Friday, October 25, 2013

Diari Suri Bekerja Dari Rumah : Bisnes Apa Yang Sesuai Dilakukan Dari Rumah?


Iklan : daftar kelas asas blog & fanpage sekarang untuk dapatkan ebook 101 Idea Home Based Bisnes

aniza
To Me
Oct 22 at 12:02 PM
As salam,

Saya berminat untuk bisnes secara part time....any idea bisnes apa yang sesuai dari rumah?

aniza


Assalamualaikum,

Seringkali sangat aku dihubungi untuk bertanyakan tentang bagaimana mahu memulakan bisnes dari rumah untuk dilakukan secara part time. Kebanyakan yang bertanya itu ada yang terdiri dari surirumah, ada yang masih bekerja tapi ada keinginan untuk menjadi surirumah sepenuh masa. Pendek kata, ramai di kalangan kaum ibu di luar sana yang mendambakan kehidupan yang kurang tekanan iaitu tidak perlu bangun pagi dan bersiap untuk ke tempat kerja mengharungi trafik jem yang menggila dan karenah manusia yang pelbagai rupa.

Mengimbas kembali kenangan di mana aku bermula sebagai seorang peniaga online 4 tahun yang lepas, di mana hampir setiap malam aku tidur lewat kerana menyiapkan sebuah blog dan membuat pemasaran di mana melompat dari satu blog ke satu blog. Masa itu facebook masih belum ada lagi di Malaysia, jadi satu cara yang efektif menjual barang adalah melalui blog sahaja. Alhamdulillah, walaupun baru bermula tetapi boleh dikatakan kesemua barangan aku mendapat sambutan juga. Boleh baca entry ini semasa permulaan aku berniaga online : http://zailabinimdae.blogspot.com/2009/02/my-new-babyp.html (Abaikan ayat aku yang berterabur itu, waktu itu blog hanya syok sendiri sahaja)

Sewaktu bermula aku tidak menggunakan apa-apa modal, tetapi masa itu aku hanya menjual kain ela dan tudung-tudung bawal yang kakak ipar aku poskan dari kedainya. Selain menjual di blog aku juga menjual secara offline dengan menjual kepada teman-teman di pejabat dan juga kawan-kawan sekolah. Hampir setiap bulan juga kakak ipar aku menghantarkan stok barangan. Waktu itu hanya telefon bimbit Nokia yang digunakan untuk mengambil gambar. Alhamdulillah masih ada yang berminat juga untuk membeli. 

Jadi, sebenarnya tiada halangan lagi untuk memulakan bisnes. Selagi kita tidak cuba kita tidak akan tahu apa potensi dalam diri kita kan? Selepas aku bermula dan mendapatkan pelanggan, en suami banyak membantu dalam memberikan sumbangan modal dan peralatan. Bermula dengan membelikan kamera digital, membayar bil broadband setiap bulan sehingga menjadi pemandu yang setia menghantar barangan yang aku mahu pos atau membeli barangan. Sesungguhnya 4 tahun banyak memberikan pengalaman yang baru untuk diri aku. Bukan mudah untuk berniaga ini, yang pasti kena ada komitmen dan minat yang berpanjangan. Jangan ada perkataan mengalah atau mudah berputus asa dalam kamus hidup.

Ok, bagi yang tertanya-tanya bisnes apa yang boleh dimulakan dari rumah. Jawapannya banyak sekali. Apa sahaja yang kita suka buat atau hasilkan boleh memberikan kita pulangan TETAPI yang paling penting di sini adalah sejauh mana kita akan buatnya? Untuk mencari duit sampingan dengan berniaga online seharusnya tidak perlu bermula dengan modal yang besar, guna sahaja apa yang percuma; sebagai contoh : mendaftar facebook dan blogspot sebagai domain juga adalah percuma. 

Sekiranya tiada barangan yang mahu dijual, jadilah ejen dropship yang hanya menjual dan menikmati komisen. Gambar barangan, harga, urusan penghantaran bukan kita yang buat, semuanya disediakan pengedar sahaja. Jadi pokok pangkalnya tiada apa yang susah pun untuk berniaga dari rumah. Apa yang penting sekarang adalah kesanggupan diri dalam berusaha. Selalunya ramai yang kecundang apabila tidak mendapat pelanggan, ada masalah dengan pengedar, tidak nampak duit hasil dari berniaga dan macam-macam alasan lain. Istikomah adalah perkataan yang sesuai di sini, walau apa pun halangan dan cabarannya jadikan perniagaan sebagai satu ibadah juga supaya kita sentiasa mencari rezeki yang halal. Usaha yang berterusan Insya Allah akan mendapat hasil yang manis, percayalah!

Bagi mereka yang mahu bermula berniaga dari rumah, boleh daftar kelas asas dan blog dan jadi protege aku. Insya Allah akan di ajar untuk membina sebuah blog & fanpage yangs esuai bagi mereka yang mahu bermula untuk berniaga. Jangan risau kalau tiada produk kerana kami juga ada menyediakan produk dari rangkaian barangan makanan dan juga produk digital. Pokok pangkal harus berusaha sahaja, tiada kejayaan yang akan datang bergolek. Wallahu'alam.

Jom beriklan di sini :   SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : http://zailabinimdae.blogspot.com/2013/08/iklankan-produk-servis-di-rangkaian.html

Jom beli buku agama & motivasi di sini : Kedai Buku Online Anda
Jom beli makanan sunnah & kelengkapan solat di sini : Gedung Sunnah Online 
Jom beli kelengkapan parti harijadi pada harga borong di sini : MKS Party Solution
Jom jalan-jalan cari makan di sini : JJCM Keluarga Zaila
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini : Akademi Bekerja Di Rumah

Untuk yang berminat mendaftar belajar kelas asas blog & fanpage, hubungi melalui :

Email : zailamohamad@yahoo.com
Sms/whats app : 012-3228651
Facebook : zaila mohamad

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About this blog

Segala isi kandungan di dalam blog ini adalah luahan hati tuan empunya blog sahaja, tiada kaitan dengan mereka yang masih hidup mahupun yang sudah tiada di muka bumi ini..Bahasa yang digunakan adalah sedikit rojak kerana tuan empunya blog hanya mampu mendapat Credit 4 untuk Bahasa Melayu & Credit 3 untuk Bahasa Inggeris pada SPM tahun 1999. Jadi, bimbingan ibubapa adalah diperlukan bagi menafsirkan bahasa rojak yang digunakan;)

Segala bahan, gambar & segala kandungan blog ini adalah kepunyaan peribadi tuan empunya blog (melainkan dinyatakan sumbernya) untuk tatapan generasi akan datang tuan empunya blog nanti. Setiap bahan, gambar & segala kandungan yang ingin diguna pakai, haruslah memberi kredit kepada Zailabinimdae's blog atau diletakkan link blog ini.

Di bawah AKTA 588, AKTA Komunikasi & Multimedia 1998, seseorang individu boleh didakwa sekiranya anda berniat untuk menganiaya, mengugut atau mengganggu mana-mana orang atau mana-mana nombor atau alamat elektronik. Jadi, hormatilah coretan rasa tuan empunya blog agar kita semua dirahmati & berada di bawah lindungan ALLAH selalu^_^



Copyright to ZAILA MOHAMAD
Designed by UMIESUEstudio 2015