econsave tu :P

7) Kalau nak tambah menu contohnya kuih-muih ke, kek ke, pastikan kita tempah dengan mereka yang boleh membuat penghantaran terus ke rumah. Bukan apa, pernah terjadi pada aku pada hari kejadian kelam kabut nak ke rumah tukang buat kek sebab nak ambil kek, agak memenatkan di situ. Jadi, ada baiknya kita bayar mahal sedikit tapi kita dah tak payah nak keluar, start enjin kereta dan pergi mengambil tempahan di rumah si pembuat!

8) Semasa majlis berlangsung memang kena selalu tengok apa yang ada, apa yang perlu ditambah, pendek kata memang tak sempatlah tuan rumah nak berborak panjang. Memang kasihan dengan tetamu tapi nak buat macamana, apa-apa kelemahan yang datang dai tuan rumah harus di abaikan. Hihihi

9) Sentiasa bersiap sedia dengan "back up plan" sekiranya berlaku pertambahan tetamu tanpa diduga, selalunya aku akan beli sesuatu yang senang untuk disediakan dalam masa yang cepat. Contohnya mee goreng atau spaghetti segera:) Kalau untuk kanak-kanak pula boleh sediakan nugget atau kepak ayam buat mereka:)

10) Apabila majlis sudah tamat, memang memenatkan jadi segarakan mengemas apa yang patut dahulu. Selalunya aku akan mengemas dan membasuh bekas-bekas yang digunakan sedikit demi sedikit, maklumlah kena jaga seisi rumah jadinya kena pandai curi-curi masa setelkan apa yang perlu di selesaikan dahulu.

Oklah, itu sahaja agaknya tips-tips yang boleh dikongsikan. Pada yang bertanya macamana nak congak makanan berdasarkan tetamu, aku guna pakai tips ini ; mula-mula tu masak nasi untuk seperiuk elektrik (dalam 8 cawan) kemudian apabila nasi sudah separuh, kalau masih tengahari tambah lagi masak nasi dalam kuantiti yang sama, lepas itu kalau sudah melepasi pukul 4 petang, sekiranya nasi sudah tinggal sedikit, masak lagi cuma kurangkan kuantitinya kerana bila menganjak malam, tetamu akan mula berkurangan dan mereka pun rata-rata sudah ramai yang kekenyangan juga:)

Jom layan gambar-gambar yang sempat aku ambil masa awal-awal majlis. Niat dihati konon nak bergambar dengan semua tetamu yang datang terkubur begitu sahaja memandangkan aku yang suka buat-buat sibuk..Hihihi Lagipun badan dah GEMS (singakatan gemuk) lagi membuatkan diri ini tak suka bergambar:P


Inilah dia tetamu terhormat yang mula-mula mencemar duli, Pn Rokiah & juga kak Ann yang merupakan protege kelas asas blog & fanpage aku. Dari jauh mereka datang dihidangkan dengan nasi kerabu dan laksam, semoga kenyang hendaknya!


Ini pula kawan-kawan di zaman matrikulasi dahulu (tahun 2000) iaitu di KTT, Dungun. Lama betul tak jumpa, masing-masing sudah beristeri dah!


Ini pun sama, presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KTT Dungun & isterinya Dr. Murni yang merupakan teman sebilik aku di sana. Alhamdulillah percintaan di alam pengajian matrikulasi membawa kepada alam perkahwinan. Malas nak cerita lebih-lebih, nanti #laritutupmuka pula kawan aku ni :P

Selepas itu menyusul datang kawan-kawan sepejabat en suami. Dari pagi sampai ke petang ada tetamu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih buat tetamu yang hadir dan juga adik-adik ipar yang datang menolong. Tanpa korang tak berjaya majlis ini:)

Oklah, lepas ni sedang merancang majlis untuk sanak saudara pula, hermmm rasa macam nak buat bbq sahaja..Bestnya! Tata

Salam kasih sayang buat semua

Ruang pengiklanan di SOHO Directory masih lagi dibuka. Sebanyak lebih kurang 100 blog (dan akan bertambah) yang akan menyiarkan iklan anda. Tempah sekarang dengan hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
whats app / sms : 012-3228651
facebook : zaila mohamad

2 ulasan:

yatie chomeyl berkata...

aku pon cade nk buat open house weekend ni. harap2 buleh la masok sendiri dgn baby hok kuat teriok ni hehehe

WAN ROKIAH berkata...

memang kenyang pun..tq sgt ke cik abe aku yg sporting pd aritu..jap je drive dr bngi ke s.alam..xsusah cr jln..kalu aku g sndri..almtnye pas sejam lebih br sapa tu...dan molek lah kul 2..ngn masa jemputan mu tu..hihihi

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^