Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Selasa, 10 September 2013

Apa Yang Menarik Ada Di Bera

Assalamualaikum,

Kalau ditanya apa yang menarik di Bera, sudah pasti jawapannya rumah abang aku :)

Alhamdulillah berpeluang juga bertandang ke rumah abang aku di kediamannya di Bera. Memandangkan abang Lan & isterinya, Kak Asy akan berangkat ke Mekah pada minggu hadapan, aku telah berjaya memujuk en suami agar membawa kami ke sana. Maklumlah en suami pon baru tiba dari Myanmar pada petang Sabtu yang lepas. Sampai sahaja di Shah Alam, terus berangkat bertolak ke Bera. Alhamdulillah perjalanan walau ditemani hujan rintik-rintik sepanjang jalan tetapi cepat juga kami sampai. Dalam pukul 12 malam sudah berada di sana. Mudahnya ada Lebuhraya Pantai Timur :)

Pagi esoknya berpeluang mengikut kakak ipar ke Pasar Pagi Bera. Bestnya kalau tinggal di sini, semua barangan kampung ada ; pucuk paku, pucuk niding, pucuk ubi, pucuk gajus, ulam raja, segala macam jenis daun kayu yang aku sendiri tak kenal pon ada. Ditambah lagi ada tempoyak, ulam kerdas, kulat sisir, petai, ikan pekasam & macam-macam lagi pada harga yang teramatlah murah. Boleh jadi rambang biji mata ni !!

Tapi aku tak beli juga memandangkan diri ini bukanlah seorang pencinta ulaman, sekadar terliur di mulut tapi tahap kemalasan untuk menyediakannya masih tinggi lagi..Hihihi :P


Sepanjang berjalan dengan kakak iparku, banyak kali dia disapa oleh kawan-kawan mahupun orang tempatan. Indah kan tinggal di kawasan kampung (bagi aku Bera ini masih lagi kampung) kerana masing-masing saling kenal mengenali antara satu sama lain. Kalau kami di bandar ini, selisih sebelah menyebelah pon buat-buat tak tahu T____T"


Abang Lan ada 6 orang anak, 2 lelaki dan selebihnya perempuan. Yang bongsu sebaya dengan Ashraf & yang no 5 sebaya dengan Haziq (baju kuning dalam gambar). Memang ketara badan Shaurah lebih besar dari Haziq..Maklumlah umi diorang pandai masak; hari-hari pon makan sedap:)


Anak-anak sekejap sahaja boleh bermain mesra. Alhamdulillah semua anak-anak buah jenis sukakan baby. Sekarang Ashraf sibuk mencari Adik Yah (panggilan pada Zahiah si bongsu itu).


Kami bertolak balik petang Ahad berbekalkan pelbagai benda seperti ikan patin, ikan talapia, tempoyak, petai, pisang dan macam-macam lagi. Kakak ipar aku memang pemurah. Alhamdulillah moga bertambah rezeki merka sekeluarga & dibrikan kekuatan untuk mengerjakan haji & pulang dengan selamat.

Best kan muda-muda lagi sudah boleh menunaikan haji. Nampak gaya aku pon kena rajin menabung kalau mahu menunaikan haji awal-awal usia lagi. Mana tahu kan..Rezeki masing-masing hanya Allah yang maha mengetahui.

Oklah, kelas asas blog & fanpage masih lagi dibuka untuk mereka yang berminat. Khasnya kaum suri yang sedang mencari pendapatan sampingan selain dari menjaga anak-anak. Jangan lengahkan masa, campakkan "selimut selesa" dan sama-sama bekerja mengukuhkan kewangan suami dan keluarga:)

Boleh hubungi aku melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Whats app : 012-3228651
Facebook : Zaila Mohamad

Bagi mereka yang ingin mengiklankan produk jualan, bolehlah menghubungi aku untuk tempahan tapak iklan di rangkaian blog Akademi Bekerja Di Rumah kami. Baca di sini

http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html


1 ulasan:

Yati Ali1 berkata...

as salam zaila. saya ada buat pertanyaan kat email awak.harap dapat membantu...

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^