Tuesday, October 22, 2013

Diari Suri Bekerja Dari Rumah : Bagaimana Mahu Memulakan Bisnes Dari Rumah?


Assalamualaikum,

Kebelakangan ini memang selalu medapat email bertanyakan tentang bagaimana mahu memulakan bisnes online. Ramai para ibu bekerja pejabat yang mengadu kepenatan dan sudah tidak sanggup bekerja lagi. Rentetan itu ramai juga sebenarnya yang membuat kajian sendiri dan mencari-cari jawapan bagaimana mahu memulakan bisnes dari rumah. Antara email yang aku dapat berbunyi :

Azizah Ali
To Me
Oct 16 at 9:53 PM
Slm kak..sy azizah..tu la dok cari2 hotel kt kundasang..cuti sek nak holiday ke Kk..
Tp yg benarnyr sy nak tye Jdr tu..akk keje mcmana..cos plan nak quit..hope akk dpt la xplain about Jdr ni ye..tq...azizah
Jawapannya :

Jangan cepat mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Sebaliknya cubalah untuk berniaga secara sambilan dahulu. Lakukannya selepas waktu kerja atau waktu rehat, hujung minggu atau pada hari cuti. Sekiranya anda seorang yang suka berniaga, ini sudah menjadi bonus untuk kalian kerana boleh melakukan apa yang kalian suka. Tetapi sekiranya kalian seorang yang pemalu, boleh mulakan dengan berniaga secara alam maya menggunakan blog dan fanpage di mana tidak perlu untuk berjumpa dengan pelanggan tetapi hanya berurusan melalui email dan telefon sahaja.

Baik, ada yang bertanya kenapa harus gunakan blog? Jawapannya mudah sahaja kerana blog adalah percuma dengan menggunakan domain blogspot dan ianya sangat mesra google dan mudah untuk digunakan. Sekiranya mahu memulakan perniagaan, pilihlah yang tidak memerlukan modal yang banyak dahulu. Apabila perniagaan sudah berkembang bagus, barulah "upgrade" ke laman yang lebih efisien dan mesra pengguna juga. Fanpage pula harus ada seiring dengan pengaruh facebook yang begitu besar dalam kehidupan kita seharian.

Sempena bulan ini yang masih bersisa baki dalam 8 hari lagi, jom dapatkan ebook panduan untuk memulakan bisnes dari rumah yang terdiri dari 3 ebook iaitu :

1) Belajar Asas Blog : mengandungi panduan bagaimana membina sebuah blog yang berpengaruh yang boleh menarik orang mengikuti blog kita dan banyak tips-tips yang berguna dalam membina sebuah blog & fanpage yang betul.

2) Panduan Mula Bisnes Butik Online / Offline : sangat membantu bagi mereka yang mahu memulakan perniagaan pakaian/aksesori. Di dalamnya terdapat panduan lengkap bermula dari membina sebuah email, blog dan juga bagaimana mahu memulakan bisnes secara offline.

3) 101 idea home based bisnes : sangat penting untuk bacaans ebelum memilih untuk berhenti kerja. Antara kandungan ebook ini
Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses

Dapatkan ketiga-tiga ebook hanya pada harga RM100. Tawaran sehingga 30hb Oktober ini sahaja. Tempah melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Whats app/sms : 012-3228651

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015