Jumlah Pengunjung Setakat Ini

Isnin, 21 Oktober 2013

JJCM Kelantan ~ Eddlee Fried Chicken

Assalamualaikum,

Tak sah rasanya jika pulang ke kampung tak jalan-jalan cari makan. Kali ini berpeluang mencuba ayam goreng Eddlee pula. Rasanya nama kedai ini cukup terkenal di negeri Kelantan memandangkan sudah ada 11 cawangan di serata daerah di Kelantan. Cuma di Bachok aku tak pasti ada ke tak. Kali ini kami ke cawangan berdekatan dengan rumah en suami iaitu di Pasir Pekan. Bayangkan pukul 10 malam keluar mencari ayam eddlee gara-gara pemikiran telah "diracuni" oleh adik ipar mengatakan ayam eddlee tidak serupa dengan ayam KFC.

Nasib baiklah Restoran Eddlee ni tutup pukul 11 malam tapi yang kelakarnya bila kami mahu order tu, semua ayam sudah habis. Adalah tinggal beberapa ketul sahaja, memandangkan ada 2 orang lagi pelanggan yang rata-ratanya membawa keluarga, pekerjanya menggoreng lagi beberapa ketul untuk kami (itupun masih tidak mencukupi) HAHAHA Nampak sangat kuat makan kan? Maklumlah, keluarga kami kan ramai; yang pergi ke restoran hanya separuh dan separuh lagi ada di rumah menunggu ayam eddlee (Haziq, Husna dan Ashraf pun kena tinggal di rumah sebab mereka ralit sangat bermain bersama sepupu mereka)


Bagi yang ingin mencubanya, bolehlah ke cawangan yang berdekatan dengan rumah anda. Tapi ayam eddlee ini istimewanya hanya ada di Kelantan sahaja tau :)


Tengoklah muka-muka yang kelaparan, sanggup keluar rumah walaupun masa tu dah pukul 10 malam. Iyalah terbayang-bayang kesedapan "tokeng" ayam seperti yang adik ipar gambarkan tetapi sayangnya semuanya sudah habis. Yang tinggal hanya ayam goreng biasa sahaja.


Jadi apa yang menariknya di Eddlee Fried Chicken ini? Bagi aku ayamnya biasa-biasa sahaja tapi memang lains edikit dari ayam KFC. Di sini sebenarnya ada menjual leher ayam, bontot ayam (orang Klate panggil ju*o minyok) yang siap digoreng. Biasalah kalau makanan berkolesterol tinggi memang menjadi kesukaan semua :)

Selain daripada itu, mereka juga ada menjual kentang goreng, sup cendawan dan minuman. Tapi tidak ada banyak pilihan dan semuanya jenis yang segera (instant) sahaja. Tapi aku rasa cukuplah untuk "hidup" di negeri Kelantan. Kalau mahu ke bandaraya, rasanya Restoran Eddlee harus perbaiki lagi beberapa kelemahan mereka iaitu pekerja harus agresif dan mesra pelanggan, makanan harus mencukupi dan sentiasa ada stok, kebersihan juga harus dititik berat dan hiasan dalaman di dalam restoran harus menarik supaya dapat menarik lebih ramai pelanggan masuk.

Harga pula bagi aku sudah murah kerana tiada cukai kerajaan dikenakan di sini dan tiada caj seperti caj servis atau sebagainya. Malam esoknya kami pergi sekali lagi untuk bawa anak-anak makan ayam goreng dan bawa balik beberapa ketul untuk mak aku. Hihihi Adik aku cakap sedap juga ayamnya, patutlah restoran itu sentiasa aje penuh dengan pelanggan.

Oklah, di sini sahaja siri jalan-jalan cari makan di Kelantan. Cuti raya haji sekejap sahaja jadinya tak banyak kedai makan yang boleh diterjah. Insya Allah sekiranya berpeluang pulang lagi ke kampung mahu cuba menjejaki restoran nasi arab pula :)

Kelas asas blog & fanpage yang dikendalikan olehku masih lagi berterusan seperti biasa. Jom daftar untuk bulan November dan nikmati harga tawaran RM200 untuk 4 ebook sebagai rujukan memulakan sebuah bisnes:)

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

Tiada ulasan:

Iklan Dibawakan Oleh Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^